Saturday, August 13, 2011

Eh, Ustazah! : Witir


Ustazah baru je lepas balik dari solat sunat tarawih kat masjid dengan adik kesayangan dia, Amalina. Kawan ustazah, Syafiqah tu ade sekali. Dalam kereta tu tiba-tiba je si Amalina ni tanya soalan yang menarik.

Amalina: Akak, kalau kita buat witir sendiri-sendiri, boleh tak?

Ustazah: Kenapa tiba-tiba tanya?

Amalina: Ina tengok lepas tarawih habis je ramai yang balik. Tak witir pun~

Ustazah: Owhhh... Sebenarnya witir ni boleh buat secara berjemaah atau pun sendirian. Tapi ada hadith Rasulullah s.a.w yang berbunyi...


Syafiqah: Owhhh... Maksudnya lebih afdal kalau terus witir bersama imam kat masjid la ye~

Ustazah: Ha'ah. Tapi boleh je kalau nak buat sendiri-sendiri kat rumah. Tak salah pun. Cumanya, bila kita da witir bersama imam kat masjid, tak risau dah kalau-kalau tak sempat witir kat rumah.

Amalina: Ehhhhh, maksudnya sekali je la ye witir?

Ustazah: Yup, kalau dah buat witir dengan imam kat masjid, tak perlu ulang witir kat rumah bila kita bangun qiamullail. Tak ade dua witir dalam satu malam.


Syafiqah: Ooo...jadi boleh aje la kalau kita da wat witir kat masjid, bangun sahur tu kita wat qiamullail pulak, kan...

Ustazah: Aha, insya'Allah... Witir ni boleh buat bila-bila masa antara lepas solat Isyak hingga Subuh.



Ustazah: Tapi macam biasalah, solat sunat di penghujung malam itu ada banyak kelebihannya, sama macam qiamullail.

Syafiqah: Owhhh... Apa kelebihan witir ni, ustazah?

Ustazah: Rasulullah s.a.w pernah bersabda...


Amalina: Kalau buat benda yang Allah suka, dapat pahala kan, akak? Lepas ni insya'Allah Ina nak cuba istiqamah.

Ustazah: Alhamdulillah... Insya'Allah kita cuba sama-sama istiqamah.

Syafiqah: Aha... Allah kan suka benda yang sikit-sikit tapi berterusan...

Ustazah: Yup, witir ni salah satu lah... Eh, da sampai rumah Syafiqah.

Syafiqah: Hehehe... Terima kasih, ustazah untuk perkongsian malam ni. Terima kasih jugak tumpangkan sampai ke rumah.

Ustazah: Sama-sama. Kirim salam pada keluarga ya. Assalamualaikum.

Syafiqah: Insya'Allah. Wa'alaikumussalam.


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Antara amalan yang kecil tetapi ganjarannya besar di bulan Ramadhan adalah solat sunat witir. Dalam 10 malam terakhir kelak diiringi dengan doa Qunut, insya'Allah ada banyak keberkatan yang akan diperoleh di dalamnya. Selamat beramal!

21 comments:
Write Comments
  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. witirlah mals org nk buat

    sbb slalu ustaz bg tzkrh berjela dlu

    ReplyDelete
  3. selalu amalkan, sebab rasa tak lengkap lau tak buat :)

    ReplyDelete
  4. hehe.. kat kedah sini xde tazkirah tu.. straight 20 terawih n 3 witir,, 10.15-10.30 da habis.. moga kita mendapat keberkatan.. tq 4 da info kak sunah..

    ReplyDelete
  5. witir!
    he...selalu owg miss kan..
    maceh kak sunah! =)

    ReplyDelete
  6. hurm kat masjid kat umah ina pon camtu.. padahal imam wat terwaih 8 je pastu terus wat witir.. tu pon ramai yang lepas abih 8 rakaat terus balik..pelik2.. ape salahnya tunggu sampai abis kan..=)

    ReplyDelete
  7. Syukran ya ustazah!..barakallahu fiiki..=)

    ReplyDelete
  8. tq ustazah..:)

    selalunya kalau x buat solat witir, rasa x lengkap lak solat hari tu..huhu

    ReplyDelete
  9. SSS..nak tnya cket ni..hadis- hadis cari kat mane erk..hari tu ade gaak cri, tpi x jmpa la.. ni SSS memang ade kitab rujukan sndiri ea ??

    ReplyDelete
  10. eh ustajah..

    10 malam last ke 15 malam last eh yang kena qunut..

    ReplyDelete
  11. hurm witir nie sunat yang sgt dituntut kan ..

    ReplyDelete
  12. Bagus dan diolah menarik perkongsian ilmu ni..TQ sis..:)

    ReplyDelete
  13. Terima kasih Kak Sunah atas perkongsian ilmu ni. :)

    ReplyDelete
  14. syukran :) banyak manfaatt ney kak sunnnah :)

    ReplyDelete
  15. nice sharing . hee (:

    ReplyDelete
  16. hari tu pergi terawih xwitir :( lupa terus..

    ReplyDelete
  17. kalau g terawih.. baek wat witir terus..
    kalau tak.. ada yang lupa nak berwitir.
    hhuhu

    ReplyDelete
  18. gigih berusaha utk amalkn witir setiap hari...moga Allah prmudahkn

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com