BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, August 10, 2011

Hati-hati Membeli Juadah Berbuka Puasa di Bazar Ramadhan


KLANG 9 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa, manakala keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.

Bapa mangsa Mohamad Ali Khir, 37, berkata, Nurdini, 11, dan keluarganya berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di sebuah Bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas.

"Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah berkenaan, perut saya mula berasa tidak selesa, dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah-muntah dan cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air,” katanya kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah hari ini. SAMBUNG SINI.

*****

Errr... Maappp, gambar makanan lagi...

Sempena bulan Ramadhan ni memang banyak pilihan juadah berbuka puasa kat bazar-bazar Ramadhan. Pilihan yang begitu banyak tu lah yang buat kita rambang mata nak pilih makanan mana yang  nak dibeli untuk dijadikan santapan ketika berbuka. Bila nampak banyak sangat makanan tu, kita kadang-kadang tolak ke tepi bab-bab kebersihan dan penyediaan makanan.

Sebab tu Allah mewajibkan kita sebagai umat Islam ni untuk carik makanan yang halal lagi baik - "halalan toyyiban". Halal dari segi penyembelihan dan penggunaan produk dalam makanan tu. Baik dari segi kebersihan semasa penyediaan, khasiat dalam makanan dan macam-macam lagi.

Sangat menghairankan bila ramai di kalangan umat Islam tak mengambil berat bab-bab macam ni. Ingat, ape yang kamu makan tu, akan jadi darah daging kamu, yang mana akan membentuk juga peribadi kamu. Amalan dan ibadah kamu juga amat besar pengaruhnya dari apa yang kamu makan~

So, hati-hati membeli makanan di bazar Ramadhan ye... Sebab tu orang kata, memasak sendiri di rumah lebih selamat dan meyakinkan... Insya'Allah...


27 comments:

Dzarief Zuhdi said...

innalillah... kesian budak tuh.. :(
al-fatihah

mynameismy said...

ada gak bace kat paper harini. haih~ kesiankan.

peniaga ni ada y pentingkan keuntungan je kebersihan taknak jaga...-.-'

bersama kak Es said...

pengalaman berniaga di bazar ramadhan... 90% tak solat asar walaupun surau dah depan mata... sangat menyedihkan. masing2 sibuk prepare utk jual bahan jualan jer...
masak sendiri lebih baik :D

Iffah Afeefah said...

takot pulak

tpi ai takde pilihn

kne beli jugak

kalau ai sakit...hurmmm

aimie amalina said...

aiyaaaak
dah bape byk belog mie jmp pasal makanan ni
pitam 2 minit
hehehe
haiiit!
bershla dalam segala hal kan =)

EYQASARA said...

tinggal di asrama agak mustahil utk memasak... hhmm.. doakan supaya eyqa tak terlibat dlm kes2 mcm ni eah... huhuhu...
p/s: terasa lapa tetiba.. adeh.. huhuhu..

Isteri Encek Bard said...

waaa menakutkan... kes makanan basi pon banyak

Anum said...

ye la kan memasak sendiri memang lebih selamat

mas saari said...

akak kalau pi bazar ramadhan mesti pilih gerai yg dah biasa beli dari last year lagi! dah yg penting tengok kebersihan gerai tu..

missina said...

betul tu,,memang patut lebih berhati2 dlm pemilihn mknan,,,lagi bagus msk sendri wlupun simple,,,kalau tk berkesempatan tu apa nk buatkan,,jom baca sini lak,,

http://missina08.blogspot.com/2011/08/tips-membeli-juadah-berbuka.html

Luqeem™ said...

skrang pun dh ramai yg mula beli kat pasar ramadan. dah malas nk masak..

p/s: spageti tu. sdap

Niena Pengembara Ilahi said...

erm... akak jarang beli, masak pn x.. makan makanan yg dh dok sedia tu je.. Alhamdulillah kebersihan terjamin

::blog anak jawer:: said...

makan otak2 je pun kan... ntah salah sape.. peniaga yg jual makanan basi atau kombinasi makanan tu tak kene...

tapi mmg dah ajal budak tu kan..

cik pulau said...

Betol.. rambang mata kalau banyak2..

kalau mak tak tau nak masak apa, barulah beli lauk kat bazaar..hehe

eiela said...

yup, memang kena hati-hati. kadang-kadang diorang nih bukan fikir sangat pun kebersihannya.

cucu umie said...

masak dirumah sendiri adlh paling baik...

zuwaidah said...

kadang2 beli, kadang2 masak. beli pun cuma 2 jenis makanan je, kalau tak habih, esok makan lagi....tahun ni rasa lebih jimat dari yg sudah2.

Sari Yusa Ibrahim said...

Al-Fatihah... sedih akak baca berita ni tadi..

syarifahsidrus said...

kesian, ajal bulan puasa

kena pandai pilih, nak selamat, masak je sendiri

NMH said...

memang perlu hati2 sebab peniaga ni tahu untung je kan..aishh...-dah dapat cirit birit free,,-.-'

ghab van hal said...

kesian semalam budak yang meninggal itu..=(

rosmina samin said...

betul2 masak sendiri lagi baik tapi saya malas nak masak...mcmna tu? hehehe

sergeant keroro said...

kesian kat budak tu, huhu

p/s : nasib baik tak pergi bazar lagi setakat ni

H.J said...

gambar muntah tak de ke kaksunah?

kura said...

haaa. masak kat rumah je senang. hekhek

athirah said...

nice peringatan
saya suka pakai beli je .
sebab nak cepat . hoho

visit mine
http://athirahshariffudin.blogspot.com/2011/08/kenapa-artis-korea-diminati.html

Suhaili Sarif said...

td baca tp x sempat komen.
pas2 akak tersaiko
tb2 akak cirit birit gak T__T

waaa smlm beli sambal udang kt pasar ..waaaaa

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.