JAKIM Pun Dah Putuskan Mentega Haram

August 16, 2011


MENTEGA Golden Churn mengandungi DNA babi

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk mentega jenama Pure Creamy Butter Golden Churn Butter keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY Ltd dari New Zealand yang dipasarkan di negara ini adalah tidak halal.

Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Kimia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 8 Ogos lalu.

“Laporan analisis yang diterima JAIS 19 Julai lalu menunjukkan asid deoksiribonukleik (DNA) babi disahkan Jabatan Kimia dikesan dalam mentega berkenaan dan semua produk itu berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport pihak berbeza serta diedar di pasaran yang berbeza. Ini disahkan wakil syarikat itu sendiri.

“Sehubungan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk ini. Keputusan ini sudah dimaklum kepada syarikat berkenaan pada 9 Ogos lalu dan Ballantyne Food Food PTY Ltd bersetuju menarik balik produk berkenaan dari pasaran,” katanya.

Baca selanjutnya di SINI.

*****

Alhamdulillah, termaktub sudah keharaman mentega tersebut di seluruh Malaysia. JAKIM pun dah putuskan, kalau nak kepastian lagi, boleh rujuk sendiri di laman web JAKIM. Moga semua ambil tindakan yang sewajarnya~

P/S: Patutlah sedap aje kek lapis yang awal-awal dulu kan?

You Might Also Like

23 Comments

  1. Kannn sedap aje kannn...

    Hubby sis now ada kat Sarawak..smlm dia pi beli Kek lapis hargnyaaa mak aiii mahall giler..sbb semua stok bru, order byk plk tu, so diaorg jual mahal..nk x nak hubby dpt beli gak setelah dipujuk..jauh dtg kan..huhuhuhu

    3 buku je dekat rm200+ huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. fuhh nasib baik kita xpernh guna mentega ni..hurmm sebab mahal..huhuhuhu tp diaorg ckp mentega ni bagus.. huh bagus tp tula xhalal la plak..


    nak share jugak ya info ni.

    ReplyDelete
  3. jadi selama ni kita makan kek lapis memang ada la DNA tu. fuh kena samak balik ni..

    *yang syarikat new zealand pun ngaku churn tu ada DNA youknowho..

    ReplyDelete
  4. yup :) this is verified news. bukan mcm kes simplyct & secret recipe yg mangsa fitnah.

    jom buat kuih raya!

    ReplyDelete
  5. tatau kdai kek lapis slalu beli gne mentega ape

    hurmm bgusla da haram

    mahal kn hehe

    ReplyDelete
  6. da tarik balik pasaran en. bgus2. xde la umat islam keliru lagi. :)

    ReplyDelete
  7. jangan yang ada kata halal pas nie lak kan dik

    ReplyDelete
  8. aku makan lemang je la selamat

    ReplyDelete
  9. Segala yang tersimpul telah terurai...:) Semoga tak ada kekeliruan lepas nie....

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah... moga tiada kekeliruan lagi selepas ini!

    ReplyDelete
  11. raya ni kita makan kerepek je ye kawan2...hehe

    ReplyDelete
  12. masa ni nak tgk sejauh mana depa tu buat kerja. T.T

    ReplyDelete
  13. akak dgr msa nk dtg keja tadi kt ikim.fm.. erm, skang ni.. dh lama sesuatu produk tu dipasarkan... pastu baru nk haramkan.. harap pasni kna lebih berhati2.. skang ni patutla ramai manusia yg xbrp nk elok perangainya, makanan yg halal menjamin kesejahteraan umat..

    ReplyDelete
  14. kita tak guna benda ni...huhu...minyak sapi apa yg halal?

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah, sekurang-kurangnya tanda tanya berakhir dengan pengesahan dari pihak JAKIM ini..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.alhamdulillah.akhirnya terjawab.alhamdulillah pc tak pernah makan ini brand;)

    ReplyDelete
  17. mcm² cara org kafir & yahudi nk rosakkn org islam ni..sbb dy tau hati kite bersih dari makann yg bersih.so dy kotorkn makann kite spye hati kite kotor.

    ReplyDelete
  18. masa akak duk sarawak dulu..selalu bawak balik kek lapis ni..
    adakah??????

    errr....

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com