BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, August 10, 2011

Jangan Berubah Kerana Manusia!


change the world. by *this-is-the-life2905 on deviantART

Tapi berubahlah kerana Allah dan Rasul!

Semua orang yang punya hati untuk berubah pasti terdetik perasaan itu kerana sesuatu yang berlaku dalam hidupnya. Perubahan kerana sesuatu yang berbeza-beza bagi setiap orang di akhirnya kelak hasilnya juga berbeza-beza.

Berubah apabila ditimpa kesakitan yang hampir meragut nyawa pergi, berubah kerana melihat sahabat yang kini sudah jauh berjaya, berubah tatkala yang tersayang mengatakan dia tidak suka itu dan ini, berubah kerana macam-macam lagi.

Yup, bila kita lihat sekali lalu, perubahan-perubahan itu lebih bersifat dunia. Kerana perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan, kita perlu berubah. Tapi atas dasar apakah kita berubah di dunia?

Kata Ustaz Pahrol Juoi, kejarlah dunia untuk akhirat! Ya, tidak salah kalau dalam proses perubahan, kita sibuk mencari keduniaan, tetapi letaklah matlamat akhir perubahan kita itu di akhirat. Bukan cukup setakat kejayaan di dunia, tetapi juga kejayaan di akhirat kelak, itu yang paling utama.

Jangan berubah kerana manusia, kerana ia tak akan kekal... Tetapi berubahlah kerana Allah, kamu pasti tak akan jemu dengan cintaNya. Insya'Allah...


17 comments:

Luqeem™ said...

kepada Allah kita akan kembali. tq atas peringatan :)

aimie amalina said...

weeee!
betolll
berubah kerana Allah lebih mencapai kebahagiaan hakiki =)

H.J said...

berubah kerana Allah..tetapi tengok manusia tu sebagai role model untuk berubah..boleh kan macam tu kak sunah??

Dzarief Zuhdi said...

buat aper2 pun, tujuan sebenar adalah kerana Allah... :D

**::CIKNUURUL::** said...

niat kene kuat,.niat kerana Allah,pasti juga perubahan yg dilakukan semata2 kerana Allah,.

sergeant keroro said...

betul, berubah kerana Allah.

insyaAllah akan istiqamah :)

cucu umie said...

thnkx atas perkongsian ini sis..incya-Allah..

CikMiMiey said...

manusia hnya perantara ... tapi hakikatnya perlu berubah hanya kerana Allah ~

Umie Artoqiemie said...

SANGAT SETUJU.

BERUBAH DEMI ALLAH S.W.T

Citarasa Rinduan said...

terima kasih sunnah.
sama2 kita ingat mengingati ya

Heidi Shafiq said...

kejar dunia nanti kite akan sentiase rase tak cukup..

Iffah Afeefah said...

ermmmmm

kalau berubah kerana manusia tapi demi Allah okey kot

kire manusia adlh agent perubahan

efa nur said...

terkesan di hati..
yg penting nawaitu...

selalu muhasabah diri..
thanx kak sunah :)

luv u!!

keroro gouro said...

mula2 mungkin kita berubah krn manusia..
misalnya makwe yg pakai tudung sbb pkwe suruh...
n then lama2 insyaallah akan dtg niat bertudung tue kerana Allah...

cik pulau said...

setuju...

kura said...

dan berubah kerana diri sendiri :3

Suhaili Sarif said...

masyaALLAH
x mau jadi cmtu

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.