BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, August 11, 2011

Jangan Biarkan Ia Terputus!


Klik SINI untuk download wallpaper

Pelik benar melihat gelagat manusia.

Kenapa dibiarkan saff itu terputus? Jika kamu adalah ahli jemaah solat yang sedang didirikan, sepatutnya kamu berusaha merapatkan atau menyambung semula saff itu. Biar barisan dalam solat yang dibina tersusun kukuh.

Jika pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, baginda tidak akan memulakan solat selagi mana saff yang dibina belum benar-benar rapat bahu-membahu. Baginda sebagai imam solat jemaah akan memeriksa sendiri setiap baris jemaah di belakangnya. Bila sudah berpuas hati, barulah baginda memulakan solat. Umar al-Khattab pun mengikut sunnah baginda.

Errr...kitorang da start solat da pun, cane nak sambung saff???

Boleh... Kamu dibolehkan bergerak dalam solat selagi mana kamu ikut syarat-syarat sah solat. Jika saff di depan kamu tiba-tiba terputus kerana orang di hadapan kamu telah bergerak ke hadapan atau terbatal solat, kamu boleh melangkah ke hadapan selangkah demi selangkah dalam solat. Atau jika saff terputus di sebelah kamu dalam solat, yang berada di sebelah kiri hendaklah merapat ke kanan sedikit demi sedikit (kerana ada kelebihan pada saff paling depan dan saff sebelah kanan).


Janganlah sombong dengan Allah... Tidak mahu berganjak sedikit pun, lalu membiarkan saff itu diisi oleh syaitan. Ada tu yang kita nak rapatkan, dia pulak makin menjauh, bimbang tidak selesa untuk duduk tahiyat mungkin.

Ermmm... Kenapa kena sempurnakan saff dalam solat ni?

Pi baca kat SANA untuk selebihnya yeee~~


26 comments:

Iffah Afeefah said...

org slalu cmtu

kadang ikut pale sndiri

rapatkan saff

die buat ikut dan die je

Dzarief Zuhdi said...

kat surau tmpat saya mcm tu la.. saff tak penah rapat, tak penah penuh.. smua pakcik2.. nak tegor takot plak.. ~~

kura said...

selalunya, saff dah ok bila tgk dari bahu. tp bila bahagian bawah. macam2 style ada. mmg xsama la. haish..

UNA budak BAEQ said...

seriouss sunah lagi pantas baru nak buat entry mcm nih .heheh kadang2 geram jugak dgn dorang bila nak tegur makcik2 . taktao nk ckap cmne . tadi time trawih semua taknak dok depan,last2 ibu kata susah sgt ke dok depan , baru nak gerak . makcik2 kot buat prangai . huhu tu saf depan saf tak sama lain cerita plak . semua nak dok dgn sejadah sndri sampai tak nak ubah2 .


*dah mcm entry lak komen aku . agagag

aimie amalina said...

betol2!
kekadang xpaham..lagi nak rapat..lagi nak jao..aigoooo...0.0

FaKArePa!n said...

bergerak perlahan- lahan.. jangan berlari sudah semasa solat..batal nanti.. hehe

pengemis Cinta~ said...

Assalamualaikum. kadang2 ada yang tak tahu boleh marapatkan saf walaupun dah start solat.sebab tu perlunya kita menuntut ilmu2 fardu ain dan tambahan fardu kifayah;)tapi ada yang tahu tapi buat2 taktahu.huhu.

p/s: PC minta izin nak letak blog kak sunah dlm bloglist pc ea, selalu jenguk sini mencari ilmu;) hehe.syukran.

sergeant keroro said...

ramai orang tak sedar, malas nak gerak :P

NadiRah said...

bila nk rapatkan saf sebenarnya kaki pon kena same baris kan???

Nini Hartini said...

kalau nak tau akak malas solat tarawikh kt masjid/surau yg jemaahnya perangai mcm ni. hehe...

klu gi pun, akan dtg awal dan duduk saf depan sekali supaya hati tak sakit dan solat boleh khusyuk. kalau dok saf tengah2 nanti hati sakittttt je tgk mak cik2 yg satu sejadah satu orang.

ada tu siap cop2 ni tempat sape, ni tmpt sape...tension!

K O R I E said...

aah stuju dengan akak~!
penuhkan saf dpn dan kanan dahulu

Kalamhati said...

Selalu tgk gelagat makcik2 kt masjid..sibuk suruh jemaah di belakang naik ke depan..sedangkan deme tak gerak2 pun..huhu sayang nk angkat sejadah comey deme..huhu

mentaliti ke pe ek..satu lg skang ni jenis yg taknak rapatkan saff..alasannya panas..huhu

z said...

org muda boleh nak rapat saf,tp ikut pengalaman kalau solat bersebelahan makcik2 diorang lebih selesa jarak,,even kita dh nak rapat pon diorang nak gap.mungkin faktor keselasaan dan sakit2 kaki..huhu...paham2 laa.. :)

Cik Mon Kiera said...

iye memang perlu dirapatkan saf. maaf saya tak mahir sangat dalam ilmu islam tapi mengikut sunnah tu lebih afdhal kan?

new entry:
Datang lagi tak?

JIJI YU said...

saff melambang kesatuan hati..

Sis-Lin said...

alhamdulilah...
itu la yg selalu di perkatakan dn ucapkan oleh Iman sebelum memulakan terawih...alhamdulilah...

Anum said...

selalu terjadi kan

Mat Gebu said...

erkkk...hehe, pcm pun tak pi depan..adehh bocor sudah rahsia...

mas saari said...

selalu ramai yg camni..
bila kita ajak rapat, diaorg taknak sbb alasan susah nak tahiyat nanti!

mynameismy said...

betul la slalu kat masjid ade org mcm tu. padahal kite dah jeling2 bg isyarat suruh rapat tp die buat bodoh je mgharap ade org lain yg mengisi tempat kosong tu haih~

b a m b a m ' s said...

sbb tuh akak kalau berjemaah kan.. attack depan terus.. senang.. saf depan dah tentu penuh and dapat pahala lebih.. :)

senyumSOYA said...

kat masjid sini ramai macik2..diorg xnk rapat2 sgt..semua amik port sejadah diorg.. segan nak tarik diorang rapat2..cmna ek kak sunah?

eiela said...

ade jugak gap semasa sembahyang tuh. tapi kang bila rapat-rapat kita plak terselit dicelah-celah jemaah tuh, kecik je time nk tahiyat.

zuwaidah said...

entry yang paling baik sekali...kak zu suka

tamlegend said...

info y berguna...tk sunnah...

cik pulau said...

betoll tu..

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.