Monday, August 15, 2011

Mereka Bijak Kerana Ikut Sunnah Rasulullah s.a.w


jewish star by ~adala on deviantART

Hosmet saya, kak Azila tag kat Facebook pada satu entri blog. Ya, dia bukan blogger, tapi dia gemar membaca blog-blog orang hasil hasutan hosmet dia jugak. Terutama yang duduk dalam group Dapur Tanpa Sempadan - Mat Gebu, sebab saya add dia masuk situ lepas dia bersama-sama saya jumpa Pak Cik Mat kat Sedenak kali pertama dulu.

Berbalik semula kepada entri blog yang dia tag.


Mesti ramai yang dah baca entri macam ni. Kalau tak baca lagi, boleh ke sana sekejap dan buat speed reading. Entri ni menceritakan hasil tesis PhD Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir, dari Universiti Massachuset USA. Tentang kenapa orang Yahudi ni bijak dan pandai-pandai semuanya.

Kenapa saya cakap mereka bijak pandai? Akuilah benda tu bila tengok ekonomi dunia sekarang dipegang oleh siapa, negara mana yang lebih membangun, negara mana yang lebih jauh ke depan dari segi teknologi dan negara mana yang 'ditakuti' kebanyakan negara kecil di dunia. Kebanyakannya dari negara yang rakyatnya berbangsa Yahudi bukan?

Bila baca hasil tesis tu, kita renung-renungkan semula. Cara-cara yang mereka amalkan semasa ibu mengandung, amalan dari segi pemakanan, latihan sukan untuk anak-anak sejak kecil di sekolah, bagaimana mereka menjauhi rokok dan nikotin, bagaimana mereka mengambil perniagaan sebagai fokus utama sejak berumur setahun jagung...renungkan.

Bukankah itu semua sunnah Rasulullah s.a.w? Makan buah-buahan terlebih dahulu sebelum memulakan makanan berat, tidak mencampurkan makanan laut dan makanan darat dalam satu hidangan, belajar memanah untuk meningkatkan konsentrasi otak, menjauhi rokok yang memudaratkan, dan juga berniaga...semua itu sunnah Rasulullah s.a.w.

Renungkan umat kita sendiri, berapa ramai yang masih mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w? Tak ramai yang tahu dan ikut sunnah baginda terutama dari segi pemakanan. Rasulullah s.a.w dah bagi tips sejak dulu lagi, tapi last-last, siapa yang ambil tips tu dan amalkan untuk bangunkan bangsa mereka? Siapa yang lebih nampak akan kelebihan semua tu? Siapa yang membina kecerdikan otak anak-anak mereka dari awal berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w?

Yahudi.

Kita, umat baginda... Bila lagi? Kata nak bangunkan Islam!

26 comments:
Write Comments
  1. ruginya yang tidak terinspirasi dari sunah adalah kita. T.T

    ReplyDelete
  2. betol tu...
    ramai org kite nie ikot sunah kawen banyak je...

    ReplyDelete
  3. sunnah Rasulullah SAW yang macam ni orang jarang nak ikut kan? tapi sunnah yang kawin 4 tu ramai pulak yg ikut! huhuhuuuu

    ReplyDelete
  4. belum baca lagi... nak speed reading jap... tapi betul la... yahudi ni suka main agenda tersembunyi...

    ReplyDelete
  5. Yup :) moga kita generasi yang baru ini mengembalikan kegemilangan Islam :)

    ReplyDelete
  6. kita bangunkan islam mengikut nafsu, bukannya cara Nabi SAW..

    ReplyDelete
  7. susah jugak kan

    hurmmm tula besarnye pengaruh tak baik kat kite

    sampai terikut2

    pdhl org kafir ikut sunnah nabi kite

    ReplyDelete
  8. baru sempat baca sampai habis... betul la... boleh ikut formula ni... asalkan tak langgar hukum syarak kn..

    ReplyDelete
  9. ramai yang dah tak percaya sunnah dgn hadis da sekarang.
    sirius, takut kn? huu

    ReplyDelete
  10. bila dah jarang nak mengikutnya maka banyaklah penyakit yang datang..

    ReplyDelete
  11. last2 kita yang tiru fesyen yahudi..huh

    ReplyDelete
  12. yes true. org tahu sunnah Rasulullah tp org selalu taknak amalkan

    ReplyDelete
  13. TQ Sunah..
    Hal ni klu seribu kali kita ingatkan pun..toleh kanan kiri tetap ada yg langgar hukum juga...

    antara sedar dn tidak aja...

    ReplyDelete
  14. hhm.. betul..dorg lebih amalakan sunnah nabi dari kita..

    ReplyDelete
  15. ramai yang tahu tapi tak amalkan, sebab dah terbiasa dengan gaya hidup barat.

    ReplyDelete
  16. kat egypt dulu aku sempat tgk stesen tv israel..aku tgk dokumentari pasal sepital die..wad ibu mengandung mmg kuarantin..makanan pon laen

    ReplyDelete
  17. betol tu kak.
    yg nabi suruh banyak orang bukan islam yg ikot..
    yang islam..hanya tgk je..huhuhu

    ReplyDelete
  18. kadang kadang je ikut sunnah. hekhek

    ReplyDelete
  19. alhamdulilah masih ade yang sedar bahawa yahudi maju disebabkan sunnah rasulullah. lebih ramai umat islam yang tidak sedar akan kepentingan sunnah rasulullah. lebih bgs kalau sunnah rasulullah di senarai kan untuk umat-umat islam yang ingin tahu.. ramai umat islam tidak tahu akan sunnah rasullah, kalau tahu pon jst cara tidor atau makan.. :D

    ReplyDelete
  20. alhamdulilah masih ada yang sedar bahawa yahudi maju kerana ikot sunnah rasulullah. :D kalau ada yang tahu sunnah rasulullah selain dari sunnah makan or tidur tolong senarai kan. sesungguh nye sy dan mngkin umat islam yang lain,. berminat hendak tahu.. berkongsi ilmu :D

    ReplyDelete
  21. Salam,
    Memang betul salah satu sebabnya pasal ikut sunnah..

    BUT mereka bukan ikut sunnah Nabi s.a.w, sebabnya mereka dengki gila pada Nabi s.a.w. Tak mungkin mereka akan ikut sunnah Nabi s.a.w

    Yang disebutkan itu ialah sunnah umum pada semua para Nabi dan Rasul. Sementelahan mereka adalah umat yang paling banyak para Rasul diutuskan.

    Memang semua Nabi dan Rasul ada sunnah yang umum antaranya memelihara janggut, kebersihan, makanan etc tetapi ada sunnah yang khusus jugak cthnya sunnah Nabi s.a.w solat lima hari sekali, etc

    ReplyDelete
  22. SUNGGUH CERDIK ORANG YANG MEMBUAT ARTIKEL INI, SEHINGGA MENGELABUI PARA PEMBACA NYA UNTUK SEDIKIT MEMBELA DAN BERTOLERANSI KEPADA KAUM YAHUDI (YANG TIDAK LAGI MENYEMBAH ALLAH), SUNNAH-SUNNAH YANG DIATAS HANYA SEBAGIAN KECIL DAN AMAT SEDIKIT, MEREKA MENGIKUTI SEBAGIAN KECIL SUNNAH DARI NENEK MOYANG MEREKA, DAN MEREKA MEMBANGKANG BAHKAN MENGHANCURKAN SEBAGIAN BESAR SUNNAH-SUNNAH RASUL, DAHULU KALA MEREKA BERIMAN AKAN TETAPI SEKARANG KAFIR, DAN SUDAH TETAP KEMURKAAN ALLAH BAGI MEREKA DALAM SURAT YANG SERING DIBACA BERULANG-ULANG(Al-Fatihah)

    "غير المغضوب عليهم"
    #para ulama menafsirkan itu adalah Kaum YAHUDI

    SENJATA ANDALAN MEREKA ADALAH "TAQIYAH"(MENGELABUI) SEBAGAIMANA ORANG SYI'AH.
    WAHAI PARA MUSLIM APAKAH ANDA AKAN MENGAMBIL ORANG2 KAFIR SEBAGAI USWAH HASANAH KAMU??YANG MEMULAI HANYA DENGAN KECERDASAN OTAK??ATAU ORANG2 SHALEH YANG MEMULAI DENGAN AKHLAQ YANG BAIK DAN MULIA??

    #Akhlaq Mulia dan Sholih lebih baik daripada Otak Cerdas dan Kafir

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com