BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, August 23, 2011

Nak Tulis Kad Raya...


Erkkk!

Kul 1 pagi nak tulis kad raya...

Sekarang ni da tak banyak da orang tulis kad raya kan? Tak macam zaman dulu-dulu. Kalo dulu, kad raya tu boleh buat bangunan Petronas Twin Tower disebabkan jumlahnye yang begitu banyak. Mana tak nye, dalam setiap kad raya mesti ade pantun ni...

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Habis baca,
Harap balas.

Maka berduyun-duyunlah yang menyanggupkan diri untuk memberi dan membalas kad raya, takot-takot kang gelas yang nak dipakai masa raya terpecah sebab tak balas kad raya kengkawan. Eh, mana ada... Sebenarnya berbalas-balas kad raya tu time kecik-kecik dulu adalah satu hobi yang dikongsi bersama rakan-rakan sebaya. Bila tiba hari raya, semua pakat tayang kad raya sape paling banyak. Boleh dikira dari yang digantung-gantung kat siling dengan yang ditampal-tampal kat dinding-dinding rumah. Kalo tak cukup, tambah lagi dengan sampul duit raya pulakkkk~

Sekarang... Facebook ada, SMS ada, E-Mail ada... Budaya kad raya da kurang sikit berbanding dulu. Tapi still ada jugak yang guna kad raya untuk wish hari raya dan minta maaf zahir dan batin. Lebih nostalgia bak kata diorang... Bukti masih ada yang guna kad raya adalah bila saya dapat beberapa kad raya daripada Kak Ayu, Kak Mas dan Umie.

Saya pun nak tulis kad raya ni... Disebabkan Ezahd Kochek dan Aimie Amalina Azman da meneka dengan tepat dan cepat Kek Lapis Oreo tadi kat FB dan kat komen entri, silalah PM alamat rumah ke inbox FB ye... Terima kasih~


18 comments:

nafizah md padzin said...

nak kad raya jgk..wawawa..

sergeant keroro said...

wah wah, nak jugak kad raya~

p/s : jom join segmen :)

miss inna said...

inna pun nak kad raya jg...^^

aimie amalina said...

weeeeeeeeeeeeeeee
yay!
dapat kad aye dr kak suna
yeyeyeyeye
hahahaha
x dpt kad aye lagi nih
weeee
maceh kak sunah!
dgn segera nk p pm alamat
hahahah =]

JIJI YU said...

kad raya ek..

Citarasa Rinduan said...

ala....
kak ayu lambat beritahu ttg kek lapis oreo tu eik...

aduh!!
kalau tak sure dapat duit raya, hehehehe

cik pulau said...

wahhh..
anta la ke pulau satu kad raya..
hahaha.

msredcheesecake said...

msred dah lama tak dapat kad raya...nak jugak satu.... hheee

Cik Bell said...

bell dah dapat 2 kad raya dari blOgger..huhuu..best wooo ;)

Kancil 8349 said...

nak juga kad raya....hehehe

Anum said...

nak kad raya gak

Iffah Afeefah said...

wah ske opah dpt kad raye


tggu kad raye org lain lak

lalalala

mas saari said...

ku tunggu kad rayamu! heeheheeee

ir prof dr alia rosli said...

kad raya :)

kura said...

haah. klu dulu kecik2 pg raya rumah ke rumah mesti da nmpka kad raya ganung2 kad dinding rumah siling rumah. best moment!

Muslimah Optimis said...

nak kad raya jugak.. hoho

solomolo said...

dah send alamat dah...

Amni Jagat said...

Jangan lupa hantar kad raya kat individu yang bernama Amni Jagat huhuhu...

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.