BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, August 16, 2011

Semuanya Dari Pandangan Pertama...


First impression.

Apa yang kamu faham dari frasa ini? Pandangan pertama. Orang selalu kata jangan nilai seseorang dari first impression. Jangan tengok dan hakimi orang lain dengan pandangan luaran. Kerana takut-takut yang sebenarnya adalah berbeza. Lain luar, lain dalam.

Dalam Islam, semuanya sewajarnya dari pandangan pertama. Begitu di luar, begitu lah sepatutnya di dalam. Luarannya berpakaian indah dan menutup, selayaknya di dalamnya juga indah akhlak dan agamanya. Tidak sepatutnya diwar-warkan bahawa pakaian seseorang itu tidak melambangkan agama dan sifat dirinya yang sebenar.

Islam bukan agama sekular. Hanya diamalkan pada bahagian-bahagian tertentu yang kita mahu. Bahagian yang kita tak mahu, kita tolak jauh-jauh. Lalu timbullah isu tak semestinya tak bertudung, hati tak baik...bertudung, tapi tinggal solat...atas tutup, bawah ketat-ketat.


Islam hendaklah diambil secara keseluruhan dalam gaya hidup jika kamu orang yang beriman. Islam juga tidak akan tertegak jika jahiliyyah masih berdiri hingga ke akar umbi. Hanya dengan terjatuhnya jahiliyyah baru Islam itu akan tegak dalam diri kamu!

Kecewa dengan yang bermati-matian mengaku Islam, tetapi dari pandangan pertama lagi tidak menggambarkan Islam, siapakah yang jahil?


25 comments:

Isteri Encek Bard said...

kebanyakan pandangan pertama mesti silap....

Faez Rusni said...

Setuju kak..Islam itu syumul..merangkumi semua aspek..jangan nak amik islam had hari..ade mase ok..ade mase tak okay..

aizamia3 said...

jangan mudah percaya dengan pandangan pertama.. adakalanya pandangan pertama tu memberi gambaran sebaliknya..

Zabid9897 said...

inginkah anda dgr org KAFIR berkata

"Alah Islam pun sama, pakai pun seksi dan menggairahkan"

Biarlah org kafir berminat dgn Islam bermula dgn PANDANGAN PERTAMA mereka.

Jadi pandangan Pertama mmg penting (,")

Wallahualam

Niena Pengembara Ilahi said...

:D

NUR said...

pandangan mata terus ke hati?

al_hakim said...

betul tu sunah..

Pojiekyra said...

sokong hehe

Sis-Lin said...

Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, pernah menasihati Ali R.A :

“Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tetapi bukan pandangan yang kedua”.

Dalam musnad Ahmad, disebutkan, Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, bersabda :

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari melihat wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya kemanisan iman sampai hari kiamat”....

rosmina samin said...

Setuju sangat.. first impression tu sangat penting! :)

JIJI YU said...

ramai islam celup ni

Qaseh dalia adelia said...

pandangan pertama .. hurm, andai hati itu baik maka luarannya juga pasti baik

aimie amalina said...

200% betol!
islam bukn atas name
tapi utk semua =)

Diana @ bilakukatacinta said...

zaman sekarang pandangan pertama sekali megelirukan dan menipu kita

mas saari said...

sebab tu kita jangan menilai orang dari luaran dan pandangan mata sahaja..

pengemis Cinta~ said...

Assalamualaikum.

memang ramai berpegang pandangan pertama itu penting. kadanag2 boleh diterima..tapi kadang2 tersasar.;)

sergeant keroro said...

true, first impression give hint, but sometimes not absolutely correct.

Nisa said...

Orang xtanya mase kali ke 6 jumpe ko aku ..... tapi orang selalu bercakap-cakap mase kali ke PERTAMA jumpe ko, aku ...

Fisrt impression penting maaa...

FaKArePa!n said...

setuju dgn sergent keroro..

Muslimah Optimis said...

ya pandangan pertama memang penting namun kadang2 kita juga tersilap menilai manusia

cik pulau said...

menyatakan islam sebab dilahirkan dalam islam,.
tapi hakikatnya...
ehmm..

kakchik@ella said...

kakchik pernah gak jadi mangsa pandangan pertama. Tp .. terserahlah. Allah ada.

kura said...

pandangan pertama penting. tp xsemua pandangan pertama menggambarkan segala-galanya. eheh!

Luqeem™ said...

disebabkan persepsi masyarakat mcm tu, jd lag islam mcm tu..

Iffah Afeefah said...

jadilah agama rekaan sendiri

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.