BLOG ENCIK SUAMI

Friday, September 30, 2011

Setiap Orang Punya Rasa...

Cup of Kittie by *Kameolynn on deviantART

Bila berjalan di alam maya...

Kadang-kadang kita akan terjumpa kisah-kisah yang menimbulkan keinsafan. Ada yang membuatkan kita tersenyum bahagia, ada juga yang menyebabkan kita tanpa sedar menitiskan air mata. Oleh kerana tersiratnya pengajaran dan iktibar di dalam setiap helaian cerita. Kalaupun tidak banyak, mungkin sedikit boleh kita ambil sebagai pedoman di hari muka.

Alhamdulillah...

Di sini kita melihat pelbagai ragam manusia, mengenal sifat makhluk ciptaan Allah yang tiada tara. Kerana manusia itu berbeza, maka tidak mustahillah terhasilnya pelbagai rasa. Lalu setiap saat sepertinya sangat elok untuk kita mengajak sekalian manusia bermuhasabah bersama.

Kita mungkin beruntung kerana lahir dengan segala kesempurnaan dan kelengkapan. Dipenuhi keperluan dan kehendak kerana Allah mengurniakan kita kesenangan. Namun jangan kita lupa, ada juga insan yang lebih memerlukan. Katakan pada diri, sedikit kebahagiaan yang kita kecapi itu, ada kebahagiaan orang lain di dalamnya.

Kerana kebahagiaan itu adalah salah satu daripada rezeki yang Allah anugerahkan kepada kita...maka tidak salah untuk kita berkongsi dengan yang lain rasa bahagia itu.

Mahu berkongsi rasa bahagia? Hulurkan bantuan kepada MEREKA.


P/S: Sekalung rasa penghargaan untuk kamu-kamu yang menyumbang undi hingga semalam.


Eh, Ustazah! : Bila Allah Murka...

Hari ni, ustazah gi ziarah sorang kawan dia kat Taman Universiti. Ustazah gi dengan adik kesayangannya, tak lain tak bukan, Amalina. Masa diorang tengah borak-borak kat laman rumah sambil minum petang, terbukaklah satu topik yang tak kurang hangatnya ni.

Fazlynda: Eh, ustazah! Hari tu kan, masa usrah dengan Nisa', kak Rozita ada kongsi satu wasiat Rasulullah s.a.w kat Saidina Ali k.w.h ni.

Ustazah: Ha...ape dia wasiat tu?

Amalina: Mesti menarik sampai nak kongsikan dengan kitorang gak kan?

Fazlynda: Aha...memang menarik pun!


Ustazah: Naudzubillah... Allah murka pada manusia, tapi tak semua manusia sedar akan kemurkaan Allah tu.

Fazlynda: Yup, sukar untuk manusia menyedarinya bila segala urusan dunianya dipermudahkan, disangkanya Allah telah memberi bantuan kepadanya dalam segala urusan dunia. Padahal dalam urusan akhiratnya yang lebih utama tu, Allah tak bagi kemudahan.

Amalina: Eh, macam mana tu? Dipermudahkan urusan dunia, tapi disusahkan urusan akhirat??

Ustazah: Aha...ada satu masa di mana urusan kita mencari rezeki tu begitu mudah dan senang, tetapi bila ada jemputan untuk gi kuliah Maghrib, macam-macam kesusahan yang kita alami. Takde transport lah, bertindan dengan kerja lah, penatlah. Jangan kata kuliah Maghrib, mungkin jugak solat fardhu, solat Jumaat dan solat-solat sunat pun kita susah nak tunaikan.

Amalina: Erkkk! Kadang-kadang nak gi main bowling padang je pun lagi mudah dari nak gi majlis ilmu, camtu ye?

Fazlynda: Aha...banyak lagi contoh dalam hidup kita, yang boleh kita fikir jauh-jauh. Dan kita tak sedar, rezeki yang kita cari tu haram untuk kita, keberkatan Allah takde, tapi syaitan yang memberkati harta kita.

Ustazah: Naudzubillah... Bila segalanya begitu mudah untuk kita dan semuanya kita dapat dengan begitu senang, renungkan balik segala amalan kita. Mungkin ada kepincangan kat mana-mana. Mungkin ada amalan wajib yang tertinggal, mungkin ada larangan Allah yang kita terbuat, malah mungkin juga ada hati-hati yang terluka dengan kita tanpa kita sedar.

Amalina: Ustaz Fakhrul cakap, kalau kita buat salah dengan manusia, kena minta maaf dengan manusia dulu, baru Allah ampunkan dosa kita...kan?

Ustazah: Betul tu...kita tak tahu, mungkin kemaafan yang belum kita dapat dari manusia lah yang menyekat segala urusan akhirat kita

Fazlynda: Aha, dan Rasulullah s.a.w turut berpesan, Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Pintu taubat masih terbuka, kalau bukan sekarang, bila lagi kita nak memohon keampunan Allah, kan?

Ustazah: Alhamdulillah...terima kasih Fazlynda sebab kongsikan inti usrah Nisa' hari tu. Lepas ni, kongsi la lagi~

Fazlynda: Insya'Allah...eh, minum lahh...

Amalina: Ye, ye...minum la ni...


Tidakkah kita rasa bimbang dan gusar jika rezeki yang kita cari rupanya haram untuk kita tanpa kita sedar? Sungguh besar kemurkaan Allah pada kita hingga disibukkan olehNya kita dengan urusan duniawi berbanding urusan akhirat. Beleklah semula segala amalan kita, mungkin ada yang tercela tanpa kita sedar. Allah itu Maha Pengampun, mohonlah keampunan dariNya selagi belum terlambat.


Thursday, September 29, 2011

Bukan Aku Tak Mahu...

Preciousness by *Lady-Tori on deviantART

Bukan aku tidak mahu berbicara lagi tentangnya.

Jauh sekali dari tidak langsung memikirkannya.

Setiap detik yang aku lalui, aku masih tidak lupa untuk terus berfikir dan berfikir. Namun biarlah aku simpan saja apa yang aku fikir untuk diriku sendiri. Semakin lama semakin menggunung segala yang dalam fikiranku. Hingga satu masa, segala yang terkumpul dalam kotak fikir akan keluar juga apabila sampai waktunya.

Kadang-kadang aku seakan-akan tidak mampu lagi untuk menjawab segala tujahan persoalan, memikirkan untuk berdiam diri dan hanya melontarkan senyum. Kerana terus-terusan berfikir sendiri menyebabkan aku kadang-kadang hilang rentak, maka aku lepaskan dahulu yang difikirkan buat seketika.

Apa yang aku pohon hanyalah sekalung doa dari kalian.

Agar Allah mempermudahkan segala urusan ini.


Saya Tak Reti Nak Buat Template Macam Sunah Suka Sakura dot com

Seorang rakan blogger, Miss Nadya, ade tinggalkan komen dan bertanya...

Komen kat entri sebelum ni

So, meh nak share... Saya share takat mana yang mampu ye, insya'Allah. Template blog saya tak lain tak bukan hanyalah template blogspot semata-mata. Cuma main edit kat Template Designer tu aje. Tak reti nak buat template gempak-gempak. Huhuhu.

First sekali, klik kat Design tu.

Design

Then, klik pulak kat Template Designer.

Template Designer

Bila bukak Template Designer tu, kamu akan nampak Blogger Template Designer yang opsyennya terdiri daripada Templates, Background, Adjust widths, Layout dan Advanced.

First sekali, klik dekat Templates. Untuk template blog saya, saya pilih template Awesome Inc. kaler hitam. Macam kat bawah ni.

Templates

Then, gi kat Background, kalo tak suka background yang sekarang tu, kamu boleh tukar dan pilih background lain kat sini.

Background

Ada banyak pilihan, boleh pilih ikut citarasa masing-masing. Macam blog saya, saya amek yang Ollustrator tu. Klik Done kalo da ok. Kalo nak buh background sendiri pun boleh, tapi tu cite lain pulak ye.

Pilihan background

Lepas tu, nak adjust Width blog kamu. Kamu nak oter bahagian post atau sidebar, mana nak besarkan atau kecikkan, kat sini la ye. Orang selalunya akan besarkan bahagian post. Kalau bagi sama besar bahagian post dengan sidebar, nanti orang konfius, mana satu nak baca kat blog kamu.

Adjust Widths

Lepas tu, dekat Layout pulak, boleh pilih rupa bentuk blog kamu macam mana. Untuk bahagian sidebar dengan footer. Ikut la kreativiti kamu ye.

Layout

Ha...yang paling best sekali nak modify adalah bahagian Advanced. Kat sini la kamu-kamu pilih font untuk blog kamu, kaler font, kaler border sume, main-main la kat sini ye. Kene rajin-rajin godek mana yang berkenan kat hati.

Advanced

Dah siap modify semua, klik Apply To Blog kat atas belah kanan tu. Boleh tengok hasilnya (sambil-sambil modify pun ade preview kat bawah sebenarnya). Kalo nak lagi masyhuk, godek-godek juga bahagian HTML kat Design yang awal-awal tadi.

Ok...all the best ye~


P/S: Pagi tadi masuk angin, petang ni cirit-birit pulak... T__T


Blog Adik-adik...

Love as you See it by ~TangoMango32 on deviantART
Cantik kan gambor ni?
Motif letak? Saje nak kongsi kecantikan dia.
Takde kaitan langsung dengan entri.

Uwekkk...

Rasa nak muntah aje. Tapi tak muntah-muntah pun. Jangan tanya da berapa bulan, sebab takde bulan pun kat langit semalam. Nak makan pun terbantut, sebab banyak angin dalam usus. Hurmmm... Takpelah, releks ye perut. Takyah makan pape hari ni.

Ermmm... Sebenarnya nak kenalkan blog adik-adik saya. Baru teringat balik. Dan baru terjumpa balik link adik yang bongsu. Boleh pulak dia buat Profile Not Available. Ggrrr... Nak tanya sendiri asyik terlupa aje, taip, taip, taip kat browser tadi, terjumpa pulak link dia. So...moh kita tengok blog diorang eks~


Ni blog adik yang study kat UKM. Lama tak jenguk blog dia, da mula speaking da kat dalam tu. Mungkin salah satu cara untuk dia improve English. Bagus, bagus. Kalo ade kesalahan grammar, sila komen kat entri dia. Hahaha~ :D


Ni blog adik bongsu. Nama blog pun ada "adik bongsu". Baru lagi blog dia ni. Sila beri tunjuk ajar ye kat dia. Kakak dia malas nak ajar. Gggrrr...

Adik lelaki yang sorang lagi tu ade blog gak, kat wordpress. Tapi, dia da tak update da, so malas nak promote. Hahaha~

P/S: Air halia sedap ke???

Masuk Angin, Tak Keluar Asap


Cane nak redakan ketidakselesaan perut sebab banyak angin?

Dua tiga hari ni perut rasa tak selesa sangat, sesak nafas pun ye jugak sebab tak dapat nak sendawa or buang angin.

Tadi sempat baca kat satu web, ape punca banyak angin dalam perut ni. Macam kat bawah:-

  • Tekanan — Individu yang tertekan/stres biasanya menelan lebih banyak angin.
  • Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras.
  • Merokok
  • Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk.
  • Gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyak udara.
  • Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut. Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan.
  • Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.
  • Pemecahan makanan yang tidak tercerna - Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar yang mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur.

Erkkkk! Tekanan ye? Hurmmm...baiklah, takmo tertekan-tertekan ye. Kalo time final year dulu, pernah gak kene serang angin ni bila tak cukup tido mengadap PSM. Tak pernah-pernah kot banyak angin dalam badan, bila da jadi camtu baru lah tahu ape punca kalau saya diserang angin.

Setiap orang mungkin mengalaminya secara berbeza.

Korang lak, cane?


Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #29: Haruskah Engkau Dan Aku Sama...

Terima kasih IBU GEBU ^_^


Give Up Dengan Blog...

Someday When I Am Older by ~Ramen-Pirate on deviantART

Dalam siri YM beberapa minit yang lalu...

Ada yang suruh saya give up dengan blog. Dah tua katanya. Tak payah main blog-blog ni lagi.

Saya kata, ada je yang tua-tua berblog.

Dia kata, jangan ikut diorang.

Saya kata, tak ikut...memang hati nak berblog...berblog sampai rasa takde hati da.

Dia tak tau nak cakap ape da.

Hurmmm... Bila dia sentuh hal 'tua' dan blog, saya terfikir juga. Sampai bila ye saya nak berblog macam ni. Maksud saya, blog dengan bahasa yang...kamu-kamu faham lah kan, bahasa macam kanak-kanak ribena, macam budak tak matang pun ada. Erk!

Bila umur semakin bertambah...saya rasa, lama-lama nanti gaya bahasa kat blog ni akan berubah. Tambah-tambah bila da bekerja dan berkeluarga nanti, mesti da jadi macam mak-mak orang pulak bahasanya. Skema tak hengat dunia. Balik macam masa mula-mula berblog dulu. Erk!

Alaaa...tak kisahlah kan bahasa macam mana pun! Yang penting ape yang nak disampaikan tu...

Tapi betul jugak, takkan nak jadi budak kecik sampai bila-bila? Err...


P/S: Awak, saya ni macam budak-budak kan?


Wordless Wednesday #28: Cane Nak Guna Benda Ni?

Cici Wawa Maisara


Tuesday, September 27, 2011

Jom Jadi Macam Conan!

Gambar dari SINI

Entah kenapa la kan...

Tiba-tiba nak buat entri pasal Detektif Conan ni. Siapa tak kenal Conan? Semua kenal kot detektif kecik cilik yang hebat merungkai segala misteri jenayah ni. Mengalahkan bapak-bapak polisi, dong! Ops! Yezza... Conan hanyalah watak dalam komik dan kartun bersiri kat kaca TV. Semata-mata. Takde dalam dunia realiti, okehhh!

Ramai orang suka Conan. Dia budak kecik. Sekolah rendah je lagi. Tapi otak geliga dan cerdik. Paling bijak di kalangan kawan-kawan dia. Jauh daya pemikiran. Berfikir masak-masak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Bila terlibat dengan mana-mana kes jenayah *kononnya kebetulan*, macam biasalah kan...budak sekolah...mana lah polis-polis nak bagi kacau tempat jenayah. Apatah lagi la nak percaya kata-kata budak kecik cam Conan tu.

Tapi Conan bukan dengar kata. Biar banyak kali berbenjol kepala kena ketuk dengan Miss Ran, dia nak gak try setelkan kes tak kira lah kes kecik ke kes besar ke, semua dia nak masuk tolong gak. Bagus kan dia? Niat dia nak membantu, bukan nak menjatuhkan pihak polis pun. Dia tahu pihak polis yang dah berpengalaman semua tu lebih tinggi tempatnya dari dia, tapi dia tetap nak berusaha untuk bantu jugak. Walaupun akhirnya, yang dapat nama bila da setelkan kes tu bukan dia, tapi orang lain.

Dia simpan semua tu sebagai pencapaian dia sendiri. Hanya orang tertentu je yang tau ape yang dia dah buat. Dia tak kisah, yang penting dia puas dapat meletakkan diri dia setaraf dengan bapak-bapak polisi secara tak langsung. Kes selesai, pencapaian dia pun meningkat.

Sama gak la macam blogger-blogger muda dan blogger-blogger yang baru nak menapak dalam dunia blog ni.

Cer jadi macam Conan tu eks~ cer la...

Nanti mesti satu dunia suka kamu, dari yang umur 4 tahun sampai la yang da berumur hampir satu abad, mesti suka kamu punyaaaaaaaaaa~


Jom Kenali Blog Sunah Suka Sakura dot com


Beri latar belakang secara ringkas kenapa anda buat blog ?

Dulu nak review buku, lepas tu nak copy paste sume benda yang saya rasa nak kongsi ngan orang, lepas tu nak bawak isu kampus masa jadi wakil student, sekarang...menulis untuk berkongsi dan dari situ, saya rasa puas menulis walopun tak ramai yang baca. Alhamdulillah...

Jelaskan kenapa anda nak para blogger / pembaca singgah ke blog anda ?

Singgah la untuk baca apa yang saya tulis, amek la apa yang boleh kamu amek, sebarkan apa yang boleh disebarkan.

Berikan 5 buah blog yang menarik yang mana anda pernah jumpa selama anda mengenali dunia internet ini .

Dapur Tanpa Sempadan... - siyes la menarik dengan makanan-makanan dia.

! anGah -iNi bLoG JiWa JiWa- ! - sejak pertama kali jejak sini da jatuh cinta pandang pertama.

Blog Begins At Forty - blog uncle yang simple, satu entri satu gambar ringkas, satu caption, berpuluh-puluh komen.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA - menarik sangat ni, tertarik hati sampai bila-bila.

Blog Review - cer klik sini kalo nak tengok blog lain yang menarik jugak sebab banyak sangat sebenarnya. Err...

Impian anda terhadap blog anda ?

Ermm...impian, adakah perlu dikuburkan? Erk! Impian saya...moga ada manfaat dari blog ni yang boleh diambil bila saya da takde nanti. Insya'Allah.

Ok, sekian terima kasih.


Dah Dapat Gaji Kan Bulan Ni?

Gambar dari SANA

Dipanjangkan daripada Ostad Jiji...

Hari ni...

Ramai yang dah dapat gaji untuk bulan ni kan?

Apa kata...

Sumbangkan sikit dari pendapatan kamu untuk mereka...

Sama-sama meringankan beban, siapa tahu, sumbangan amal jariah kamu tu, biarpun sedikit, bakal menjadi saham kamu di akhirat kelak apabila kenderaan tersebut menjadi kegunaan secara terus-menerus oleh anak-anak tahfiz yang akan membangunkan Islam, insya'Allah...


 Untuk maklumat lanjut tentang MTAQA dan keperluan sumbangan, boleh klik SINI.


P/S: Izinkan saya menyepi mencari hati...


Hari Ni Besday Kak Limah !!!

Kak Limah ooo Kak Limah...

Ni bukan Kak Limah yang dalam cite Misteri Sedenak bersama-sama Pak Cik Mat dan Papa Bennnn dulu-dulu tuuu...

Antara kisah Kak Limah yang pernah jadi penyeri blog:
Kak Limah Curang!!!
Kak Limah Mintak Undi...

Tapi ini Kak Limah jelitawan yang masih sihat walafiat otak dan pemikirannya...erk!

Hahaha... Jangan marah ye Kak Limahhhhh~~~

Saya suka skodeng blog Kak Limah ni sebab dia suka cerita benda pelik-pelik dalam blog dia.

Dari cite dia kira berapa ekor semut yang terenjit-enjit sampai la ke cerita dia dikaco oleh semut-semut *erkkk, takde pon cite ni~~~*, sume dia nak citeeeee!

Tetiba kannn masa berjalan-jalan kat FB tadi, tertengok la events kat tepi tu...

Ade nkoo nama Kak Limah keluar kat tepi tu, hari ni besday dia rupanya...

So, tak boleh nak tulis kat wall dia, saya pun buatlah entri ni...

Boleh kan Kak Limah???

Agaknya macam ni la muka Kak Limah makan kek...

Hepi besday ye Kak Limah...

Moga jadi Kak Limah yang sukses di dunia dan juga di akhirat...

Ameen...

Ape???

Kamu-kamu nak wish Kak Limah gak???

Betul keee??? Tak takut Kak Limah kejar nanti???

Ok, ok! Kalo tak takut, meh la serang Kak Limah kat SANAAAA~~~


Monday, September 26, 2011

Impian Yang Dikuburkan

Chasing One's Dreams by ~reyvolution on deviantART

Dulu...

Saya pernah berkongsi tentang impian... Impian yang perlu digapai dengan penuh usaha dan sedaya upaya. Impian yang menjadi matlamat sesetengah manusia di muka bumi ni bila membuat satu-satu kerja. Impian yang menjadi sumber inspirasi sesetengah manusia untuk meneruskan hidup. Macam-macam tentang impian.

Tapi kali ni...

Saya nak kongsi tentang impian yang dikuburkan. DIKUBURKAN...bukan TERKUBUR. Maksudnya memang yang punya impian tu menguburkan impian dia, melepaskan impian dia pergi sebelum memperjuangkannya. Impian yang dibiarkan begitu sahaja tanpa diusahakan lagi untuk dicapai.

Kenapa impian dikuburkan sebelum terkubur?

Sebab impian tu terlalu jauh dan dah tak relevan lagi dengan kehidupan seseorang tu pada satu-satu masa. Kerana jalan hidupnya telah berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Kadang-kadang perubahan 360 darjah dalam hidup pun menyebabkan impian yang selama ini jadi inspirasi dikuburkan begitu saja.

Saya juga pernah mempunyai beberapa impian yang kini saya rasa telah dilabelkan sebagai DIKUBURKAN.

Kerana semuanya sudah berakhir...

Semua itu sudah tidak perlu.

Kini saya punya impian baru yang perlu saya gapai. Doakan saya.


Sukarnya Mengungkap Sayang...

Do You Know by ~Cinderella2B on deviantART

"Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan dengan mereka di sisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga mempunyai bahu sedia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihatlah di hatimu semua kasih terhimpun dibiarkan terkurung
Jadi luahkan sekarang luahkan"

- Tiga Kata - KRU -

Kadang-kadang...

Usia rumahtangga yang telah begitu lama dan hampir berwarna keemasan (kerana usia perumahtangganya semakin menginjak ke zaman emas) menyebabkan masing-masing sudah malu mahu mengungkap rasa sayang. Malah, sebelum zaman emas lagi, kerana sibuk dengan dunia pekerjaan, menyebabkan masing-masing sudah kurang meluahkan rasa sayang kepada pasangan.

Perhubungan menjadi hambar, tiada lagi kemesraan seperti di awal-awal perkahwinan, tiada lagi gurau senda dan usik-mengusik seperti pasangan yang baru berkahwin. Ditambah dengan kehadiran penyeri rumah tangga (sepatutnya dengan ini rumahtangga semakin berseri-seri) yang semakin meningkat bilangannya, kata-kata sayang semakin lama semakin sukar untuk disebut.

Mungkinkah kerana malu didengar oleh anak-anak, atau mungkinkah kerana tidak sempat untuk meluahkannya kerana sibuk memikirkan masa depan keluarga, mana-mana sebab yang jelas atau kurang jelas, mesti ada yang mengalami situasi macam ni. Kalau bukan antara suami isteri pun, antara ibu dan anak, antara ayah dan anak, antara adik dan kakak, antara abang dan adik, antara nenek dan cucu, makin lama makin payah kita nak dengar ungkapan tiga kata ni.

Kenapa macam tu...?

Bukankah perkahwinan tu antara dua hati yang mencintai? Dan bukankah keluarga itu tempat bermulanya kasih sayang? Kalau mula-mula kahwin, boleh bergurau senda, kenapa tidak bila dah lama kahwin? Umur yang dah semakin meningkat, usah dijadikan halangan untuk terus meluahkan rasa cinta dan kasih. Malah, anak-anak boleh mencontohi kerukunan rumahtangga kedua ibu bapa mereka pula satu masa kelak... "ibu dan ayah dulu, sampai gigi tinggal dua pun, masih bersayang-sayang, tau!"

Dengan macam tu, barulah rasa mesra selalu...


Ehhhhhh, dah macam Pakar Rumahtangga pulak kan?


P/S: Kalau sayang, luahkanlah...sebelum segalanya terlambat...


Sampai Kapan Pun... Aku Tak Bisa...

Why? by ~screamst on deviantART

...sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa...


Sunday, September 25, 2011

Jeneral Ngadap Netbook 24 Jam Ke???

computer girl by ~herbstkind on deviantART

Sarjan: Jeneral, jeneral...

Jeneral: Haa...ade ape? (sambil ngadap netbook biru yang comel)

Sarjan: Hurmmm...saya nak tanya ni...

Jeneral: Teruskan aje lerr...

Sarjan: Jeneral ni kan, saya tengok asyik ngadap netbook ajeee... Jeneral berblog dengan berfacebook dengan bertuit-tuit 24 jam ke???

Jeneral: Nkoo skodeng aku 24 jam ke????

Sarjan: Erkkk! Bukan, bukan! Saya tak skodeng ponnn... Tapi tapi tapi...tu kan teknik membesar-besarkan sesuatu, dalam kata sasteranya kita panggil hiperbola--

Jeneral: Ok, stop. 24 jam jugak aku nak mendengarnye kang...

Sarjan: Hehehe...so, jawab lerr soklan saya tu, jeneral.

Jeneral: Tak jugak aku mengadap 24 jam tiga-tiga benda tu, sesambil tu aku bukak paper research aku, baca pasal NS2 yang memeningkan kepala hotak tu... Baca punya baca, banyak jugak yang aku blurr...sampai aku rasa macam nak post kat dalam blog aku ajeee segala kod yang pelik-pelik tu. Bagi korang-korang sume ni pening sama-sama. Barulah dikatakan berganding-bahu untuk keselamatan negara, kannnnnnn???

Sarjan: Erkkk!!! Gitu rupanya... Hurmm... Takpelah, jeneral. Teruskan keje jeneral tu. Kalo-kalo rasa pening tu, post aje dalam blog segala kod tu. Kot-kot nanti ade yang paham, diorang tolong lah jeneral selesaikan...

Jeneral: ... (tengok aje sarjan yang merapu)

Sarjan: Err...ok, ok... Saya pergi dulu ye, jeneral... Assalamualaikum...

Jeneral: Wa'alaikumussalam...

P/S: ...


Cici: Opocot! Terkojut Kiteeeeeeeeeee!


Macam ni agaknya muka dia bila terkejut sangat-sangat ye...

Mata terbeliak tak berapa nak besar...

Mungkin tak sangat-sangat la terkejutnya Cici tu...

Terkejut sikit-sikit aje...

Mana tak terkejutnya Cici...

Bila bukak-bukak page dia kat FB tu...

Dia nampak ni ha...


Bila musuh ketat dia ponnn LIKE page Cici Wawa Maisara tuuu...

Sekali dengan abangkecik tu pun LIKE gak...

Cici rasa berbunga-bunga dalam hati...

Fiu fiu fiu~~~


P/S: Musuh kite pun LIKE kite awakkkk...awakkk ade???


Cici: Tido Tak Ingat Dunia


Try alih dia ke sana ke mari, tetap boleh tido tanpa rasa terganggu...

Kita pulak yang rasa terganggu nak beralih ke sana ke mari...erk!

Lagi gambar Cici Tido Tak Ingat Dunia kat SANAAAAA!


Tudung Dipinkan ke Belakang Menyamai Biarawati Kristian?

Gambar dari SINI

Soalan: Salam ustaz, saya ada satu kemusykilan berkaitan dakwaan tentang cara pemakaian tudung yang diikat@dipin di belakang leher seperti trend sekarang adalah mengikut cara pemakaian biarawati kristian. Adakah dakwaan itu benar walaupun si pemakai (wanita islam) tidak pernah mempunyai niat sedemikian, hanya pakai tudung dengan meng'pin'kan di bahagian leher bagi menampakkan kekemasan. Harap ustaz dapat memberikan penjelasan.

Jawapan:

Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu”. (HR Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab r.a.).

Kena baca lebih lanjut kat SINI untuk tahu pandangan dan kesimpulan dari USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL.


Saturday, September 24, 2011

Remy Memang Suka Bunga Sakura Ungu

Try carik gambar Remy kat deviantART...jumpa yang ni! Erk!

Alkisahnya si Remy ni suka bunga sakura ungu...

Macam mana rupa bunga sakura ungu sebenarnya?

Ade ke bunga sakura kaler ungu?

Adaaa...

Saya pernah search sebelum-sebelum ni...

Antaranya macam kat bawah ni...

Gambar Google

Okehh...satu tu je saya jumpa...

Susahnya nak carik yang kaler ungu ni ye... T___T

Sebenornye...

Saya tak pasti sama ada Remy suka bunga sakura ungu ke tak...

Cuma...


Gambar dari histats ni...

Menunjukkan betapa ramainya yang mencarik bunga sakura ungu...

Untuk ape agaknya tu???

P/S: Remy memang suka ape ek Cik Bambam?


Kalo Awek Ni Boleh, Awak Pun Boleh...

You Can Do It by *diggedy on deviantART

Kalo awekbird (awek=lady, boleh kan?) cinonet yang sekor-sekor ni boleh melangkah ke seberang sana ranting kayu yang lagi kecik dari jari kelingking awak yang gemok tu...

Saya tahu...awak pun boleh buat kerja yang awak da biasa buat tu walaupun kene buat sorang-sorang aje...

Lagipun...

DIA selalu ade dengan awak kat situ... :)


Makin Lama, Makin Lambat...

Amek dari blog Papa Bennn

Pelik...

Betul-betul pelik dengan keadaan sekarang ni. Mungkin sebab tu lah PCM kata dunia blog da semakin hambar dan membosankan. Entah lerr...

Kalo tengok dalam bloglist kat atas, jarak masa antara entri-entri baru dari para blogger sangat panjang. Entri yang last sekali dalam 5 teratas tu pun sejam yang lepas. Aiyakkk! Ape nak jadi ni???

Kalau dulu-dulu, cepat betul tenggelam entri baru kita. Setiap entri baru antara blogger-blogger bezanya paling kurang 2-3 saat je. Sampaikan entri kita pun terhumban dengan begitu cepatnya ke bawah. Huhuhu...

Tapi sekarang...

Awat nehhhhh?


Andainya Kau Tahu...

time to go by ~robinkore on deviantART

Baru lepas baca entri di blog CA Nadh.

Ingin saya kaitkan pula dengan hidup kita yang lain-lain ni. Yang belum nampak lagi akan mengalami apa-apa macam dia yang diceritakan. Yang rasa penuh yakin bahawa panas akan sampai ke petang. Yang hidup dalam zon selesa tanpa perlu berfikir akan berlakunya sesuatu yang tak dijangka-jangka. Yang rasa bahagia selalu, tanpa memikirkan satu masa nanti mungkin kebahagiaan tu bukan lagi milik dia.

Tanya diri kita, kenapa Allah tak khabarkan kepada kita bila kita akan mati?

Adakah kita tahu bila kita akan pergi meninggalkan semua yang ada di sisi?

Kalau kita tahu bila waktunya kita akan menghadap Illahi, adakah kita akan mengisi masa kita dengan sebaik-baiknya?

Saya rasa...tak semua akan memanfaatkan masa dengan sesungguhnya kalau dapat tahu tarikh dan masa kematiannya. Mungkin lebih banyak yang hanya akan betul-betul beramal last minute (sama macam exam jugak, study last minute kan?) berbanding di awal-awal waktu. Atau mungkin ada yang hanya bersungguh-sungguh bila dia sedar hakikat tu, then jadi slow down, lepas tu baru dia buat amal banyak-banyak balik. Hanya sedikit aje yang betul-betul istiqamah beramal hingga waktu kematian.

Kenapa ye, Allah tak bagitahu kita?

Atas sebab kat atas tadi la... Allah tak nak kita beramal sambil lewa. Allah nak kita sentiasa istiqamah dengan amal kita. Bila kita tak tahu waktu ajal kita, sepatutnya setiap masa kita akan berusaha untuk memperbaiki amal dan menambah ketaqwaan kepadaNya. Kita akan berusaha untuk dekatkan diri kepada Allah setiap masa, sebab kita tak tahu entah-entah nyawa kita akan ditarik balik lagi dua bulan, atau mungkin seminggu lagi, atau mungkin esok, atau mungkin jugak malam ni, atau mungkin saje lepas saya taip ayat ni. Dan Allah Maha mengetahui...

Sebagaimana kisahnya dengan kematian, sebegitu jugaklah kisahnya dengan apa saje yang dipinjamkan kepada kita kat dunia ni. Keluarga, kekayaan, kebijaksanaan, persahabatan, kasih sayang, iman dan Islam, hargai semuanya selagi nikmat tu dipinjamkan kepada kita.

Kerana satu masa nanti, kita tak tahu...nikmat itu akan diambil semula dari kita.

Namun, manusia...banyak yang alpa...

P/S: Aku juga akan kembali... Masa yang ada ini, ingin aku isi dengan kesayangan-kesayanganku...


Friday, September 23, 2011

Sangat Mengerti Akan Rasa Itu...

I won't let go. by *this-is-the-life2905 on deviantART

Saya sangat mengerti...

Bagaimana rasanya untuk mengambil langkah seperti itu. Macam mana rasanya mengumpul kekuatan untuk memulakan sesuatu yang begitu berat. Sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan oleh seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Apatah lagi jika manusia itu adalah dari golongan yang dianugerahkan Allah sekeping hati yang lembut dan senjata terhebatnya adalah air mata.

Sangat berat untuk melepaskan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu yang lain. Apatah lagi jika ia adalah perkara yang membahagiakan hati dan nurani. Kerana nyata rasa senang dalam hati itu adalah nikmat yang Allah berikan kepada setiap makhluk yang bernyawa. Siapa saja yang sanggup melepaskan rasa indah itu pergi bagi mengejar sesuatu yang lain?

Pengorbanan...

Untuk mendapatkan sesuatu yang lebih agung dan memberi rasa kepada yang lebih berhak, lalu melepaskan apa yang dimiliki ketika ini, satu pengorbanan yang tidak ternilai sebenarnya. Memilih untuk mencari redha Allah dalam hidup sambil terus menerus berdoa dan berhajat kepadaNya, dengan penuh keyakinan bahawa segalanya sudah dalam susunan Allah...jika rasa yang dilepaskan pergi itu memang benar untuknya, Allah akan berikan rasa itu kembali juga apabila masanya tiba kelak. Insya'Allah.

Cendekiawan berkata...

Carilah CINTA Allah...kamu akan temui cinta selainnya setelah itu...


P/S: Moga diperteguhkan rasa dan hati itu...

--Tak jadi nak senyap...


Nak Senyap Juga...

Kalo Jiji kata dia nak senyapkan diri seketika...

Saya pun nak senyap jugaklah...

Nak mencari hati jugak...



Hati kini mula terpaut pada benda alah kat bawah ni...

NS2 simulation...baru yang basic...=.=

Moga semuanya selesai cepat-cepat...

Dah tak mampu nak mengadap semua ni...

T___T


P/S: Siyes aku kagum dengan dia Ji...


Thursday, September 22, 2011

Lagi Blog Canggih...

Klik imej untuk masuk...

Malu ceq...blog ceq tak secanggih blog dia... *kesat ingus*


Setulus Kasih Adam, Secangkir Bicara Cinta Hawa



Wednesday, September 21, 2011

Disebabkan Jari Tak Boleh Nak Taip Banyak, Maka...

JOMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\   |   /
\   /
\/


Wordless Wednesday #27: Pendedahan Mat Gebu


Thanks dak mucuk


Ibarat Kiambang...

On the Surface by ~Genetrix205 on deviantART

Persahabatan...

Kadang kala ibarat kiambang. Satu masa ia berkumpul dalam satu kelompok. Bila diterjah arus deras, ia berpecah dan membawa haluan masing-masing. Semakin deras arus yang mengalir menerobos kelompok kiambang, semakin menjauh satu-satu ia dari kiambang yang lain.

Namun...bila air kembali tenang, ia akan menyatu kembali. Kerana akarnya yang bertaut erat jauh di dasar air, sentiasa kukuh memegang kesemua kiambang. Tujuannya hanya satu, agar kelompok kiambang terus-menerus bersatu, biar sehebat mana pun badai yang melanda.

Hanya kiambang yang lemah, akan terkulai hanyut dibawa arus...jika tidak berpegang teguh pada akar yang menjaganya. Dan itu semua sudah menjadi ketentuan Allah. Kita sebagai hamba, sewajarnya redha dengan segala yang telah dipilih untuk kita.

Terima kasih Atok Gebu...


Wordless Wednesday #26 : Frozen Reality

Frozen Reality by *Lady-Tori on deviantART


Tuesday, September 20, 2011

Jangan Salahkan Telur...

Gambar cilok SINI

"Jangan salahkan telur tak ada, kalau malas nak masak..." [Aunty Jenny, 2011]

Kak Ila cakap, laksa penang...sesedap mana pun rasanya, kalau takde telur, takde ummphhh...

P/S: Saya tak makan laksa penang.


Syok Tengok Video Ni!

Comey sekali video ni...

Ekekeke...

Meh tengok meh...



Sila pergi ke website di SINI.

Fanpage lak kat SINI.


P/S: Dah daftar mengundi belom???


Bagai Menarik Lesung Pipit


Cantik kan kalo ada lesung pipit...

Macam dak mucuk ni...

Sampai nama blog pun www.silesungbatu.com

Kalo jumpa dia...

Rasa macam nak cocok-cocok lesung pipit dia tu...

Motif letak gambo ni??? Saja nak tunjuk dia da berpunya... Lalala~

Tu lerr sampai ada yang jelessss...

Nak jugak ada lesung pipit macam dia...

Siap tarik kuat-kuat nak bagi ada lesung pipit...

Haishhh...

Ko buat la kembong-kempis macam mana pun usopppp

Kalo da tak boleh tu, tak boleh lerr...

Dah, dah!

Tak payah tarik dah...

Takde lesung pipit pun Awin ok ajeee...

Lalala~


P/S: Boleh paham kan maksud perlibahasa baru ni?


Titik-titik Hitam

feeling lonely by ~luuunacy on deviantART

Astaghfirullahal'azim...

Astaghfirullahal'azim...

Astaghfirullahal'azim...

Kadang aku sendiri...merenung masa yang telah berlalu. Mengenang waktu-waktu yang tidak bisa untuk aku putar kembali. Waktu-waktu gelap dan kelam...waktu-waktu yang pahit dan memualkan. Waktu-waktu yang jauh sekali dariku...namun masih jelas dalam ingatan...seolah-olah baru semalam segalanya terjadi. Bukan diri yang meminta untuk kenangan yang membencikan itu datang...namun benarlah kataMu...ini hukuman untukku di dunia...dihantui dosa lalu hingga menyesakkan fikiran dan perasaan.

Astaghfirullahal'azim...

Astaghfirullahal'azim...

Astaghfirullahal'azim...

Masa lalu yang penuh dengan dosa...titik-titik hitam dalam hati yang semakin banyak tompokannya...semakin hari semakin membesar dan memberat! Dosa-dosa yang sebesar gunung-ganang...malah aku yakin lebih besar dan berat dari itu...bila-bila masa saja akan menghempapku!

Alla...Allah...Allah....

Adakah bisa untuk Kau mengampuni segala dosaku yang lalu? Layakkah aku...insan jijik lagi hina...untuk menerima keampunan dariMu? Masih adakah ruang untuk aku...hambaMu yang kerdil lagi lemah...untuk terus berlari mencari CINTAMU yang hakiki? Masih hadirkah rasa kasih dan cinta untuk aku yang terpalit dengan begitu banyak lumpur dosa yang kotor dan busuk?

Allah...Allah...Allah...

Janganlah Kau biarkan aku dalam dosa, melainkan Engkau ampunkan kesemuanya...
Janganlah Kau biarkan aku dalam kesempitan, melainkan Engkau lapangkan...
Janganlah Kau biarkan aku dalam berhajat, melainkan Engkau perkenankan...

Astaghfirullahal'azim...

Astaghfirullahal'azim...

Astaghfirullahal'azim...

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada kamu." (Riwayat Ibn Majah)

--Maafkan aku...kerana tidak bisa menjadi sehebat...


Monday, September 19, 2011

Terima Kasih Sayang...

Alhamdulillah...

Sangat bersyukur dapat jumpa mereka semua untuk kesekian kalinya. Ada jugak yang baru first time jumpa. Ada yang da 2-3 kali jumpa, ada yang da banyak kali jumpa...tak kisah yang mana satu, sangat-sangat berterima kasih kepada semua sebab sudi bersama-sama sepanjang dua hari lepas.

Walaupun ada beberapa perubahan dalam rancangan perjalanan, namun semuanya tetap 'tabah' sampai ke hujung jalan. Hehehe... Bak kata mereka...

Cikgu Arif yang bersama-sama di Sedenak

CA Nadh yang ikot sama-sama ke Kajang

Kakakecik Shida yang sanggup bawak kete dari utagha turun ke selatan

Iffah yang sanggup tunggu sampai lewat malam...

Terima kasih...

Terima kasih kakakecik Shida, dak mucuk Ina, CA Nadh, kembaq Aimaa, along Usop, kak Ila, sarjan Keroro yang sabar menempuh perjalanan dari Sedenak ke Kajang... Terima kasih cikgu Arif yang bersama-sama mengunjungi rumah Atok Gebu kat Sedenak. Terima kasih retiss fofular yang sudi menerima kunjungan kami di tempat shooting (dan juga untuk 'kata-kata semangat' sepanjang perjalanan...:p). Terima kasih 'gegurl' Kirin yang sama-sama ke rumah kak Elly dan resakse Kyerull.

Terima kasih kepada Atok Gebu, Iffah Afeefah, Kak Elly, resakse Kyerull, dan kak Shida Anwar kerana sudi menerima kunjungan kami ke teratak kalian. Terima kasih atas layanan yang baik dan kedatangan yang diraikan. Insya'Allah jika umur panjang, lain kali kita jumpa lagi dan cipta kenangan yang lain pulak ye~ :)

Terima kasih jugak untuk dua cenderahati berharga ni...

Dan sabda baginda Rasulullah s.a.w, untuk mengenali sifat sebenar sahabat kamu, bermusafirlah bersamanya, tidur dan makanlah bersamanya, lihatlah cara dia mengendalikan marahnya...*tak jumpa perawi...kalau ada yang tau, sila tinggalkan pada ruangan komen kat bawah...terima kasih!*

Terima kasih semua... :)

P/S: Adakah kak Ila bakal bukak blog? Lalala~


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.