BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, September 24, 2011

Andainya Kau Tahu...

time to go by ~robinkore on deviantART

Baru lepas baca entri di blog CA Nadh.

Ingin saya kaitkan pula dengan hidup kita yang lain-lain ni. Yang belum nampak lagi akan mengalami apa-apa macam dia yang diceritakan. Yang rasa penuh yakin bahawa panas akan sampai ke petang. Yang hidup dalam zon selesa tanpa perlu berfikir akan berlakunya sesuatu yang tak dijangka-jangka. Yang rasa bahagia selalu, tanpa memikirkan satu masa nanti mungkin kebahagiaan tu bukan lagi milik dia.

Tanya diri kita, kenapa Allah tak khabarkan kepada kita bila kita akan mati?

Adakah kita tahu bila kita akan pergi meninggalkan semua yang ada di sisi?

Kalau kita tahu bila waktunya kita akan menghadap Illahi, adakah kita akan mengisi masa kita dengan sebaik-baiknya?

Saya rasa...tak semua akan memanfaatkan masa dengan sesungguhnya kalau dapat tahu tarikh dan masa kematiannya. Mungkin lebih banyak yang hanya akan betul-betul beramal last minute (sama macam exam jugak, study last minute kan?) berbanding di awal-awal waktu. Atau mungkin ada yang hanya bersungguh-sungguh bila dia sedar hakikat tu, then jadi slow down, lepas tu baru dia buat amal banyak-banyak balik. Hanya sedikit aje yang betul-betul istiqamah beramal hingga waktu kematian.

Kenapa ye, Allah tak bagitahu kita?

Atas sebab kat atas tadi la... Allah tak nak kita beramal sambil lewa. Allah nak kita sentiasa istiqamah dengan amal kita. Bila kita tak tahu waktu ajal kita, sepatutnya setiap masa kita akan berusaha untuk memperbaiki amal dan menambah ketaqwaan kepadaNya. Kita akan berusaha untuk dekatkan diri kepada Allah setiap masa, sebab kita tak tahu entah-entah nyawa kita akan ditarik balik lagi dua bulan, atau mungkin seminggu lagi, atau mungkin esok, atau mungkin jugak malam ni, atau mungkin saje lepas saya taip ayat ni. Dan Allah Maha mengetahui...

Sebagaimana kisahnya dengan kematian, sebegitu jugaklah kisahnya dengan apa saje yang dipinjamkan kepada kita kat dunia ni. Keluarga, kekayaan, kebijaksanaan, persahabatan, kasih sayang, iman dan Islam, hargai semuanya selagi nikmat tu dipinjamkan kepada kita.

Kerana satu masa nanti, kita tak tahu...nikmat itu akan diambil semula dari kita.

Namun, manusia...banyak yang alpa...

P/S: Aku juga akan kembali... Masa yang ada ini, ingin aku isi dengan kesayangan-kesayanganku...


9 comments:

Iffah Afeefah said...

Erm tula

rencana nye indh

kite perlu hargainye slgi ade

mnfaatkn smue

sea_lavender said...

manfaatkan masa yg masih...cuba kte m'istiqamahkn amalan demi ingin keredhaan-Nya...Insya-Allah...

fRaMe+LenSeS said...

betul tu boss. sambil lewa. kan? T.T sedih pula rasanya. diharapkan kita berusaha menjauhkan diri dari berbuat mcam tu.

Muslimah Optimis said...

sangat takut bila mengenangkan dosa2 lampau

Solihin Zubir said...

kalau manusia dpt tau bila dia mati, nescaya makin ramai yg suka taubat last minit...

meaw said...

supaya kita tidak terus lagha dan tidak memandang remeh akan hal agama...that's why lah kan Allah swt tidak bagi tahu...

msredcheesecake said...

kita selalu alpa... carilah iinsan yg boleh dan tahu mengingatkan kita duduk sebelah kita sentiasa

belog|amiyo said...

ramai orang sedar mereka akan perg. tapi tak ramai yang bersedia untuk pergi.

MerLe said...

betul tu.. bru kita selalu bersedia..klu tau apa akan jdi & ble masanya, takde makna hdup ni.. tade cabaran... cabaran la yg mematangkn hidup kita... & tiap apa yg DIA tentukan adalah yg terbaik utk hamba2nya

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.