BLOG ENCIK SUAMI

Friday, September 16, 2011

Eh, Ustazah : Buatlah...!

Hari tu ustazah gi open house kat rumah Pak Cik Mat. Jumpa la murid-murid ustazah. Sambil-sambil makan lemang, ketupat, rendang, lontong, kuah kacang dan macam-macam lagi juadah yang ade, sempat jugak berborak-borak tentang kehidupan. Moh le kita review balik ape yang dibincangkan.

Nasri: Hurmmm...susahnya nak istiqamah baca al-Quran sekarang ni...

Haryati: Nak bangun qiamullail pun tak macam masa bulan-bulan puasa dulu. Huhuhu...

Ustazah: Kenapa pulak jadi macam tu?

Nasri: Entah lah ustazah...mungkin sebab bizi bila da start belajar balik.

Hisham: Ha'ah. Kadang-kadang tu kerja rumah berlambak ustazah. Kemain lagi cikgu-cikgu ni bagi kerja rumah banyak.

Haryati: Kannnnnnnnn... Huhuhu.

Ustazah: Haishhh... Jangan mengeluh. Hurmmm...memang susah nak jaga amalan tambah-tambah lagi syaitan da dilepaskan dari belenggu. Tapi cuba ingat balik dulu-dulu masa bulan Ramadhan, ape yang kamu semua cakap dalam kelas...

Nasri: Err...ape ek?

Haryati: Ermmmm...pasal istiqamah sampai bila-bila? Walaupun da habis Ramadhan?

Ustazah: Ha'ah... Yang tu lerr... Ingat?

Hisham: Haaa...ingat, ustazah! Tapi...macam mana nak istiqamah ni kalau macam ni. Huhuhu.

Ustazah: Kalau ingat, baguslah... Bila da cakap, kena la buat. Kalau kita just cakap macam tu aje, tak disertai dengan niat kerana Allah, memang la kita akan buat sambil lewa. Kita tak ingat yang Allah dengar ape yang kita cakap tu. Bukan aje manusia-manusia lain jadi saksi, tapi mulut kita yang berkata-kata, tangan kita yang menaip, dan Allah sendiri; melihat semuanya.

Nasri: Erkkk! Kalo Allah lihat, lepas tu kita pulak tak buat, ustazah?

Ustazah: Tentulah Allah marah...


Haryati: Astaghfirullahal'azim... Rasa berdosa pulak bila cakap banyak, tapi buat sikit aje.

Ustazah: Alhamdulillah bila ada rasa bersalah pada Allah. Yang Hisham tanya tadi pulak, macam mana nak istiqamah kalau macam tu sekali sibuknya...jangan lupa apa yang Allah paling suka...

Hisham: Buat benda sikit-sikit, tapi berterusan...

Ustazah: Alhamdulillah, masih ingat lagi anak murid ustazah ni...kalau ada sikit masa terluang, baca la al-Quran. Kalau rasa tak mampu nak buat qiamullail penuh dari tahajjud sampai witir, buat la paling kurang pun tahajjud.

Nasri: Ha'ah kan... Betul tu, ustazah...

Haryati: Alhamdulillah... Terima kasih ustazah!

Hisham: Lepas ni baca selembar al-Quran pun boleh kan? Lama-lama boleh perbanyakkan pulak sikit demi sedikit.

Ustazah: Alhamdulillah, macam tu lah...


Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan untuk kita tidak terus mengamalkan tadabbur al-Quran dan bangun malam untuk beribadah kepada Allah setelah berakhirnya Ramadhan yang lalu. Malah dalam segenap aspek dalam kehidupan sekalipun, setiap apa yang kita perkatakan, akan dihitung satu per satu oleh Allah di akhirat kelak. Biar tindakan kita seiring dengan apa yang telah kita perkatakan, biar langkah kita melunaskan kata-kata kita. Jangan jadi tin kosong, yang hanya bising apabila diketuk, tetapi nyata tidak berisi di dalam.


32 comments:

Iffah Afeefah said...

Nl diam je pasni

aimie amalina said...

=]
i likeeeee dissss
susah
tapi sikit2 lelame jadi everest!

Kalamhati said...

huhu betapa kita slalu mungkir janji dgn Allah..
berlalunya Ramadhan,maka kembalilah rutin lama..

Ya Allah!berilah kekuatan utk kami trus istiqamah dlm beribadat..

Noraien said...

betol3,susahnyee nk bgun qiamullail ble dah lpas ramadhan niee .

lepas niee nak berusaha jadi yang lebih baik (:

bia slow2,nti lelama jadi gunung jugak (:

mohdhazlan Dreadlock said...

byk kn buat drp bercakap ..")

Luqeem™ said...

begitu la sifat manusia yg sentiasa lupa dan alpa kepada yg Maha Esa.

sentiasa mencari benda yang tak berfaedah untuk mengisi kekosongan

Eera Shera said...

kuatkan hati dan semangat utk terus istiqamah..moga2 ALLAH permudahkan

FasiHaH SupiaN said...

biar sikit tapi berterusan..baiklah tq ustazah!

ieyza afieyna said...

terima kasih ustazah :D

JIJI YU said...

titisan air yang stiap hari kena kat batu pon..boleh pecahkan batu..sam la ngan ibadat yg kita buat..kalopon sikit tapi istiqamah

kura said...

al-quran#

fRaMe+LenSeS said...

suma ada 24 jam sehari. camna ada yang leh wat? pengurusan masa. :D

Saiazuan said...

walaupn dah habis ramadhan.. ibadah kena lah ditruskn :)

senyumSOYA said...

yup2..xmou jadi tin kosong..

mmg susah nak istiqamah kak sunah.. saya slalu leka gak..adei.. T.T

Cik Sara said...

nasihat yang berguna..
Jangan jadi seperti tin yang kosong..

Terima kasih ustazah!

cik pulau said...

terima kasih ustazah..
kalau dah biasa amal.
mesti lepas ni tak rasa pape lg..
moga terus istiqamah..

suha said...

(^_^)

*tongkat dagu sambil baca,then angguk sket2*

maszull said...

salam sakura...oleh itu ingatlah segala pesanan dari ustazah yer...
mekacih ustazah sbb ingatkn die org ni...:)

Miss Lady Iena Nazir said...

time kaseh ustazah!

(:

NadiRah said...

jgn jd tin kosong ye ustazah...
insyaAllah...

mcm ni lah said...

jemput singgah kawan2 ke blog saya macamnilahkita.com,
blog pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi.
tajuk2 utama hari ini,
'' Safee Sali buktikan Malaysia boleh''
'' planet punya 2 matahari seperti filem star wars ditemui''
'' 2 Akta baru menyerupai akta ISA''
dan pelbagai info2 terkini lagi sengsasi yang ada,..
jemput2 la singgah dan terjah ke blog saya yer,.

Solihin Zubir said...

betul..

lebih baik buat sikit2 tp istiqamah..

drp buat byk2, tp berselang seli..

blog-tips-kurus said...

Insya Allah, saya akan berusaha. syukran ya Ustazah.. :-)

Siti Arfah said...

Slm,, ape khabar? Br sempt ziarah kwn2. :). Btw entri yg sgt bermanfaat,, Allahuakbar,, Moga kita x trus hanyut dibuai kseronokkan dunia yg smentra, Sama2 lah kita trus top up bekalan utk akhirat,,insyaAllah.^^,

mujahidah muslehah said...

setuju dengan ustazah..
biar buat sikit2 tapi yg penting istiqamah.. :)

Nini Hartini said...

betullah.. mmg susah nk istiqamah. dah abis ramadhan, payah pulak mata nk bangun qiam. huhu..

FaKArePa!n said...

Ustazah tak jumpa saya kat open house ke ?? hehe

Novelgurl said...

bAIK uStzah ! XD

d_LA said...

tol tu..biar buat sikit2 jgn sampai x buat langsung kan..InsyaAllah..thanx ustazah

Niena Pengembara Ilahi said...

:D

baik ostazah

lieynanilaz said...

nak cuba istiqamah..harap2 boleh...:)

ir prof dr alia rosli said...

oh, =D

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.