BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, September 28, 2011

Give Up Dengan Blog...

Someday When I Am Older by ~Ramen-Pirate on deviantART

Dalam siri YM beberapa minit yang lalu...

Ada yang suruh saya give up dengan blog. Dah tua katanya. Tak payah main blog-blog ni lagi.

Saya kata, ada je yang tua-tua berblog.

Dia kata, jangan ikut diorang.

Saya kata, tak ikut...memang hati nak berblog...berblog sampai rasa takde hati da.

Dia tak tau nak cakap ape da.

Hurmmm... Bila dia sentuh hal 'tua' dan blog, saya terfikir juga. Sampai bila ye saya nak berblog macam ni. Maksud saya, blog dengan bahasa yang...kamu-kamu faham lah kan, bahasa macam kanak-kanak ribena, macam budak tak matang pun ada. Erk!

Bila umur semakin bertambah...saya rasa, lama-lama nanti gaya bahasa kat blog ni akan berubah. Tambah-tambah bila da bekerja dan berkeluarga nanti, mesti da jadi macam mak-mak orang pulak bahasanya. Skema tak hengat dunia. Balik macam masa mula-mula berblog dulu. Erk!

Alaaa...tak kisahlah kan bahasa macam mana pun! Yang penting ape yang nak disampaikan tu...

Tapi betul jugak, takkan nak jadi budak kecik sampai bila-bila? Err...


P/S: Awak, saya ni macam budak-budak kan?


21 comments:

Iffah Afeefah said...

Aah cm bebudak

tp isinye ade

biala org nk kte ape

mas saari said...

apasal nak give up pulak sunnah!
bagi akak tak kisah gaya penulisan tu camne, janji apa yang kita nak sampaikan orang faham...

Isteri Encek Bard said...

akak tak kisah cara penulisan yang cam ner pun.. cam akak tak tahu lah orang anggap gaya penulisan akak camner.. tapi akak suker gaya penulisan yang sangat sempoi, mudah dipahami dan berisi cam blog sunah nie

nazirulhazwan~ said...

den da umur 35 pon men blog lagi.ape cher?bahasa mude jer;p

Novelgurl said...

biar je la.teruskn je.gy pnulisn akn berubh ikut arus prubhn mse t ^^

logorithm said...

Tak tahu lah kalau ada yang perasan... bahasa yang I guna dalam blog I pon dah berubah sebenarnya. Terasa macam lain macam jer, skema... tapi I rasakan I perlu membuat perubahan ini. ;-)


Terbaru dari Logokoko:

[10SX] Gambar bermacam-macam KOTE!

[U] Hujung minggu yang terganggu

[11PG] Gambar lori Alam Flora eksiden...

aimie amalina said...

budak2 yang penuh isi yg comel!=]

JIJI YU said...

aku takkesah ape org nak kata

JIJI YU said...

aku takkesah ape org nak kata

tamlegend said...

blog kita wajah kita...peduli apa org nak kata...bahasa bukanlah segala...yang penting kebaikannya pada manusia...dpt elak kita dari buat dosa...hehehe

Kancil 8349 said...

semakin banyak kita meneroka semakin banyak ilmu kita dapat....jangan putus asa....blog adalah dunia ilmu...seronok untuk kita mencarinya...

Solihin Zubir said...

lain org, lain cara penerimaannya..
ada yg suka bhasa skema.. ada yg suka penulisan santai..

juz be ur sef.. takpun, cuba pelbagaikan jenis tulisan.. cewahhh.. haha.. ;-p

niesa said...

usia bukan penghalang....selagi ilmu dapat dikongsi bersama just go for it...

Kumbang Jingga said...

sy plan nk berblog sampai ke anak cucu..kalau boleh sampai ke tua..sbb blog sy ni lah sy bertemu jodoh dngn pembaca setia blog sy hehehe...tp bukan cinta antara bloggers tau sbb dia takde blog...

ieyza afieyna said...

dah tua ? yeke ? kak sunah umur berapa ??

maszull said...

salam sunah...sentiasalah ada dlm dunia blogging ni sebab semuanya sentiasa menyokong sunah...:)

p/s sunah x lah tua sgt kn...:)

MerLe said...

tade la..mn ada tua... tua muda bkn 1 mslh.. yg penting pengisiannya..kan?!

IBU GEBU said...

gaya penulisan ikut pada point yg kita nak sampaikan dlm sesebuah entry, klu isu2 semasa & segar, kita gunakan bahasa2 muda yg kita tau, kalau isu2 agama, kenalah guna bahasa yg betul & berhemah, kalau isu intelektual, kena guna bahasa kamus dewan... sebab berblog ada trend, so nak tarik pembaca kena ikut trend & pelbagai peringkat umur boleh adapt dgn penulisan kita...

syarat terpenting dlm setiap penulisan perlulah jujur, penulisan bukan paksaan & bahasa apa pun yg kita guna... jangan sampai melampaui batas kerana kita perlu menghormati pembaca!

*pandangan ikhlas dari kakak...

cik pulau said...

no komen..
cam budak2 ke??hehe

AdikBongsu said...

Salam.. klu bblog utk bina ummah,bez jugak.. :) sekadar cadangan...

misshannajr said...

adoiii!!! terasa kat ginjal ni tau..haha..mmg ada gak terpikir kdg2 tp ntah la tak dpt nk ubah sbb kat realiti pon brckp ikut suka jer..bila start brckp ala serius tak lama mst kembali kpd asal hikhik :P

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.