BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, September 8, 2011

Jika Diri Dibuang Jauh...

Thrown Away... by ~BurnerPat on deviantART

Apa yang boleh kita buat?

Hanya kita yang benar-benar mahu menjaga ikatan persahabatan yang terjalin, tetapi dia buat-buat tak endah dan makin menjauh. Kita tidak lagi diraikan seperti dulu, semakin lama semakin tawar dan dingin biarpun kita cuba untuk mengajaknya bergelak tawa.

Rasa sedih dan terkilan. Bagai melukut di tepi gantang. Seolah-olah "ku sedar ku tak seberapa, jika dibanding mereka, yang jauh lebih megah dari diri ini..." Sangat menyentuh hati kan? Sangat kena dengan situasi pada masa tu.

Ada yang kata teruskan saja bersahabat seperti biasa, teruskan bermuka tembok biarpun dia sudah menunjukkan tanda-tanda tak mahu menghadap tembok kita lagi. Tapi sampai bila...? "Apa yang mampu ku berhias, hanyalah hati yang ikhlas, terpendam simpan untuk dia yang sudi..."

Bersabarlah... Mungkin ada baiknya ia jadi begitu, kan Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu? Kalau yang macam ni berlaku dalam perjuangan Islam, maksudnya Allah sedang memilih pejuang yang benar-benar boleh membantu Islam. Tapisan Allah adalah tapisan terbaik. Kalau dalam persahabatan pulak? Mungkin Allah sedang menapis sahabat sejati kamu yang benar-benar akan membawa kamu ke jalan lurus!

Ada hikmah di sebalik setiap sesuatu... HE knows BEST!


26 comments:

fRaMe+LenSeS said...

muka tempe pn muka tempe la.. kita MENGHARGAI dalam tidak dihargai. betul tu ALLAH knows best! sabar tau

al_hakim said...

Allah adalah sebaik-baik perancang dan pelaksana

Niena Pengembara Ilahi said...

thanks Sunah :)
mcm kena dgn keadaan skang ...

Ummi said...

Huhuuuu...ya laaaa...kita bagai melukut di tepi gantang...tunduk2 pun orang x pandang...apalah nak buat...nak bersahaja pun x terdaya selamanya...tiada keikhlasan yg timbul lagi, x mampu nak bermain perasaan lagi...haruslah dibuang jauh-jauh agar minda tidak mengingati dan hati tenang selepas ini....hahahaa....berpujangga hakaaakkk..! Semua ini kehendakNya...cuma kita yang tak tau apa hikmahnya kan... :)) Redha pada setiap ketentuan Illahi... Thanks Sunah atas entry penyejuk hati ini...muaahhhsss!!

JIJI YU said...

sumer berlaku bersebab

ms. ck said...

k.sun!!!
kita masih lagi sahabat kan...
dan kekal untuk selama2nya=)
sayang n rindu k.sun =(

Tentang Kita said...

hati yg ikhlas akan membawa kita ke arah bahagia. sentiasa titipkan doa wat sahabat kamu tu, mudah2an hati dia terbuka utk bersahabat dgn mu seperti dahulu

Kancil 8349 said...

fikirkan ke arah positif...mungkin ada yang terbaik kita akan terima

mas saari said...

biarlah orang tak nak bersahabat dgn kita janji kita ikhlas masih anggap dia sahabat kita... lama2 dia akan sedar!

siti kektus said...

tak pe lah. mesti ada baiknya nanti. ;)

maszull said...

salam sakura....betul tu hanya Allah yg mengetahui segala2nya...

bersabar yer dear....mungkin ada hikmah disebaliknya...:)

FasiHaH SupiaN said...

yes...HE knows THE BEST. no sorrow plz. Believe in HIM, u won't regret :)

smrs96 said...

:)..di doakan tabah menghadapi saat menyedihkan ini...

Citarasa Rinduan said...

moga persahabatan yang kekal, erat selamanya.......

sabar diatas yang berlaku.. tak semua akan kekal.. tapi sebaiknya cuba erat2.. kan...

mcm ni lah said...

mcm sedey jer bunyi nyer,.
jom terjah ke blog sy ade pelbagai aneka info2 terkini lagi sengsasi,
tajuk hot utk hari ini,
video cctv kedai mamak dirompak di shah alam,
safee sali sah ke cardiff city utk percubaan,
vaksin denggi ditemui,
dan pelbagai info2 terkini yg wajib rakyat malaysia baca utk info anda semua,

Muslimah Optimis said...

ya asti ada hikmah di sebalik sesuatu.. hurmm.. mahu kongsikan sesuatu jz PM me OJ.. insyaAllah everything will be ok

kiera'sakura said...

kan akak.. Allah tau ape yg terbaik untuk umatNya

cik pulau said...

Betol..
Allah tu adalah perancang terbaik.........

aimie amalina said...

huuuu
baek akak
selalu gak merasa mende ni

huuu
Dia lebih tahu yg terbaik buat kite kan?

Anum said...

semoga semuanya berjalan dgn lancar ya

FaKArePa!n said...

menag terasa la kan..kalau kita dah cuba nak buat baik dengan dia.. dia buat bodoh aje kan..mintak maaf pon dia buat tak tau je..sabar je la jalan penyelesaian nya.. betol x Sunah??

Cik Bambam said...

hurmmmm...

tacing lak i..huk2..

sergeant keroro said...

pasrah jek.

tonaH iS herE said...

ade la sebabnye tu~ kenkadang terlebey pikir ke ape ke~

kite kan manusia~ tak penah suram lam melakukan kesilapan~

teruskan bermuke tembok ngan harapan suatu hari nanti pintu hati member tu akan terbukak tuk jalinkan balik ikatan yg terlerai~

yg penting bersabar~

Psss: tonah penah wat member tonah camni sebab termakan hasutan owang laen~

tonah hanye insan biasa yg tak tau pape~ tak sgka diperalatkan member sendiri~

Allah lebey mengetahui~

Suhaili Sarif said...

ada org jual mahal dgn sunah
waa ruginya org tue,,,huhu

Iffah Afeefah said...

Hurm

bialah org tu mmilih jln y die nk

kite sepi saje di sini

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.