BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, September 29, 2011

Masuk Angin, Tak Keluar Asap


Cane nak redakan ketidakselesaan perut sebab banyak angin?

Dua tiga hari ni perut rasa tak selesa sangat, sesak nafas pun ye jugak sebab tak dapat nak sendawa or buang angin.

Tadi sempat baca kat satu web, ape punca banyak angin dalam perut ni. Macam kat bawah:-

  • Tekanan — Individu yang tertekan/stres biasanya menelan lebih banyak angin.
  • Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras.
  • Merokok
  • Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk.
  • Gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyak udara.
  • Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut. Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan.
  • Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.
  • Pemecahan makanan yang tidak tercerna - Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar yang mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur.

Erkkkk! Tekanan ye? Hurmmm...baiklah, takmo tertekan-tertekan ye. Kalo time final year dulu, pernah gak kene serang angin ni bila tak cukup tido mengadap PSM. Tak pernah-pernah kot banyak angin dalam badan, bila da jadi camtu baru lah tahu ape punca kalau saya diserang angin.

Setiap orang mungkin mengalaminya secara berbeza.

Korang lak, cane?


13 comments:

lieynanilaz said...

seksa kalu badan banyak angin tapi kalu nak membuang angin tu...perghh lega banyak..hehe.

Anonymous said...

kalo nk buang angin jgn tahan tau..nanti leh kena strok

Sari Yusa Ibrahim said...

msti selalu lepas angin utk lepas tekanan ni, hahahahahaha

mas saari said...

akak tak boleh minum teh nanti mesti memulas2 perut kerana angin..

Munna said...

erm..sama jgk lah..kalau kurang tido msti bdn jadi byk angin..selalu jadi masa blajar dulu,tp skrg xdah..

minum air halia...yummeh~

ieyza afieyna said...

makan la ubat yg iklan tu.. cap kapal layar.. dapt melegakan senak perut..

jat said...

org tua2 ada kata, mkn carrot n cabbage tlebih pun boleh sebabkan angin. tp diorg dua ni pun byk khasiatnya. cuma bila mkn kena selalu beringat. penyakit biasa mulanya dr perut kan.


biasa nk kurangkan angin tu mkn halia. ada kwn dari srwak boleh kunyah halia mcm mkn jajan. sihat aktif n langsing dia. tp saya kena tumbuk halia baru boleh mkn sekali dgn sayur. tak reti mkn gitu je, =)

Solihin Zubir said...

dh brapa kali kentut arini? ;-p

maszull said...

salam sunah...hahaha...byk angin dlm perut tapi kalau x lepaskan boleh jadi lain plak oleh itu kalau dah nak kuarkn angin cpt2 yer nanti pening kepala plak...heheheh...:)

p/s angin atas ker atau angin bawah...hehehe...:)

JIJI YU said...

berbau tak weyh

aimie amalina said...

hoooooo
angin ni kalo naik paleee
huh!
kalo x muntah, pengsan la jwbnyee
huuuu
nak buang angin:
utut bole gak
pakai pati halia
minum air halia
kene boh balm urut2 kat perot
haaa
ni selalu buat la
hehehehe

Oh Oeya said...

Mai teh halia bercawan-cawan ;)
Kasi itu angin keluar tanpa perlu dikawal asalkan perut selesa heheh..

Wallahua'lam said...

as salam..
sunah, entri ni gambonya dah takde. kena gantikan. nanti orang tertanya2 gambo apa.

ni gambo perut?

huhu. datang baca..
tak pernah baca yang ni rasanya..

6__9

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.