BLOG ENCIK SUAMI

Monday, September 26, 2011

Sukarnya Mengungkap Sayang...

Do You Know by ~Cinderella2B on deviantART

"Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan dengan mereka di sisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga mempunyai bahu sedia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihatlah di hatimu semua kasih terhimpun dibiarkan terkurung
Jadi luahkan sekarang luahkan"

- Tiga Kata - KRU -

Kadang-kadang...

Usia rumahtangga yang telah begitu lama dan hampir berwarna keemasan (kerana usia perumahtangganya semakin menginjak ke zaman emas) menyebabkan masing-masing sudah malu mahu mengungkap rasa sayang. Malah, sebelum zaman emas lagi, kerana sibuk dengan dunia pekerjaan, menyebabkan masing-masing sudah kurang meluahkan rasa sayang kepada pasangan.

Perhubungan menjadi hambar, tiada lagi kemesraan seperti di awal-awal perkahwinan, tiada lagi gurau senda dan usik-mengusik seperti pasangan yang baru berkahwin. Ditambah dengan kehadiran penyeri rumah tangga (sepatutnya dengan ini rumahtangga semakin berseri-seri) yang semakin meningkat bilangannya, kata-kata sayang semakin lama semakin sukar untuk disebut.

Mungkinkah kerana malu didengar oleh anak-anak, atau mungkinkah kerana tidak sempat untuk meluahkannya kerana sibuk memikirkan masa depan keluarga, mana-mana sebab yang jelas atau kurang jelas, mesti ada yang mengalami situasi macam ni. Kalau bukan antara suami isteri pun, antara ibu dan anak, antara ayah dan anak, antara adik dan kakak, antara abang dan adik, antara nenek dan cucu, makin lama makin payah kita nak dengar ungkapan tiga kata ni.

Kenapa macam tu...?

Bukankah perkahwinan tu antara dua hati yang mencintai? Dan bukankah keluarga itu tempat bermulanya kasih sayang? Kalau mula-mula kahwin, boleh bergurau senda, kenapa tidak bila dah lama kahwin? Umur yang dah semakin meningkat, usah dijadikan halangan untuk terus meluahkan rasa cinta dan kasih. Malah, anak-anak boleh mencontohi kerukunan rumahtangga kedua ibu bapa mereka pula satu masa kelak... "ibu dan ayah dulu, sampai gigi tinggal dua pun, masih bersayang-sayang, tau!"

Dengan macam tu, barulah rasa mesra selalu...


Ehhhhhh, dah macam Pakar Rumahtangga pulak kan?


P/S: Kalau sayang, luahkanlah...sebelum segalanya terlambat...


15 comments:

Anum said...

wow hebatnya
boleh jadi pakar rumahtangga nie

Kalamhati said...

betul tu..luahkan..jgn dah hilang di mata baru nk ungkapkan...tp kalau utk mahram..perlu ada batas dan cara utk ungkapkan sayang..=)

BeloG MTT said...

Wahhhhhhhhhhhhhhhh boleh jadi pakar motivasi untuk rumahtangga ni :D

3 patah perkataan tapi sukar nak di ungkap.. :D

Muslimah Optimis said...

hari2 nak ucap sayang lah macam ni

Iffah Afeefah said...

Br nk kate yu da kwen ke

cm de pglmn je

Isteri Encek Bard said...

IEB sentiasa mengungkapkan perkataan sayang pada sidia.. Insya Allah seterusnya sehingga nafas IEB terhenti, tatkala itu barulah tiada perkataan sayang lahir dari mulut IEB....

ciK LyndaWawa said...

eh..betul tu,sayang memang sukar diucap....

..cik gugu.. said...

wahhh kak sunah mcm owg da kawen plak ;p

maszull said...

salam sunah...wah mcm ni boleh jadi pakar motivasi la....

betul tu ucapan syg ni kekadang semua org boleh lupakn tapi kita kenalah saling ingat mengingati antara satu sama lain jadi kata2 syg mungkin x kan dilupakn...:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

hari2 ucap sayang kerana ia kan baja dlm perhubungan.

Eza Boom Boom :) said...

kadang-kadang segan nak gtau 3 perkataan... except for my parents la, hari-hari kena ucap. Dah terbiasa dari kecik..

mas saari said...

akak hari2 cakap i love u dengan husband! alhamdulillah, kasih sayang tu sentiasa mekar..

JIJI YU said...

macam2..kekadang tu ada yang dah boring sebab dah lama sgt berkapel

ieyza afieyna said...

Bole kawin dah ni.. bgus2.. hee



TEMPAHAN TIKET UNTUK KE DUNIA BARU 2012

Santri T.P.I.N.I said...

kadang tanda kita sayang tak perlu dengan perkataan...dengan perbuatan pun boleh juga kan...kadang tanda kita sayang tak perlu dengan perkataan...dengan perbuatan pun boleh juga kan...

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.