BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, September 15, 2011

Tak Nak Kalah

Birds Fighting Over a Bug by ~dragonfreak4 on deviantART

A: Aku rasa kan kalau kita campur kicap dalam ayam ni, lagi sedap.

B: Tak, kicap tu kalau tak letak pun takpe, dengan sos ni aje da cukup ok.

A: Tapi kan kalau kicap tu campur dengan sos ni nanti rasa dia lagi menyerlah.

B: Tapi hari tu aku baca dalam buku resepi tu tak payah pun letak kicap.

A: Kalau mak aku, dia bubuh kicap sekali tau...nanti dia jadi lagi mabeles.

B: Ape kata ko je masak.

A: ...

*****

Heh... Pernah tak berhadapan dengan situasi macam ni? Satu dua sahabat yang sifatnya jenis nak menang aje. Tu baru situasi masak-masak (ciptaan semata-mata). Kalau situasi yang lebih penting dan melibatkan keputusan hidup mati, mesti lagi penat nak bertekak.

Kalau berhadapan dengan orang yang jenis tak nak kalah ni, ape yang kamu-kamu akan buat? Situasi macam ni sama lah macam "jangan simbah minyak ke atas api". Api bila disimbah minyak, bukan lama-lama...tapi terus marak kan? So, janganlah simbah biarkan api tu terbakar sendiri, lama-lama terpadam.

Berhadapan dengan orang yang suka nak menang ni, kamu diamkan aje...sebab ape, kamu takkan menang sampai bila-bila kalau terus bertekak. Dan kamu akan rasa penat terseksa jiwa raga kalau nak mempertahankan jugak kenyataan kamu sendiri. Makanya, bila orang jenis ni nampak ura-ura nak mulakan langkah dia untuk menang, kamu diam dan iyakan saje.

Tapi...teruskan dengan pilihan kamu kalau kamu rasa yang itu lebih baik.

Kalau apa yang dia nyatakan pulak lebih baik, ikut je lah.

Tanpa perlu berbalah...


19 comments:

fRaMe+LenSeS said...

kalah tak semestinya menang kan? lalalallala~~ :P

rosmina samin said...

diam jer... kalau gaduh dengan org2 cam ni, sampai bila-bila pun tak akan selesai ^__*

Rosyan said...

saye ni klau dah berdebat, selagi sy tak rase die faham ape yg saya cuba sampaikan,

takkan puas... hahahaha.. :P

tp kalau tak paham2 gak.. blah je snang.. ngeee

Kathy Tuah said...

kita xkan menang mun bedepan dgn org mcm tok..jadi biar jak nya ya menang dan terus menang.. kita pun lum tentu kalah walaupun kita diam ^^

Anum said...

buat tak tahu je

mas saari said...

akak selalu gak berbalah camni dgn husband...hehehehee

tapi husband yg akan mengalah dulu!

kiera'sakura said...

entry yg kedua kene dgn situasi kira...hihi...

bila tau seseorang tue spesies mcm tue... x perlu layan.. biar je die dgn perasaan die,,, =)

Niena Pengembara Ilahi said...

slalu jmpa org cmni..kekadang......terjadi cmni gak..


smua nk AAA je

0nenanina Vanilla said...

kalau da geram sangat jawapan last tu la yg sesuai :-)

Oh Oeya said...

Baca al-fatihah..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

diam tak bererti kita kalah...

kura said...

tak nak kalah tu sifat yg, ewyuu. heheh

cik hijau purple VS nur faie said...

api xboleh dipadamkan dengan api ,
so ,
salah sorg kene r mengalah ,
tapi , mengalah bukan beerti kalah .

cik hijau purple VS nur faie said...

api takkan nak dipadamkan dengan api kan ?
so , salah sorg kene mengalah .
tapi , mengalah bkn beerti kalah . .

Solihin Zubir said...

sy kalo org mcm tu, sy ckp "yelaa.. menang kat hang..".. malas nk layan.. kan.. haha..

p/s: sy kalau makan nasik wajib ada kicap..

Cik Sara said...

Ini macam pernah berlaku je..situasi nak buat sambal belacan je pun.. Hehehe..sudahnya..
"Urmm..buatlah.. tak pernah plak makan.. Bleh rasa sedap ke tak macam tu.."

sebab..kalau sedap, lain kali buat lagi.. kalau tak, stay jelah dengan resepi sendiri tu...hehehe

aimie amalina said...

hahhahahhaa
uuuuu...cam tawu je situasi sara tu
kikikiki
betol2...diam je kan..
suke cr akak! =]

Nini Hartini said...

kdg2 geram dgn org yg nak menanag, tp pertahankan benda yg x betul. klu ikut rasa marah, nak aje balas supaya dia kalah. tp fikirkan nama baik suami, mak ayah, so diamkan je lah.mengalah. mengalah tak bermakna kalah kan.

FasiHaH SupiaN said...

selalu saje mengalaminyaaa

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.