BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, September 25, 2011

Tudung Dipinkan ke Belakang Menyamai Biarawati Kristian?

Gambar dari SINI

Soalan: Salam ustaz, saya ada satu kemusykilan berkaitan dakwaan tentang cara pemakaian tudung yang diikat@dipin di belakang leher seperti trend sekarang adalah mengikut cara pemakaian biarawati kristian. Adakah dakwaan itu benar walaupun si pemakai (wanita islam) tidak pernah mempunyai niat sedemikian, hanya pakai tudung dengan meng'pin'kan di bahagian leher bagi menampakkan kekemasan. Harap ustaz dapat memberikan penjelasan.

Jawapan:

Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu”. (HR Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab r.a.).

Kena baca lebih lanjut kat SINI untuk tahu pandangan dan kesimpulan dari USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL.


21 comments:

Iffah Afeefah said...

Bg i bkn isu kistian

isunye tak ttp aurat. Bntuk leher nmpak

dada pon nampak

org sebok gembar gembir cte sbb nk laga2kn antara agama. Hurmmm tp kalau btol ikut quran n sunnah xkn jd gni hurm

efa nur said...

nice entry...
thanx kak sunah untuk perkongsian ilmu nie..

sekarang nie mcm2 fesyen ade..takut plak nie..daku insan yg lemah..huhuhu tiba2 =_=

Suhaili Sarif said...

pada akak,kalau pinkan tudung 2,da menampakkan bentuk leher.sebab org mst pin ketat2 pastu sanggul tinggi2..
kan bagus kalau dorg xnak pin kan sbb musabab mcm akk ckp td dr nak bandingkn dgn biarawati la apa la..
hmmm..sekadar pandangan akak..:)

mas saari said...

seeloknya jangan pakai kalau kita rasa ragu2 kan? biarlah kita pakai tudung yang mengikut cara yang betul dan menutup aurat..

kura said...

ouh. haa kena baca habis2 ni. baru paham! fuh.

Sunah Sakura said...

@Iffah Afeefah dan yang lain-lain

kadang2 ada yang pinkan ke belakang sebab kalau lepas gitu aje, menampakkan pula bentuk dada..kain tudung jenis ni kan jatuh lekap..

apapun, pakai tudung ikut syariat tu yang lebih utama..

Niena Pengembara Ilahi said...

betul tu.. tpi masih ramai yg tak faham apa itu aurat

sergeant keroro said...

pakai tudung ikut syariat je senang, bukannya takleh berfesyen kan?

Nida said...

As-salam..

Kak Nida setuju dengan pendapat Iffah...

Zaman sekarang banyak sangat fesyen tudung yg tak menutup aurat.. :(

jat said...

normal bg perempuan, fitrahnya nak nampak cantik. tapi mungkin belum jelas agaknya panduan menutup aurat yang sempurna.


mungkin tiada niat nak meniru mana-mana cuma berlandaskan kepada nak nampak kemas @ cantik... etc.


tapi balik kepada yang asas, bertudung untuk menutup dada dan tidak menampakkan bentuk-bentuk yang ada termasuklah bentuk leher yang mungkin jinjang.


mudah. antara nak dengan tidak.. (",)

JIJI YU said...

yg pakai tudung pon dah terbongkah dah sekang..

Muslimah Optimis said...

warna putih adalah warna kesukaan tapi lebih suka hitam sebab menampakkan saya lebih kurus..heheheh...

tapi pakaian warna utih tu nanti yang akan jadi pilihan untuk menutup seluruh tubuhku bila Izrail memanggil

IBU GEBU said...

dalam islam dah lengkap digariskan cara pemakaian orang islam baik lelaki mahupun perempuan, cuma ramai yg tak nak kaji... al-Quran dan sunah dah cukup lengkap tapi tak jadi amalan... bila orang pakai kita pun ikut2... itu pakai tudung untuk berfesyen, niat je dah salah...

niat yang betul adalah untuk menutup aurat...

Solihin Zubir said...

bila pkai tudung tak ikut syariat, mmg akan mnyerupai kaum lain..
menutup aurat bkn skdr bertudung.. kan..

[sutera kasih] said...

gulp..pernah buat huhu
thanks sis sunah sbb share entri ni..

nur said...

Tudung kini lebih dikomersilkan cara pemakaiannya.. Macam2 ada.. Dan berlumba2 plak kan..

El-Janna said...

buat juga.. tapi x sampai nampak leher pun:( xleh jugak ke.. semstinya la paras dada tudung tu..

Panglima Muda said...

lebih dahsyat bila akidah lari ...pakai cawat pun masih boleh dipuji

Nurul Mazni said...

pin jugak kdg2.. sebab nk bagi nampak kemas jer.. tak der pulak niat nk menyamai biarawati kristian tu.. tapi selalunye pakai tudung gitu dengan pashmina.. so pashmina tu boleyh dilabuhkan :)

maszull said...

salam sunah...entahlah skg ni mcm2 trend bertudung n bermacam2 cara bertudung ....

apa2 pun terimakasih atas n3 yg menarik ni...:)

Zulfikar Hazri said...

hehe, sama.. ada link Ustaz tu dalam Blog Aku.. :) tenkiu Kakak Froggy ong kedek kedek...

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.