BLOG ENCIK SUAMI

Monday, October 31, 2011

Cinta? Saya Sudah Tidak Perlukannya...

i hate loving you by ~Slgado on devianART

"Aku tak perlukan cinta. Aku mampu hidup sendiri. Aku tak perlu bergantung kepada sesiapa. Sendiri lebih baik. Selamanya aku mahu begini. Dan aku pasti akan terus kuat dengan pilihan ini."

Jika melihat di sekeliling kita, tidak sedikit di kalangan orang yang kita kenal punya rasa yang begini. Rasa tidak perlu akan kasih sayang. Rasa sudah cukup segalanya dalam hidup dengan apa yang ada sekarang tanpa perlu memikirkan masa depan yang tidaklah sejauh mana.

Benarkah manusia boleh hidup sendiri tanpa cinta dan kasih sayang?

Bermaknakah hidup seorang diri tanpa teman hingga akhir hayat?

Kadang-kadang manusia rasa begini kerana pernah kecewa dalam hidup. Kerana bimbang akan kecewa lagi, hati ditutup selama-lamanya untuk menerima kehadiran insan lain. Bahkan mana-mana yang cuba untuk menghampiri, ditolak awal-awal kerana lebih percaya kepada diri sendiri. Tiada istilah kawan baik dan sahabat rapat. Yang ada hanya kenalan biasa. Yang dipercayai hanya diri sendiri.

Hidup tanpa teman, bohonglah kalau tidak rasa kesunyian. Bukankah Allah telah menciptakan lelaki dan perempuan dari pelbagai suku, bangsa, dan agama untuk saling kenal-mengenal?


Dan kerana manusia itu tidak bisa hidup sendiri, Allah perintahkan agar manusia membina silaturrahim bagi melancarkan kehidupan di muka bumi Allah. DIA Maha Mengetahui bahawa manusia itu saling bergantungan dan melengkapkan keperluan masing-masing.


Maka siapa kita hendak menafikan peraturan alam susunan Allah? Kerana itu, hati mereka yang menolak untuk berteman akan rasa kosong dan kehilangan. Bukan hanya menolak untuk berkasih sayang sesama manusia, malah tidak pula berusaha membina cinta kepada Yang Memberikan Rasa Cinta. Terlupa sama sekali bahawa rasa itu pinjaman Allah. Tidak teringat juga bahawa hati yang kononnya kuat sendiri itu  sebenarnya sangat perlu akan rasa cinta Illahi.


Sedangkan seorang lelaki perlukan isteri bagi melengkapkan hidup dan menyempurnakan separuh agamanya, seorang anak perlukan ibu dan ayah bagi membimbing hingga cukup umurnya, seorang pelajar perlukan guru bagi mendidik tentang beza antara yang benar dengan yang salah, dan seorang teman perlukan teman yang lain bagi berkongsi tentang hidup yang sementara, sudah tentu sekeping hati itu perlukan Pemegangnya...

- kerana cinta itu begitu luas maknanya, hargailah setiap kecintaan di sekeliling kamu -


Sunday, October 30, 2011

Saya Terpesona......... Ohhhhhh!

Kek Lapis Cheese Pesona Mek Rebit

Klik SINI kalo korang pun rasa terpesona~ Jangan tipu okehhhh! Berdosa!


Saturday, October 29, 2011

Diserang Virus Satu Belas


11th Hour from Farooq Ali Khan on Vimeo.

“A man who decides to change on the 12th hour dies on the 11th.”


Virus ape kejadahnye ni sampai satu belas soklan kene jawab?

Virus kenali aku, camtu lah tajuknya kat blog Ratu Pecut, Iffah Afeefah. Rajin you tag I eks~ Nasib bek soklan cam boleh tahan lah~ :p So, boleh la ni nak jawab...insya'Allah I jawab semua. Tapi I rasa tak mampu nak pikir soklan untuk orang lain pulak. Hahaha~ So, I langgar rules, just jawab soklan you aje, boleh? Err...

Satu belas perkara tentang saya:
1. Saya seorang Muslim
2. Saya seorang Muslimah
3. Saya seorang anak perempuan sulung
4. Saya seorang pelajar
5. Saya seorang kawan
6. Saya seorang blogger
7. Saya suka sakura
8. Saya suka kucing
9. Saya suka masak
10. Saya suka makanan
11. Saya sedang lapar sekarang...err

Satu belas soklan dari Iffah yang saya kene jawab:

1. Sayang diri sendiri tak?
Insya'Allah sayang... :)

2. Blog atau MukaBuku?
Ape maksud soklan ni?

3. Ada buah hati?
Insya'Allah ada...

4. Dah kahwin ke belum?
Belum...

5. Suka baca buku apa?
Macam-macam buku saya suka baca...err

6. Ada twitter?

7. Suka baca blog ni tak?
Mesti la suka baca blog Buta+Pekak+Bisu=CINTA

8. Tengah buat apa sejam dari sekarang?
Pulun 2 movie lama sampai habis... "Taken" dengan "The Proposal"...err

9. Dah khatam Al Quran belum?
Alhamdulillah dah...

10. Kalau ada sejuta nak buat apa?
Kalau ada sejuta kucing, saya nak namakan diorang Iffah, Afeefah, Ratu, Pecut, bla bla bla...

11. Ada anak buah tak?
Anak buah sedara ade la...

Err...saya langgar rules lagi, malas nak tag sape-sape...takpe kan?


P/S: Kalo rajin, tengoklah video atas tu sampai habis.


Semua Pun Tak Boleh!!!

Where I Can Reach The Sky by ~xetobyte on deviantART

Tak boleh.

Tak boleh gak.

Yang ni pun tak boleh.

Tak boleh lagi.

Still tak boleh.

Semua pun tak boleh.

Macam mana nak buat ni?

Rasa nak menjerit.

Tension kepala hotak.

Okbai.

Movie time.


P/S: Sape reti guna Network Simulator 2 dan buat programming guna C++???


Cici: Meh Jenguk Page Kuceng-kuceng


Cehhh...

Konon-konon nak ajak orang lain jenguk page kuceng, dia pulak tido memanjang aje kerjanya.

Semalam ada borak-borak dengan sorang bakal veterinar ni. Perghhh! Blogger veterinar tuuu~ Selain daripada bakal menjadi veterinar, adik ni pun bakal menggantikan Pak Cik Mat Gebu satu hari nanti! Hahaha~ Sebab ape saya cakap gitu, cer bukak Dapur Bujang beliau~ :p Terima kasih Zamir~

Ok ok...

Sebenarnya, semalam adik ni ada suggest satu blog khas sorang veterinar ni. Vet ni ada kongsi tentang penjagaan kucing kat dalam tu. Gambar-gambar dia pun lawa semacam aje saya tengok. Gggrrrr. Selain dari lawa, turut menyebabkan saya asyik menyebut perkataan "kesian kuceng tu" ajeeeee semalaman. Err... Kalo nak tau nape saya asyik sebut gitu, pi la jenguk blog HishamMarmin.com: veterinar ye~ Sangat bermanfaat untuk mama-mama dan papa-papa kuceng. ;)

Oh, ada lagi satu page kuceng yang macam best ajeeee~ Ni saya jumpa lepas abgchepika twit-twit page ni kat twitter. Betul kata dia, blog yang baik tu buat kita nak klik Older Post lagi dan lagi (blog saya, ada macam tu tak eh? =.=) Bila saya bukak blog tu, memang saya nak baca post-post sebelum tu. Kakak tu rajinnnnn's sangat upload gambar kuceng-kuceng dia, lepas tu buat skrip dialog bagai. Buat gelak aje. Hahaha~ Pi jenguk blog Kuceng Pandai Bercakap tu eks~

Akhir sekali, jangan lupa jenguk page kuceng yang NI gak. :p


Friday, October 28, 2011

Those Magic Words...

M a g i c by ~FlabnBone on deviantART

"Aku bukan suruh korang tinggalkan kehidupan duniawi, tapi aku suruh korang tinggalkan dosa. Untuk tinggalkan duniawi tu dikira terpuji, tapi untuk tinggalkan dosa tu tanggungjawab. Dan untuk tinggalkan dosa tu lagi penting daripada tinggalkan dunia."
 [Yahya ibn Mu'adh]

- Contengan Jalanan - Hlovate -


Bila Pak Imam Turun Padang...

Apa motif letak gambar ni, saya pun tak pasti... ~gambar dari SINI

Tadi kami tengah makan tengahari kat arked kolej.

Satu pinggan nasi campur lauk tu RM 3.60. Mahal nkoo. Si Bieha pun mula bukak cite yang budak-budak UTM ade buat page kat Facebook. Nama dia 5000 mahasiswa Bantah Kenaikan Melampau Harga Makanan Dan Air Minuman UTM. Ehhhh, bila saya search kat Facebook, bukan page, tapi group. Hurmmm...cer buat page, kan lagi senang orang nak klik "Like". Tak perlu "Ask to join" group dan tak perlu approve. Owhhh, mungkin takut-takut kang bukan student UTM pun leh join gak kan? Err...ada logik kat situ.

Eh, kembali kepada cerita asal. Masa tengah makan-makan tu, kami sempat tengok sekeliling. Tengahari camni, pada hari Jumaat yang indah, tentulah yang akan menjadi tarikan mata tu bila golongan lelaki pun ada sekali makan-makan dengan santainya tanpa rasa apa-apa. Selamba dia aje nak makan tanpa tengok jam. Masa kami makan tu, rasanya azan da berkumandang. Boleh diorang buat tak tau ye? Siap merokok-merokok lagi dalam kampus yang pada peraturannya, adalah kawasan larangan merokok.

Si Thin pulak cakap, kalo dia jadi awek lelaki macam ni, mesti dia akan marah dan suh boyfriend dia pi solat Jumaat dulu baru boleh dating. Wahaha~ Mantap nkoo Thin! Aku salute sama nkoo. Tapi kan tu kalo ko jadi awek lelaki camni, kalo ko bukan awek diorang, takleh la nak wat gitu. So sape aje la yang boleh nak suh depa pi semayang Jumaat ni??? Masjid bukan jauh pun, dekat aje...dan rasanya takde ape-ape halangan pun untuk diorang pi solat Jumaat. Student, kalo time camni mana ada kelas maaa~~~

Tengah-tengah berdebat tuuuuu...tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi siren pembesar suara. Erk! Ada beberapa orang lelaki berjubah putih turun dari van UTM. Laju aje langkah diorang, menuju ke arah arked tempat kami makan. Meja kumpulan lelaki yang tengah bersantai-santai tadi dihampiri. Muka-muka para lelaki tadi da cuak semacam dah. Awat la tiba-tiba pak tua ni semua datang sini?

"Lelaki-lelaki Islam yang dah cukup umur dan berakal, sila ke masjid sekarang untuk solat Jumaat!"

Perghhhh! Pak-pak imam masjid rupanya yang turun padang nak mengajak semua pi solat Jumaat. Gerai air yang pekerja dia suma lelaki tu pun cepat-cepat mintak tolong kakak gerai sebelah tolong jagakan air-air diorang. Semua cepat-cepat bergerak. Ada mamat yang tengah makan dengan awek dia tu pun terpaksa mengucapkan selamat tinggal kat awek dia. Mana taknya, pak-pak imam bawak sekali cemeti selain pembesar suara. Tu kat dunia baru cemeti, kat akhirat kang jadi ular sawa kot no? Dalam sekelip mata aje ruang arked kosong dari lelaki.

Bedebushhh!

Tu air tipu-tipu untuk menyedarkan kamu-kamu semua dari mimpi. Takdenye lagi kampus-kampus kat Malaysia ni buat macam tu. Kalo ada, saya salute banyak-banyak kali. Itu baru namanya rasa bertanggungjawab terhadap anak-anak harapan agama.


P/S: Sape baca lompat terus ke P/S ni memang rugi.


Malaikat Tak Masuk Rumah

his potrait by ~dep21 on deviantART

APAKAH jenis gambar atau objek yang dibolehkan untuk diletakkan di dalam rumah? Ini kerana saya difahamkan haram mempamerkan gambar atau patung di rumah selain malaikat rahmat juga tidak akan masuk ke dalam rumah. Mohon penjelasan lanjut daripada Dr.

HAFIS,
Selangor


ISLAM melarang meletakkan patung manusia, binatang atau objek lain di rumah. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tuan punya gambar ini akan diseksa pada hari kiamat lalu dikatakan kepadanya: ‘Hidupkan barang yang dijadikan dan sesungguhnya malaikat tidak akan masuk rumah seseorang selagi di dalamnya ada gambar (patung).’” (Hadis riwayat Bukhari)

Hanya dalam keadaan tertentu patung dibenarkan seperti yang diriwayatkan dalam hadis bahawa Jibril a.s. pernah meminta izin daripada Nabi s.a.w untuk masuk rumahnya, kemudian kata Nabi kepada Jibril: “Masuklah! Tetapi Jibril menjawab: ‘Bagaimana saya hendak masuk sedang di dalam rumahmu ada cadar dinding yang penuh gambar! Tetapi kalau kamu mahu terus menggunakannya, maka putuskanlah kepalanya atau potonglah untuk dibuat bantal atau buatlah tikar (tikar lantai). (Hadis riwayat Nasa’i dan Ibnu Hibban)

Ia hendaklah tidak sempurna sehingga tidak nampak dibesarkan dan dimuliakan. Begitu juga dengan patung mainan kanak-kanak, ia dibenarkan kerana bukan dibesar-besarkan.

Manakala lukisan benda hidup seperti manusia dan binatang tidak dibenarkan menurut hadis di atas tetapi lukisan pemandangan alam masih dibenarkan.

Gambar daripada kamera diharuskan apabila mematuhi ajaran agama dalam berpakaian dan menutup aurat. Ia juga dilihat berlainan dengan lukisan yang melakar ciptaan sendiri.

Mufti Mesir, Sheikh Muhammad Bakhit menyatakan fotografi adalah tangkapan imej kepada benda yang benar menerusi kamera. Cara itu sedikitpun tidak ada larangannya (Qardawi, 1995: 117).

Sumber: Harian Metro


Thursday, October 27, 2011

Siapa Dia... Masih Misteri...

Mistery man by ~thechaotico on deviantART

Terlihat yang itu menyebabkan cerita lama menerpa.

Lalu dibelek-belek email lama, untuk meneliti kembali salah satu khazanah yang menjadi bukti cerita lama itu pernah berlaku. Khazanah itu yang masih disimpan kerana memikirkan satu hari nanti, mungkin ia akan membongkar sesuatu yang lain.

Hari ini, khazanah itu dibuka kembali dan diteliti bait-bait yang tertulis. Walau bahasa yang digunakan agak pekat dan tidak biasa dilihat, tapi serba sedikit maksudnya sampai juga ke kepala. Lalu akal mencerna dan menggerakkan hati untuk mencari lagi.

Bila kata hati sudah tergerak untuk menganalisa, sifat suka mencari hingga ke lubang cacing seakan-akan dicas semula setelah sekian lama ia berehat. Dunia maya, banyak maklumat yang akan diperolehi jika bijak menggunakan hujung jari-jemari untuk mencari apa saja.

Namun salah satu sumber yang paling kuat untuk diterokai menemui Index of /cgi-bin/. Buntu. Berhenti seketika. Yang ini baru nama-nama yang berkaitan dengan penulis. Sedangkan si penulisnya...

Siapa dia sebenarnya?


Untuk Para Penanam Anggur

Grapes by ~sanlotsaints on deviantART

Anggur hijau, anggur merah, anggur purple, anggur cekelat, anggur gelap sikit...

Tak kisah lah kaler ape, besar ke kecik ke sedang-sedang ke, buat semua penanam anggur atau dalam bahasa mudah dan ringkasnya, PENGANGGUR, kalo rasa-rasa macam nak bertukar profession tu boleh la jenguk-jenguk feed Jobberies kat atas post blog saya tu ye~

Atas tuuuuuuuuuu, atas tuuuuuuuu!

Jumpe tak???

Kot la da bosan tanam anggur kat rumah tapi tak berhasil-hasil anggurnya, then ada pulak bidang kerja yang menarik hati kamu-kamu yang selama ni bergantung pada anggur semata-mata, boleh la klik-klik feed dia kat atas tu ye. Kalo ada rezeki Allah bagi, insya'Allah ada la profession lain yang lebih sesuai untuk kamu.


Jangan pernah berubah...eh, jangan pernah putus asa dengan janji Allah... :)


Sekitar Bicara Buku Nisa' GP

Cantik kan banner tu? Sape nak tempah banner, contact saya. Nanti kita runding harga. Hahaha~ :p

Alhamdulillah.

Selesai sudah salah satu program besar Nisa' GP semalam. Ops, Nisa' GP tu ape? Bukan Grand Prix ye, tapi singkatan untuk cawangan Nisa' kat Johor ni, Gelang Patah. Kelab Nisa' ni salah satu NGO kat Malaysia khas untuk para wanita berumur 15-40 tahun, yang mana NGO pusat dia adalah Pertubuhan Nisa' Malaysia.

Peserta yang hadir, bapak-bapak pun hadooo...

Untuk program Bicara Buku yang semalam, Ustaz Fauwaz Fadzil datang bagi pencerahan tentang buku yang beliau terjemahkan, Fikh Kerahsiaan Wanita. Buku ni pasal ape? Ok saya copy paste sinopsis kat kulit depan buku ni ye untuk bagi nampak sikit talk semalam pasal ape. Eh, snap aje la gambarnye!

Kulit depan buku

Eh, nampak ke?

"Memahami secara jelas isu yang melibatkan rongga keintiman wanita (faraj) menurut syariat Islam. Persoalan "dalaman" yang wajar difahami oleh setiap wanita mukallaf dan para suami yang menjadi nakhoda rumahtangga. Bertanya tentangnya sering mengundang segan, kini dihidangkan secara jelas dan ringkas sebagai panduan hidup muslimah sejati."

Ok, tu yang tertulis kat kulit depan buku tu. Banyak juga yang ustaz terangkan bagi faham, memang bagus la buku ni sebenarnya.

Sesi otograf...

Kebanyakan peserta yang datang tentulah wanita kan? Hahaha~ Dan yang bagusnya, para suami pun adeeee~ Ade gak sesi soal jawab, keluar jugak isu beli susu ibu online tu... Last sekali sesi amek otograf ustaz dan amek gambo sikit-sikit. Kalo ade yang tak tau, Ustaz Fauwaz ni sebenarnya anak kepada Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Kat belakang buku tu pun, nama Ustaz Fadzil Noor adalah nama pertama dalam list guru-guru ustaz. :)

Saya pun nak otograf gak! :p Eh, bookmarks tu ade banyak lebih, sape nak???

So, kepada yang nak tau lebih pasal buku ni, boleh la cari kat kedai buku ye. Atau pun cuba cari kat kedai buku online, insya'Allah ade.


Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #36: Hey, Handsome!

Gambar dari SINI

P/S: Sangat penat, tapi da lama nak post yang ni, takut terlepas Rabu lagi.


Wordless Wednesday #35: I am...

something is missing by ~sufined on deviantART


Tuesday, October 25, 2011

Sangat Bosan Dengan Hidup!

Autumn and colors by *ferrohanc on deviantART

Bosan dalam hidup?

Kadang-kadang, kita rasa hari-hari kita begitu kosong, hati rasa tidak punya hala tuju, setiap detik yang berlalu dirasakan begitu lambat merangkak, tidak satu pun perkara yang kita lakukan dapat mengisi rasa kosong tu. Musim sejuk yang kita nantikan tak kunjung-kunjung tiba. Dan dedaunan terus meluruh satu persatu dengan warnanya yang semakin perang keemasan.

Kita masih juga rasa kosong...

Bila rasa bosan dan kosong, cuba tanya diri kita, kenapa kita rasa macam tu? Betul ke dah takde kerja lain nak buat sampai rasa sangat bosan melampau-lampau? Betul ke da takde ape yang boleh kita buat untuk isi masa yang dibiarkan kosong tu? Takde ke cara lain selain dari yang biasa-biasa kita buat, untuk penuhkan masa lapang tu? Dah cukup terisi ke masa-masa kita yang dah berlalu?


Kadang-kadang, rasa rendah diri sangat-sangat; sebab bila bosan, barulah ingat nak beramal dan buat perkara-perkara sunat yang lain. Bila bosan dengan dunia aje baru ingat nak isi masa tu untuk DIA. Bila bosan aje baru ingat nak baca al-Quran dan buku-buku ilmiah. Kenapa lah semua tu jadi pilihan terakhir lepas benda-benda lain?

Muhasabah bersama... Entri ni tidak lain tidak bukan untuk diri sendiri... Jika ada manfaat untuk kamu-kamu semua, ambillah sekali. Sama-sama renungkan amalan masing-masing.


P/S: Sangat risau kalau rasa bosan menjengah masuk ke dalam diri...

##tolong jangan komen kamu bosan kat entri ni...kurang senang hati ni membacanya...


3 Blogger Hot Yang Selalu Buat Saya Konfius...

Saya Berhati Tisu

Nama Pena Blogger: ciK LyndaWawa

Reality & Fantasy Ieyza Afieyna

Nama Pena Blogger: ieyza afieyna

Kisah Kehidupan

Nama Pena Blogger: lieynanilaz


Nape ek? Mungkin sebab nama diorang tu macam nak dekat-dekat aje...

=.=


Monday, October 24, 2011

Ehhhhh, Nakalnya Budak Dua Orang Ni!

Budak dua orang mana yang nakal tu?

Budak-budak ni ha...

kerana lily


SUTERAKASIHYANN


Nape diorang nakal???

Sebab diorang ni gatai sangat pi godek entri sampai ke penghujung dunia tuuuuuu...


P/S: Punye la simple entri pertama saya dulu...=.=


Blogger Kaya: Fakta ke Fiksyen?



Eqbal: Beb, beb!

Zack: Assalamualaikum...

Eqbal: Ops, wa'alaikumussalam... Hehehe. Eh, aku nak tanya ko something lah.

Zack: Ape ke bendanya tu?

Eqbal: Ko kan terer bab-bab blog ni. Aku rasa macam pelik lah, orang duk kata jadi blogger boleh buat duit berjuta-juta lemon, betul ke beb?

Zack: Mana ko dengar tu, mana??? Semua tu tipuuuuu belaka! Mana ada duit berbentuk lemon, cer ko tunjuk kat aku dulu rupa duit macam lemon tu!

Eqbal: Erkkk! Ok, ok...ni, ni...betul ke boleh kaya dengan berblog? Eh, skema semacam je ayat aku.

Zack: Haaa...berblog boleh kaya? Opkosss! Itu pun kalo ko buat benda-benda yang boleh menyebabkan ko mencapai kekayaan dengan berblog tu.

Eqbal: Cane tuuuu? Cer cite... Aku nak tau gak! Mana la tau, aku leh bersara dari keje pensyarah ni. Terus jadi blogger sepenuh masa, nkooooo~

Zack: Macam ni... Sebelum ko berangan tu, ko ade ke bisnes ape-ape ke... Kalo ko ade bisnes baju ke, tudung-tudung ke, teko-teko ke, memang ko boleh kaya kalo ko guna blog sebagai medium untuk ko jual barang-barang tu online. Yang penting kena pandai promote ajeee... Letak iklan kat blog Ben Ashaari tu, konfirm terpromote! Kaya lahhh nkoo kalo ramai orang minat nak beli!

Eqbal: Owhhhhhhhhhhhhh, camtu eks? Kalo aku takde bisnes cane lak???

Zack: Haaaa...kalo takde, ko harap aje la duit nuffnang dengan advertlets nkoo tu. Nak lagi dongeng, ko berangan aje dapat duit innity kalo ko malas nak update!

Eqbal: Aiyakkkk! Tu eh maksudnye fiksyen semata-mata?

Zack: Ye lahhh....dah faham???

Eqbal: Err... Iye laaa.... Kena rajin update la ni... Baru nak berangan jadi Redmummy...


Hasil copy paste kat Microsoft Word: 258 words


Just Let Me Be...

Petals by ~olakonkel on deviantART

Even though it's over...

I still feel like crying...

Just let me be...



Semalam Yang Sepi...

I need you by ~SpongySponge on deviantART

"Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri"

Bukan aku tidak betah sendiri
Pernah saja aku tanpa teman
Boleh saja aku laluinya dengan kekuatan
Sungguh Allah berikan aku kudrat seorang insan

Namun semalamku lebih lemah dari biasa...
"Di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu"

Tidak aku meminta lebih
Hanya kata-kata untuk menenangkan jiwa
Namun yang ku dapat hanya kata-kata bisu
"Tidak ku temu suaramu"

Akhirnya aku termangu-mangu sendiri
"Di sini ku tersedu-sedu"

"Kisah janji dimungkiri lagi..."


Sunday, October 23, 2011

Setitis Aje... Patutlah Cepat Kering Kan?

Ilmu kita baru setitis dari ilmu Allah... ~ Gambar dari SINI

Pernahkah kamu rasa kering idea untuk menulis?

Saya percaya semuanya pernah rasa buntu untuk mengupdate entri ape pulak bila menghadap blog kali ni. Tambah-tambah lagi blog jenis peribadi dan tak bergantung kepada SEO, sudah tentu idea semakin lama semakin kering dan tandus. Kadang-kadang entri pun ditaip dengan idea yang dipaksa-paksa lalu terhasillah entri yang cukup makan aje, takde feeeeeel bak kata otai-otai blogger.

Sebenarnya kannn, tu lah bukti bahawa ilmu yang kita ada ni hanya sedikit aje berbanding ilmu Allah. Macam setitis air aje yang menitik atas lautan dunia yang teramatlah luas. Bahkan, kalau nak dihitung dengan ilmu Allah, tak cukup satu lautan tu untuk digunakan menulis kalimah-kalimahNya.


Selama kita hidup dari kecik sampai la kita besar sekarang ni, agak-agak da berapa banyak ilmu yang kita kutip? Bandingkan diri kita yang dulu dengan yang sekarang ni. Adakah ilmu kita semakin bertambah atau semakin berkurang? Ehhhhh, ade ke ilmu yang berkurang? Rasanya takde ilmu yang berkurang. Semakin hari, ilmu kita semakin bertambah sebab setiap hari kita akan jumpa benda baru. Cumanya ilmu yang banyak tu, macam pedang adik samurai champlo, akan jadi tumpul kalau tak diasah.

Maksudnya?

Ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah. Takde hasil dari ilmu yang kita kutip dari merata tempat tu. Sebab takde beza diri kita yang dulu dengan yang sekarang ni. Sepatutnya dengan segala ilmu yang kita dapat, kita jadi insan yang lebih baik. Beruntunglah orang-orang zaman sekarang ni bila mana ilmu tu boleh dapat kat ujung jejari runcing aje. Klik sana-sini boleh dapat ilmu. Cuma kena pandai pilih aje takut salah ilmu, tersilap amal, terpesong akidah. Naudzubillah.

Maka, renunglah ke dalam diri, cuba nilaikan ilmu yang Allah da kongsikan pada kita, dan beramallah dengannya...

Dan Allah Maha Mengetahui...


Warna-warni Kawan Saya...

Many Colors, One Love by ~Lord-Angelus on deviantART

Alhamdulillah...

Bestnye ada ramai kawan. Tak kira la kawan rapat ke kawan baik ke kawan biasa-biasa aje ke, atau kawan yang kenal camtu je tak pernah tegur pun ke, bila ramai kawan, kita rasa seronok kan? Bila sorang-sorang tanpa kawan, tentu la rasa sunyi sepi.

Bagi yang da lama berkawan, tentu perasan akan sikap, perangai dan tindak-tanduk kawan-kawan kita. Ada macam-macam warna yang kita nampak. Ada sikap yang kita gemari, ada jugak sikap yang kita kurang senangi. Suka benar kita dengan kawan-kawan yang baik budi pekerti dan selalu bagi nasihat untuk bantu kita perbaiki diri. Kurang senang hati kita bila ada segelintir kawan-kawan yang suka terburu-buru dalam semua perkara.

Tapi semua tu kan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap orang Allah bagi kelebihan dan kekurangan yang berbeza-beza. Tak semua orang ada perangai yang sama, tak semua orang boleh buat hati kita gembira, kadang-kadang kita terluka tanpa sengaja. Disebabkan semuanya berbeza-beza, dan kita sendiri pun berbeza dengan kawan-kawan kita, sebab tu lah Allah bagi kita kenal antara satu sama lain.


Moga dengan perbezaan itu kita saling lengkap-melengkapi.


P/S: Saya sayang kawan-kawan saya.


Saturday, October 22, 2011

Makseh Urang Sarawak...


Rinduk ati kamek ada urang sarawak baca blog kamek. Bertambah-tambah rinduk agik ati bila urang nok baca ya, walopun nya silent reader ajak, rupanya blognya antara blog nok kamek suka. Nang rinduk ati alu lah tek sampei keluar entri tok khas untuk nya. Sebelum-sebelum tok ada juak blogger urang sarawak nok kamek kenal, tapi nya tok special sikit dari sidak nok lain ya. Kenak kah?

Sebab...sebab...sebab...coba kitak urang klik blognya kat SITOK. Mesti kitak urang akan faham, kenak kamek rinduk ati alu-alu!

Makseh owh kitak~~~ :D


P/S: Saya harap kamu-kamu yang baca ni boleh faham...err...sape yang terrer tu bolehlah try translate ye~


Friday, October 21, 2011

Bila Penat Sangat...

tired by *gekkoen2 on deviantART

Bila penat sangat...

Kita akan rasa lenguh satu badan. Nak melangkah kaki sikit pun jadi berat, kalau yang sampai jari jemari pun tak larat nak gerakkan tu, memang penat melampau-lampau dah tu.

Bila penat sangat...

Kita akan rasa kosong dalam kepala. Nak buat keje ape pun jadi tak fokus. Kalo tengah-tengah penat tu la nak membaca kononnya, kejap-kejap faham dan ikut jalan cite, kejap-kejap nanti masih jugak ulang muka surat yang sama.

Bila penat sangat...

Kita akan rasa bengang tanpa sebab. Nak marah aje kat semua orang. Muka takyah nak cakap lah, memang ketat seketat-ketatnya. Nak longgarkan pun da tak dapat da. Entah ape-ape aje tindak-tanduk masa tu, sampaikan orang gurau ngan kita pun kita takmo gelak.

Bila penat sangat...

Kita akan rasa nak rehat. Kalo takde tilam kat tepi-tepi kita, rasa nak cepat-cepat balik umah carik tilam. Bolehlah rehatkan badan yang terlebih bekerja. Tapi kadang-kadang kita abaikan jugak hak tubuh badan tu berbanding hak kita terhadap dunia.

Bila penat sangat...

Kita akan jadi orang lain. Ada beberapa perubahan kecil yang menunjukkan tanda-tanda kita penat. Contohnya, kalo sebelum ni boleh tido lewat sampai 2-3 pagi, time penat melampau tu lah asyik tido awal dari selalu. Then kalo sebelum ni mudah terjaga biarpun bunyi jarum jatuh sekalipun, time penat melampau tu lah tido mati tak sedar-sedar orang masuk rumah kul 2-3 pagi.

Bila penat sangat...

Terlahirlah entri ni hasil dari pemerhatian kepenatan beberapa hari yang lepas.


P/S: Terlampau penat agaknya menyebabkan saya tak fokus pada perkongsian ilmu beberapa hari lepas hinggakan takde idea untuk Eh, Ustazah! hari ni. Minta maaf banyak-banyak.


Pssssttt! Rahsia Wanita...

Bicara Buku "Fikh Kerahsiaan Wanita" di Masjid Taman Universiti, Skudai, Johor

Buku ni ade yang dah baca belom? Saya ada buku ni kat rumah, tapi tak habis baca lagi... =.=

So, kalo gi bicara buku ni, insya'Allah boleh la khatam terus! Erk~ Jumpa kat sana Deepavali ni ye~ :p


Thursday, October 20, 2011

Malas, Malas, Malas!!!

Lazy cat by ~ninereeds-DA on deviantART

Huwaaaaaaaaaaaaaa~

Sekali lagi bumi Sunah Suka Sakura dot com dilanda badai. Lalu menenggelamkan segala rasa untuk berjalan-jalan di taman, malah menghanyutkan juga keinginan untuk bercucuk-tanam sambil bergeli-geli bersama para petani seperjuangan yang lain.

Erk! Itu simbolik semata-mata!

Badai apakah yang melanda hingga menyebabkan Jeneral SSS dot com semakin kurang berblogwalking dan mengupdate blog sambil beramah-mesraan dengan rakan blogger lain? Huhuhu. Rasa macam dah makin malas pulak nak berblog. Kemalasan itu semakin bertambah-tambah sejak beberapa hari lepas, bila mana Jeneral SSS dot com begitu sibuk merancang masa depan, dalam masa yang sama nak jugak berfoya-foya di alam maya, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii (cinta bukan milik kita~~~) internet sangatttttttttttt lembab sekali~ dua kali~ tiga kali~ empat kali~

Gggrrrr~

Bila tenet lembab, jadi berat tulang nak berblogwalking dan membalas jejak kengkawan blogger yang begitu rajin mengupdate blog. Wuwuwu... Bila da dua tiga hari pun lembab lagi, jadi berat tulang pulak nak menjenguk blog sendirikkkk. Bila da lama-lama lembab dan lembab dan lembab lagi, jadi berat seberat-beratnya jugaklah nak menjenguk FB dan Twitter. T_T

Sila kembali wahai semangat!!!


Twitter's New Features: Lebih Mudah atau Semakin Kompleks?

Beberapa hari lepas, saya nampak perubahan pada twitter, yang bagi saya nampak agak menarik dan canggih dari sebelum ni. Hari esoknya, tiba-tiba twitter kembali kepada features yang asal. Dan semalam, twitter da berubah balik kepada features yang baru. Bila saya tanya yang lain, nampak macam saya sorang aje yang da bertukar. Mungkin ada gak yang da bertukar, tapi sikit aje.

Bagi yang nak tengok features yang baru, jom kita tengok sama-sama ye~


Nampak tak beza dia dengan twitter yang lama? Ada button ... in reply to @Nama kat setiap twit tu. Dan kalo kita move mouse ke arah mana-mana twit, saya amek twit dari luqeem ye; macam gambar kat bawah... Akan moncol lah button Favorite, Retweet, Reply dan Open kat twit tu.


Bila kita klik button Open, atau klik aje kat twit tu, terbongkarlah rahsia besar kerajaan...erk! Maksud saya, beberapa twit yang sebelum dan selepas twit tu, akan terpapar kat situ gak, tak lagi kat sidebar cam dulu. So, lagi mudah la nak tengok full conversation para twitter sume. Macam kat bawah ni~


So, adakah lebih mudah atau lebih kompleks?

Sape lagi yang twitter dia da berubah jadi cenggini?


Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #34: Bebi Pon Nak Ikot Gak Pi Sana

Dia da pi, kamu-kamu bila lagi?


Wordless Wednesday #33: Sakura

Seronok dan excited tengok nama kedai tu


Monday, October 17, 2011

Kenapa Saya Di Sini?

Gambar dari SINI

Kenapa saya berada di sini?

Ramai yang tertanya-tanya. Ada yang bunyi komennya buat hati saya berdebar. Komen yang mengatakan saya balik ke kampung halaman untuk datang ke Johor kembali bersama senyuman di bibir, dari Ibu Gebu, buat saya tersenyum sebelum sempat untuk kembali semula ke Johor.

Ada yang dah tahu sebab saya ada bagitahu malam sebelum pergi tu. Dan ramai juga dapat menjangka bila saya publish entri Bak Mutiara semalam, ke mana sebenarnya saya. Bijak, bijak! Hehehe.

Yang pasti saya ke sini bukan untuk bercuti. Ada urusan yang perlu diselesaikan dengan secemerlang yang boleh. Hati sudah mula berdebar. Cuak, seram sejuk, gementar dan macam-macam perasaan yang seakan-akan hilang sebelum saya terbang dah mula dirasai sekarang.


Allah, Allah, Allah...

Berikan aku kekuatan untuk yang kali pertama ini...

P/S: Maaf, tak sempat balas jejak...

Sunday, October 16, 2011

Bak Mutiara...


Mutiara...
Ada macam-macam jenis, ada macam-macam rupa, ada macam-macam warna...


Mutiara...
Ada usianya tersendiri. Kalo yang muda, kilaunya putih berseri. Cerah memukau warnanya. Kalo yang tua, hitamnya kebiru-biruan, nampak ekslusif dan penuh misteri.


Mutiara...
Ada yang asli dan tak asli. Kalo yang asli, warnanya ikut usia. Hanya antara putih dan hitam. Kalo yang tak asli, ade kaler pink, hijau, biru, kuning...cantik memang cantik, tapi semua tu hanya 'inject' semata-mata.


Mutiara...
Perasan tak, wanita pun macam mutiara jugak...


P/S: Memang banyak mutiara kat sini...


Saturday, October 15, 2011

Bakal Menyepi Lagi...

Paper Aeroplane by ~gingerkatie42 on deviantART

Ouhhh, blog ni bakal menyenyapkan diri lagi.

Selama beberapa hari mungkin.

Esok pagi da nak terbang.

Kalo bersempatan, insya'Allah saya buat lintas langsung dari sana eks~ ;)

Kena tido awal ni...

Doakan urusan saya dipermudahkan ye...

Selamat malam sayang-sayang semua...

Assalamualaikum~


Antara Ilusi dan Realiti

thirsty cherry blossoms by ~4dam on deviantART

Hujan
Baunya hangat
Titisnya basah
Bunyinya menitik-nitik
Anginnya mencengkam

Bumikah yang menangis?
Atau sebenarnya...
Langit yang sedang merintih?

Kadang-kadang guruh menjerit marah!
Silau cahaya kilat terlebih dahulu menghasut dalam diam
Lalu awan terluka dan menyimpan dendam kelabu
Berat...berat hingga menujah-nujah rasa!
Hingga terlepas semuanya...

Namun...
Bayangan itu hanya ilusi!

Di luar sana
Realitinya...
Hujan rahmat sedang turun
Tenang membasahi bumi
Dan matahari pun menunggu
Untuk bertemu pelangi si penyeri
Dalam bila-bila masa yang begitu dekat...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.