BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, November 30, 2011

Langit Itu Warna Biru...




Yes, Saya Unik, Saya Tau Itu!

unique by ~Caapie on deviantART

Kalo nak makan sesuatu yang jarang-jarang dimakan, bila kawan dah beli dulu makanan yang saya teringin nak makan, terus tak jadi nak beli makanan tu... Pilih yang lain sebab takmo sama dengan dia, walaupun makanan tu la yang sangat-sangat saya suka...

Erk!

Baru je discover benda ni tadi lepas baca entri Cik Bambam kat SANA.

Tu je. Sekian~


Cici: Entah, Kite Pun Tak Tau...


Entah nape, dia nampak pasif aje akhir-akhir ni. Kadang-kadang duk terperuk sekor-sekor kat dapur, tidur bergulung kat celah tong gas. Pagi tadi pun gitu, lepas Subuh bawaklah dia sekali baring atas tilam berbantalkan lengan saya dan selimutkan. Dia diam aje...tak mo lari pi mana-mana macam selalu. Belai-belai, terus tido kat situ. Sampai la saya bangun nak sarapan, baru dia bangun sekali.


Cici kenapa, Cici? Semacam aje akhir-akhir ni. Cici ada baby dalam perut ke? Err... Saya main agak aje, housemate yang lain pun fikir camtu jugak, kot la dia ada morning sickness ke kan. Suhu badan dia panas sikit. Macam demam pun ye jugak. Nak kata bunting, tak nampak pulak adegan beromen. Erk!


Cici: Hummppphhh...memandai je cakap kite bunting...

Saya: Habis tu??

Cici: Kite...kite...kite... Kite pun tak tau gak sebenarnya, kite bunting ke ek???


Cici: Ehhhhhhhhhhhhhh... Kite kannnn, kannnn, kannnn... Da ada rantaiiiiiiii... Nampak tak, nampak tak?

Saya: Tak nampak la...

Cici: Eh, tak nampak ke???


Saya: Mana nampak! Angkat sikit kepala!

Cici: Haaa... Nampak? Kite comel kan? Lalala~

Saya: Ye lahhhh! Comel la sangat nkoo tu! Sejak bila pandai berhias ni???

Cici: Err...


Hurmmm... Harap Cici kembali aktif macam dulu-dulu. Mungkin dia sedang mengalami fasa perubahan akil baligh tak? Erk!


Aiskrim Stroberi Untuk Papa Ben

strawberry ice cream 2 by ~No0nZ on deviantART

Da 30 November 2011...

Selamat hari tua Papa Bennn...

Semoga Papa Bennn dan keluarga dalam lindungan Allah selalu...

Ameen...

Aiskrim stroberi kat atas tu untuk papa...

Tapi saya da makan sikit...

Lalala~


Tuesday, November 29, 2011

Tuhan... Aku Terlalu Banyak Berdosa...

Blossoms of Spring... by ~eye-am on deviantART

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu
Membuka pintu hatinya...

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya...

- hanya mampu berserah, moga cahaya tiba nanti -

[Ombak Rindu - Hafiz & Adira]


Monday, November 28, 2011

Ada Apa Dengan Bintulu?

Wah wah wahhhh~~~ Tetibe kan nak buat entri cenggini! Sebab ape, tadi nampak entri Cikgu Hakim yang bertajuk Ada apa dengan Melaka? So, saya pun nak jugak lah buat, ada apa dengan tempat tinggal saya nun jauh di Sarawak tu~ Kot ada yang berminat nak datang kan~

Ermmm... Bintulu ni lama-lama dulu orang kenal sebagai perkampungan nelayan aje. Sebab sangat dekat dengan laut. Kampung saya lak, Kampung Baru, Bintulu tu dekat dengan Sungai Kemena. Eh, betul ke? Err... Meh kita tengok peta!


Nampak kan Kampung Baru dalam peta tu? Dekat sangat dengan sungai tu ha... Kalo nak ke seberang sana (Kampung Jepak - dalam gambar tu Sebuan Besar New Village), kena naik bot! Tu aje yang boleh guna! Kalo tak pandai berenang, siap lah! Ok gurau saje...tu dulu-dulu lah. Sekarang ni dah ada jalan darat dah, so kalau nak ke Kampung Jepak tu dah boleh da naik kereta. Kalau sambung lagi peta ni naik atas dari Jalan Tun Razak tu, akan terus ke jalan persisir pantai... :)

Bintulu ni bandar industri. So, kat sini lebih banyak kilang daripada taman tema dan pusat membeli-belah. Hahaha! Kalau nak jalan-jalan ke kilang, sangat dialu-alukan. Wakaka~ Ops, jahatnya saya. Ok, ok. Ada beberapa tempat yang signifikan kalau korang nak datang ke Bintulu. Antaranya adalah Bintulu Promenade, Taman Tumbina, dengan Pantai Tanjung Batu, Bintulu.

Bintulu Promenade Waterfront dengan panjang 120 ekar - Selamat mengetaffkan otot kaki!

Kira macam zoo lah kat Bintulu ni... Nak masuk, kena bayar... Dalam ni ada macam-macam... Err.. Sila datang sendiri kalo nak tengok!

Tanjung Batu, Bintulu... Macam cantik sangat pulak gambar ni. Ahaha~

Tempat-tempat ni ramai yang datang setiap hari, dan semakin ramai kalau hujung-hujung minggu. Selalu kat pantai Tanjung Batu tu la family saya jalan-jalan bila semua balik ke rumah. Selain tu, kat Bintulu ni ada Taman Negara Similajau. Kat taman negara ni, terkenal dengan pantai emas dia. Orang Bintulu kata, Golden Beach. Hahaha~ Bila saya search gambar kat Google, macam menarik pulak eks Taman Negara Similajau ni. Ada chalet, ada jambatan gantung...erk! Ok, nampak sangat saya tak pernah masuk teroka lebih jauh daripada depan pejabat Taman Negara Similajau aje... =.= Meh la datang sini, teman saya masuk!

Jambatan gantung ni nak ke mana agaknya...

Aha..dulu kecik-kecik ada program ape ntah kat sini, area-area ni je la saya pernah jejak... Hahaha~

Ada jugak rumah panjang yang banyak kat sini, tapi kawasan yang pedalaman sikit lah. Kot nak menjenguk tengok budaya diorang, boleh juga runding-runding dengan kawan-kawan yang da biasa buat lawatan. Selain tu, Bintulu ada Pasar Malam, Pasar Tamu Bintulu, dengan PUB...eh! PUB ni Pasar Utama Bintulu, okeh! (Walaupun memang banyak pub pun kat sini). Kalo dari segi keraian dan perayaan pulak, Bintulu ade Festival Layang-layang dengan Bintulu Regatta. Regatta ni lawan boat rowing. Pernah gi masa kecik-kecik, meriah jugak dengan abang-abang hensem dan taf yang mengayuh sampan~ kayuh, kayuh, kayuh! Alamak, rindu pulak masa kecik-kecik dulu. =.=

Dari segi makanan, Bintulu terkenal dengan belacan Bintulu. Lagi satu, makanan tradisional masyarakat Melanau kat sini, linut atau ambuyat. Yang dibuat daripada tepung sagu. Selalunya, yang membancuh ambuyat ni, mak saya. Dia takkan bagi orang lain buat, takut tak jadi! Hahaha~ Kami selalunya makan linut ni dengan family besar. Maksudnya dengan family pak ngah dan mak usu sekali. Kadang-kadang masa kerja kenduri pun kami buat jugak. Tapi selalunya kalau saya balik rumah sekejap, mak mesti akan buat jugak sikit untuk kami-kami aje makan. ^_^

Kak Hasue pun ada buat... Makan dengan sambal asam limau dengan pucuk ubi, perghhh! Mabeles!!!

Tempat-tempat makan tu banyak. Seribu Bintang yang dekat aje dengan rumah saya pun popular jugak. Tapi nape saya tak pernah makan kat situ ek? Hahaha! Teruknya... =.= (kan boleh masak sendiri, buat apa nak gi makan kat kedai!)

Ermmm...so, da nampak kan, Bintulu ni simple aje. Tak banyak sangat tempat yang boleh dilawati. Kalau yang suka aktiviti lasak, boleh la ke Bintulu. Dekat jugak dengan Gua Niah dan Taman Negara Mulu kat Miri. Eh, tu dah masuk Miri lah! Okbai!

P/S: Gambar sume curik kat Google!

Saya Bulan Julai... Siapa Lagi Bulan Julai?

Delicate by ~Ferice on deviantART

Hari tu ada borak-borak dengan Atok Gebu, tentang rahsia bulan kelahiran ikut kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Dah pernah carik gak sebelum-sebelum ni, dah pernah baca jugak. Cuma, saja nak kongsi kat sini yang saya punya bulan kelahiran pulak! Meh baca meh!

JULAI
  • Sangat suka didampingi.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja.

Wooo...hampirrrrrrrrrrrr semuanya betul! Erk! Kecuali part "mudah gemuk kalau tak kawal diet." Uiks, ye ke camtu? Ok lepas ni takmo kawal diet dah. Lalala~ Tapi siyesly, memang kebanyakan point kat atas tu menggambarkan diri saya. Kamu-kamu yang kenal rapat dengan saya tu, setuju tak???

Oh, kalau nak tengok yang kamu-kamu punya lak, boleh ke SANA eks~


P/S: Ini hanyalah kajian daripada Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Mungkin ada yang betul, dan ada yang salah, bergantung kepada kajian Dato' ke atas sejumlah responden. Jangan amek bulat-bulat dan terus percaya dengan segala benda kat atas ni~ Sebab Qada' dan Qadar itu tetap hak Allah... Wallahua'lam.


Sunday, November 27, 2011

Hidup Ini Dalam Tangan DIA

Life is in Allah's hand ~gambar dari link dalam gambar

Hujan lagi.

Kat luar nun. Hujung-hujung tahun macam ni, mesti hujan kan. Dah namanya musim tengkujuh da datang. So, aktiviti-aktiviti dekat dengan air terpaksa dikurangkan. Mana yang nak ke pantai, ke sungai, ke laut - kena la berhati-hati sikit, sebab air cepat naik bila musim-musim macam ni.

Bila time hujung tahun macam ni, mesti aktiviti pakcik-pakcik nelayan pun turut terkesan. Ye lah, musim air naik sangat berbahaya untuk turun ke laut. Dalam berita pun, pemberita akan siap bagi amaran bahaya kepada bot-bot kecil. Tapi kalau terdesak jugak nak cari rezeki halal untuk keluarga, terpaksa jugak diorang bersabung nyawa.

Dengan berpegang pada kata-kata...

Ajal dan maut itu dalam tangan Allah

Ya, hidup kita sepenuhnya dalam susunan Allah. Ajal, maut, jodoh, kerjaya, akademik, dunia dan akhirat kita, semuanya dalam tangan Allah. Telah tertulis di Loh Mahfuz segalanya yang akan berlaku pada kita sekarang dan pada masa akan datang. Orang kata, takdir Allah menentukan segalanya.

Takdir Allah bila-bila pun nyawa kita akan diambil semula, tak kira la atas bot ke, tengah-tengah laut ke, dalam sungai ke...yang duk kat rumah saja pun, kalau Allah nak, Dia akan cabut nyawa kita time tu jugak. Cumanya...

CUMANYA!

Allah bagi kita pilihan untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga bagi menjauhkan diri kita dari bahaya yang boleh meragut nyawa. Sama macam orang sakit, Allah nak kita berusaha untuk sembuh, kan? Dalam hidup kita pun ada begitu banyak pilihan. Siapa yang tentukan? Kita sendiri! Orang lain hanya mampu melihat dan memberi pandangan, tapi kita lah yang akan mencorakkannya macam mana.

Jadi, gunakan akal kurniaan Allah tu untuk pilih mana yang terbaik dalam hidup kita!


Hadith Palsu Tentang Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah

New DAY by =Azozinho on deviantART

Mohon baca dengan teliti dari awal sampai akhir, kerana saya takut kamu terlepas pandang bila baca terlalu cepat.

***

Beberapa minggu yang lalu...

Adik Syafiq Ahadin ada meminta pendapat saya tentang doa akhir dan awal tahun, sebagai respon untuk entrinya yang bertajuk Hadith Palsu Popular #6. Adik ni buat ulasan dari buku kumpulan 40 Hadis Palsu Popular tulisan Abdul Razak Muthalib. Salah satu hadith palsu dalam buku tersebut adalah...

Hadis 10 - Membaca Doa Awal dan Akhir Tahun

Ni tiada hadis, tapi kena ulas seja. O yeah!

Dalam buku kecik Majmuk Syarif yang banyak tersebar dalam kalangan masyarakat kita, disebutkan pasal kelebihan membaca doa awal dan akhir tahun untuk tahun hijrah. Malang tidak berbau sekali, amalan dan kelebihan tidak bersumberkan hadis sahih dan palsu.

Dinyatakan dalam buku tersebut.
"Inilah doa akhir tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali pad akhir waktu Asar 29 atau 30 Zulhijjah. Siapa yang membaca doa ini pada waktu tersebut, syaitan berkata: "Susah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini kerana dibinasakan dengan satu saat akibat membaca doa-doa ini, maka Allah mengampunkan semua dosanya." Sambung baca di SINI

***

Berapa ramai da baca doa semalam? Berapa ramai juga yang share tentang doa akhir dan awal tahun? Ramai kannnn? Merata-rata di dunia blog berkongsi tentang doa akhir dan awal tahun Hijrah. Alhamdulillah...

Maka, ramai jugak ke yang buat amalan sia-sia sebab hadithnya palsu?

Hurmmm... Pandangan saya sendiri, dan berdasarkan dari pengetahuan yang diperolehi dari kuliah-kuliah ilmu, membaca doa tu tak salah, jika dengannya kita berniat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Yang salahnya adalah bila kita berpegang pada fadhilat doa tersebut, yang mana dengan doa tersebut terjamin sudah dosa kita untuk tahun lepas telah diampunkan kesemuanya oleh Allah. Dan untuk tahun yang mendatang, sudah tersedia pula dua malaikat yang sentiasa memelihara dari fitnah syaitan kerana membaca doa ini.

Hati manusia ini milik Allah selamanya, dan Dia lah yang memegang hati kita serta membolak-balikkannya mengikut kehendakNya. Hati dan iman manusia mudah goyah, hanya yang kuat berusaha untuk mendekatkan hatinya kepada Allah saja yang mampu bertahan dengan godaan nafsu dan hasutan syaitan. Jadi kita tak boleh nak bergantung kepada doa semata-mata tanpa berusaha untuk menjauhkan diri dari bisikan syaitan yang durjana.

Senjata mukmin - berdoa tu amalan sunat, buatlah setiap hari, bukan sekadar di akhir dan awal tahun Hijrah sahaja. Dan berdoalah ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah, tanpa berpegang kepada fadhilat doa tersebut yang tidak kita pasti asal-usul sanadnya.

Boleh juga rujuk tulisan Dr. MAZA kat Soalan Sempena Sambutan Tahun Hijrah : Minda Tajdid – Himpunan Fatwa untuk tengok pandangannya pula.

Wallahua'lam.

Betulkan saya kalau saya tersilap di sini. Mungkin ada pendapat lain yang lebih kuat. Silakan berkongsi di ruangan komen supaya yang lain boleh turut membacanya.

Salam Maal Hijrah buat semua... Moga tahun baru Hijrah membuka lembaran baru yang lebih baik buat kita semua... Insya'Allah.


Saturday, November 26, 2011

Nak Selamat Dalam Kubur?

Jadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan... ~gambar dari SINI

Tahu tak al-Quran tu nanti akan jadi penyelamat kamu kat kubur?

Itu pun kalau kamu selamatkan al-Quran tu dulu kat dunia ni...

Macam mana nak selamatkan?

Fikir-fikirkan dan selamat beramal...


Friday, November 25, 2011

Uiks, Dah Nak Masuk Bulan 12?

Guys~ Sedar tak ni?

Tak lama lagi masuk bulan Disember.
Bulan 12 tahun 2011.
Yang bermaksud, bulan terakhir dalam tahun Masihi.
Terakhir, tahu?

Eh, awatnya saya menulis macam Tea ni?

Hurmmm...dah cek balik azam kamu-kamu semua masa awal-awal tahun dulu? Berapa banyak yang dah dicapai? Berapa banyak lagi yang belum tercapai? Ish ish ish...jangan buat-buat terkejut pulak bila saya tanya balik ni. Kan awal-awal tahun dulu da mintak saya tanyakan semula untuk pastikan azam masing-masing tercapai, tak ingat ke? *kalau ada la yang mintak tolong tanyakan*

Saya sendiri...ada azam yang nak dicapai sebelum tahun 2011 ni berakhir. Harap-harapnya tercapai lah azam tu mengikut perancangan. Apapun, kalau nak azam tu tercapai, kena la ada usaha kan? Kalau sekadar berazam tanpa usaha, tak ke mana. Lepas usaha, kena berdoa sekali. Sebab kita hanya mampu merancang. Yang menentukan segalanya jadi ke tak tu, tetap Allah yang Maha Berkuasa.

Ermmm... Tahun Hijrah pun dah nak berakhir beberapa hari je lagi...


Kenapa Eh, Ustazah! Menyepi...?

Motif letak teko?? Saja... ~Teatime and Blossoms by *BrianInInk on deviantART

Maafkan saya.

Sudah terlalu lama rasanya Eh, Ustazah! menyepi kan? Terlalu lama. Bercutikah ustazah? Atau ustazah dah pindah sekolah? Ke ustazah tengah bizi dengan benda lain? Hurmmm...

Sebenarnya, saya kekurangan idea sekarang ni. Setiap hari, menghampiri saja hari Jumaat, saya akan semakin berdebar-debar, resah dan gelisah. Kepala ligat berfikir, isu apa yang saya nak bawak masuk Eh, Ustazah! untuk Jumaat ni. Kadang-kadang sampai lewat malam hari Jumaat pun, idea tak kunjung tiba. Sedih juga bila tak mampu nak bagi apa-apa.

Sebab tu, kalau ada yang nak tahu tentang apa-apa, boleh la request kat sini ye. Saya akan cuba buat lain kali mana yang termampu, insya'Allah. Terima kasih.


P/S: Lepas ni, Eh, Ustazah! akan keluar secara random ke? Bukan lagi Jumaat? Err...


Ohhh, Mahasiswa! Nak Join Parti Politik Yang Mana Nanti?

Keratan akhbar yang sebelum-sebelum ni - gambar dari SINI

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu diambil bagi menghormati hak berpolitik seseorang mahasiswa tetapi mereka dilarang keras membawa politik kepartian ke dalam kampus.

“Kerajaan percaya kepada kematangan serta kebijaksanaan mahasiswa dan demi menghormati hak mereka yang rata-rata mencapai umur age of majority (21 tahun) kita akan meminda Seksyen 15 AUKU,” katanya.

Beliau berkata demikian secara serentak semasa membentangkan usul bagi pembatalan Proklamasi Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat hari ini.

Akta tersebut sebelum ini menjadi topik perbincangan hangat kerana sesetengah pihak mendesak agar AUKU dihapuskan manakala sebahagian lagi mempertahan kepentingan akta tersebut. Baca lagi di SINI.

*****

So, bila Seksyen 15 AUKU dah dipinda nanti, maksudnya mahasiswa dah bebas untuk menyertai mana-mana parti politik kan? Mungkin ada yang gembira, dan mungkin ada yang kurang setuju dengan benda ni. Ye la, mesti ada ibu bapa yang tak suka anak-anak mereka sibuk berpolitik masa masih belajar. Nak anak-anak fokus pada study mungkin. Takut-takut bila da berpolitik, pelajaran terabai.

Tapi saya percaya, kalau anak-anak boleh bahagikan masa dengan baik antara semua keutamaan sebagai seorang mahasiswa dan rakyat Malaysia sekaligus, insya'Allah semua benda jadi boleh. Allah tu kan Yang Memudahkan segalanya untuk hambaNya? Cuma anak-anak tu lah nanti yang kena bijak dalam menguruskan masa masing-masing kalau benar-benar nak terlibat dengan politik.


P/S: Nak dekat dengan pilihanraya ni baru nak pinda-pinda... Mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas kan boleh mengundi kannnnnn... Eh, da daftar belum?


Thursday, November 24, 2011

Kenal Penulis "Aku Terima Nikahnya"?

Trilogi Aku Terima Nikahnya - gambar dari SINI

Mungkin ada sebahagian umat kat dunia blog ni kenal, mungkin sebahagian lagi tak berapa nak kenal, dan mungkin ada yang tak kenal langsung.

"Aku Terima Nikahnya" - Buku tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Pemilik blog Saifulislam.Com. Abah kepada penulis cilik Muhammad Saiful Islam bin Hasrizal. Dalam buku-buku ini dikongsikan pengalaman penulis sendiri kisah pembinaan masjid dan segala rentetan dalam rumahtangga beliau bersama isteri dan anak-anak.

Saiful Islam tu anak Ustaz Hasrizal. Dalam buku-buku ni, terutamanya buku pertama yang kaler biru tu, ada banyak kisah tentang Saiful Islam dan adik-beradiknya. Saya rasa anak kecil itu sangat comel melalui penceritaan abahnya. Bolehlah tengok macam mana Ustaz Hasrizal mendidik anak-anak dengan didikan Islam dan tarbiyyah awal kanak-kanak.

Saya suka buku pertama - "Aku Terima Nikahnya" berbanding buku kedua - "Bercinta Sampai ke Syurga." Mungkin kerana buku pertama tu lebih dekat dengan hidup orang seusia saya, yang sedang menanti-nanti saat untuk mendirikan masjid, ye dak? Manakala buku kedua tu lebih kepada pengalaman dalam berkeluarga dan bersama anak-anak.

Buku ketiga - "Murabbi Cinta" - saya belum pernah memilikinya dan belum pernah lagi membacanya. Belum ada rezeki mungkin. Tunggu lah nanti bila-bila, insya'Allah...

So, sekarang semua dah kenal kan siapa ayah penulis cilik tadi?


Spontan Khamis #13

Dia blogger Malaysia...
Dia masih baru lagi...
Baru semalam aje...
Tapi saya harap dia konsisten...
Semoga dia jadi pemikir hebat macam abah dia...
Ameen...



Spontan Dari Hati #12

ice blossoms. by *munuh490 on deviantART

saya percaya dia sangat istimewa...
saya turut mengaguminya...
awak sangat bertuah kerana pernah ada dia dalam hati... :')


Wednesday, November 23, 2011

Rahsia Wanita Pulak Lahhh... Oppsss!

The Four Elements of Life by ~system-s on deviantART

Pssst!

Hari tu kan dah share rahsia lelaki mengikut 4 unsur kat SINI. Ramai pulak wanita-wanita yang duk komen sekali cakap diorang elemen ape, padahal tu kan untuk lelaki. Hahaha~ Tak pe lerr...disebabkan macam ramai yang berminat nak tahu, meh kita share rahsia wanita pulak ikut 4 unsur yang sama tu ye~~~

a) Tanah - anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
b) Air - anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
c) Api - anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
d) Angin - anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri, serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dalam gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah-ubah.

Hohoho...ringkas aje kan? Mana dapat ni? Banyak bersepah-sepah kat Google! Macam biasa, ni hanyalah kajian semata-mata. Mungkin ada yang tak betul, ada yang betul...mengikut pada majoriti subjek yang dikaji. Kalau ada yang baik tu, eloklah diasah bagi jadi baik selalu. Mana-mana yang tak berapa elok tu, perbaikilah ye~ :)


Wordless Wednesday #43 : Nasi Ayam Penyet Untuk Kakakecik

Ini Bibik's Restaurant punya~ Takde kaitan dengan penyokong atau pemain Indonesia.


Wordless Wednesday #42 : Sehari Menuju Dewasa

Jemput menyertai...


Tuesday, November 22, 2011

Antara Fakhri dan Indonesia


Walaupun saya rasa dia main dengan agak pelik malam tadi, tapi... Ye lah, alhamdulillah Malaysia da menang kan. So, tak perlu la kita nak mengutuk-ngutuk dia lagi. Cukup-cukup la tu. Setiap orang mesti akan buat silap kan? Dan dari kesilapan tu kita belajar untuk jadi lebih baik. Macam Fakhri, dia main dengan kurang baik malam tadi, tapi dari situlah dia boleh perbaiki mutu permainan dia kan? Itupun lepas jenuh kena cemuh dan caci oleh rakyat Malaysia sendiri... Hurmmm...

Tapi malam tadi memang penuh TL twitter dengan twit-twit yang err...bunyinya tidak lain tidak bukan adalah kutukan-kutukan terhadap pemain dan penyokong Indonesia. Mungkin orang akan cakap, "Biasalah...benda tu tindakan refleks! Automatik keluar dari mulut sebab bengang! Eh, dari jejari runcing yang menaip..." Namun bukankah lebih baik kalo kita kurangkan menambah dosa, tetapi melebihkan pahala dengan berdoa dan memberi semangat untuk pasukan Malaysia?

Dan sebesar-besar pahala yang Allah akan bagi adalah kepada yang mampu mengawal rasa marah kan?

Memang kena istighfar banyak-banyak kalo nak baca TL sepanjang perlawanan malam tadi. Huhuhu... Apepun, saya suka status salah sorang rakan di Facebook...


Renung-renungkan~ dan selamat beramal~~~


ENTRI NI CAMBEST AJEEE... JEMPUT LA BACA~


Rahsia Lelaki Mengikut 4 Unsur... Kamu Yang Mana?

The Four Elements by ~RedundantButterfly on deviantART

Uiks!

Tetiba kan pepagi nak kongsi rahsia lelaki. Awww~ Bukan pengaruh Malaysia menang lawan Indonesia malam tadi ye. Walaupun ada banyak lelaki dengan pelbagai ragamnye malam tadi tu kannnnn Puteri Katek~~~ Erk! Apepun, tahniah ye pasukan Malaysia sebab da berjaya mendapatkan pingat emas buat negara dalam sukan bola sepak Sea Games ke-26 semalam. Alhamdulillah...berkat usaha dan doa semua rakyat Malaysia walaupun menang tipis dari penalti. Pssst, suka la tengok semua orang bersatu menyokong Malaysia! Kan bagus gitu~~~

Ok ok... Pagi ni sebenarnya tertengok satu post kat FB dari blogger Pojiekyra. Tentang rahsia lelaki ikut 4 unsur. Wahhh~ Nak kongsi ngan kamu-kamu lak lah! Meh baca meh!

(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sabar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

** Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah

Sumber : Blogger


P/S: Awak, awak... Awak air kan? Macam ade banyak yang betul aje, terutama ayat last tu. Ops~

Monday, November 21, 2011

Blog Kene Remove atau Not Found?

Da berapa banyak jugak blog yang kene remove atau not found sejak dua menjak ni. Antara mereka tu adalah Eyqasara, Abgchepika, dengan Efa Nur. Ni yang baru-baru ni la. Sebelum-sebelum ni da ramai gak kan berpengalaman blog kene remove? Tapi tak ramai yang tau cane nak menghadapi situasi yang tetiba berlaku ni dengan betul kan? Ramai yang gi menyumpah-seranah kat FB atau Twitter baru la teringat, "eh cane nak dapatkan balik ek? boleh ke dapatkan balik??"

Ermmm...meh sini nak kongsi sikit cara-cara bila blog kene remove oleh Blogger.com secara tiba-tiba. Bila kamu-kamu mendapati yang blog kamu kene remove dan tak dijumpai kat mana-mana, jangan panik. Mula-mula sekali gi website www.blogger.com dan login macam biasa.


Selalunya, bila da Sign In dengan betul, Google akan keluarkan mesej macam kat bawah ni.


Ni salah satu cara Google untuk buat verification pada akaun Google kita. Diorang nak check sama ada kita ni betul-betul manusia atau robot spammer semata-mata. So, bagi la no fon kamu yang boleh dihubungi. Bila da bagi no fon, klik "Send verification code", dia akan kuar cam kat bawah ni pulak.


Aha...no fon yang kamu-kamu bagi tadi tu, sebenarnya Google nak gunakan untuk hantar verification code, biasanya dalam 6 angka. Masukkan 6 angka tu ke dalam kotak verification code. Then klik "Verify". Google akan keluarkan window untuk Sign In balik sebagai tujuan menjaga security.


Masukkan semula password kamu, then klik "Verify" tu. Tunggu la dia loading, insya'Allah kalau ok, dia akan terus masuk ke dashboard dan kamu-kamu akan nampak balik blog kamu kat situ.

Tak ade???

Kalau tak ade tu, sabar la ye. Insya'Allah Blogger.com akan kembalikan jugak blog kamu, tapi lambat sikit. :)


Bagi Hadiah Yang Jadi Darah Daging

Gambar dari SINI

Tadi belek-belek entri Iffah Afeefah yang terlepas beberapa hari ni akibat kesibukan melampau.

Ada satu entri yang ada satu komen yang menyebabkan saya berfikir jauh. Entri Buta+Pekak+Bisu=CINTA: Apa nak buat dengan hadiah pemberian bekas kekasih hati? Tu diaaaaa. Kemain lagi tajuk dia kan? Mesti la dia buat entri ni sebab terkenang hadiah-hadiah dari bekas kekasih hati dia, pi baca sendiri, ok?

Tapi saya tertarik dengan komen adik samurai champlo...


Hadiah macam mana yang akan jadi darah daging? Macam yang adik samurai champlo tulis kat situ, hadiah berbentuk makanan dan minuman. Kalo nak bagi kat kawan-kawan, ahli keluarga, bakal isteri, bakal suami (tak sebut kekasih kat sini, sebab ape ek? Fikir sendiri, ok?) hadiah berbentuk makanan, saya rasa sangat elok sekali. Lagi elok kalo kita sendiri yang buat~~~

Pasaipa?

Sebab bila kita sendiri yang buat, kita boleh bacakan ayat-ayat Allah dan selawat nabi sambil-sambil menyediakan makanan tu. Moga-moga nanti orang yang menerima hadiah kita, tenang hatinya dan elok peribadinya. Kalau bukan kita buat pulak, contohnya beli kat kedai, pastikan la makanan yang kita bagi tu halal dan terjamin kebaikannya. Bukan ke makanan yang jadi darah daging tu akan mempengaruhi serba sedikit akhlak dan peribadi kita?

Tapi orang sekarang ni tak suka sangat hadiah berbentuk makanan kan? Sebab bila da makan, terus habis. Tak boleh dah nak jadikan kenangan... Tu la yang selalu kita fikir... Sedangkan yang sebenarnya hadiah tu kekal sampai bila-bila...hurmmm...


Pernah Terfikir Nak Letak Lagu Dalam Blog...

Blossoms by *ohsoexclusive on deviantART

Beberapa hari lepas...bukan! Semalam.

Semalam, dalam program bersama sahabat-sahabat, saya tersentuh dengan alunan lagu yang dikongsikan oleh penceramah. Rasa tenang hati bila sama-sama mengalunkan lagu tersebut. Terus terdetik dalam hati nak berkongsi lagu tu sekali dengan sahabat-sahabat pembaca blog ni. Nak sangat pembaca-pembaca yang datang ke blog ni, bila dengar lagu tu turut sama-sama rasa ketenangan dalam hati. Saya percaya, bila lagu dimainkan, secara automatik para pembaca akan turut sama mengalunkannya. Subhanallah.

Namun saya terhenti.

Blog yang ada lagu, mesti orang tak suka. Terus tekan button pangkah. Ramai yang bising sebab blog-blog yang baru naik, mesti ada lagu. Lagu pulak jenis "terkejut oh mak aiiiii" sampai gugur jantung. Tu alhamdulillah takde sakit jantung, cuma lemah semangat aje. Menyesal terlupa nak mutekan volume. Kalau ada pasang lagu lain kat laptop, bertindih-tindih pulak lagunya. Sebab tu menchikkkkk betul blog ada lagu-lagu nehhh!

Erkkk!

Selalu macam tu la kan? Jangan tipu lah. Ramai je yang tak suka blog ada lagu latar belakang. Siap buat entri bagai kan? Saya pun tak terkecuali. Boleh aje belek entri-entri lama kalo nak tengok bukti.

Tapi, ada sesetengah blog berlagu yang menggagalkan rasa marah dalam hati daripada meluap-luap. Blog berlagu macam mana tu? Cer bukak blog yang pasang lagu-lagu keTuhanan, lagu-lagu yang ada sentimental value, muzik instrumental yang sayu, insya'Allah rasa tenang hati kan? Kalau kita yang sebelum ni rasa geram ngan marah-marah pun tetiba rasa sejuk je hati bila dengar lagu-lagu macam ni.

Alhamdulillah.

Sebenarnya semua orang boleh memilih...yang punya blog dan yang baca blog...


P/S: Masih lagi berfikir-fikir nak letak lagu tu ke tak.


Saturday, November 19, 2011

Kepada Awak Sahaja...

waiting for the perfect moment by ~theprideofenvy on deviantART

Awak...
Awak ingat tak dulu
Tentang dandelion dan sakura
Saya buka balik semuanya
Sebab tiba-tiba saya terkenang

Awak...
Bila saya baca balik semua tu
Macam ada satu rasa dalam hati
Dan saya turut tertanya-tanya
Mungkinkah saya saja yang merasa?

Awak...
Tak mengapalah...
Saya pujuk hati saya
Mungkin hakikatnya memang begitu
Dan saya harus menerima seadanya begitu

Satu hari...
Dandelion perlu terbang sendiri
Pohon sakura juga harus teguh berdiri
Biarpun pelbagai musim berlalu


Cici: Nak Duduk Sini Gak!


Sedang saya mamai dalam ketiduran, dia mengada-ngada dan menggedik-gedik nak duduk sekali dalam selimut bersama-sama bebi froggy jugak... Sungguh comel sekali ini budak!


Anggerik Ungu Ini Untuk Kamu Sis...


Selamat Hari Lahir ke-35,


Semoga dalam lindungan Allah selalu...
Ameen...


Friday, November 18, 2011

Tutup ke Bungkus???

Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.


Situasi 1

Gambar dari SINI

Aisyah: Ahmad, cube teka aku tengah BUNGKUS ape?

Ahmad: Alaaa, nasi lemak.

Aisyah: Aik? Mane ko tau?

Ahmad: Aku nampak nasi terkeluar sikit tu. Lagipun aku tau ko memang jual nasi lemak.

Aisyah: Ok, ok. Cube teka nasi lemak ni banyak ke sikit?

Ahmad: Alaaa lagi senang. Banyak la.

Aisyah: Ha? Camne ko tau ni?

Ahmad: Tengok bentuk dan saiz laa. BUNGKUSan besar, banyak. BUNGKUSan kecik, sikit. Haha kantoi.

Aisyah: Pandainye ko ni.

Ahmad: Bukan aku yang pandai, ko yang tak pandai. Haha.

Aisyah: Ceh. Malas nak tanya.


Situasi 2

Gambar dari SINI

Aisyah: Ahmad, cube teka aku TUTUP ape dengan tudung saji ni?

Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?

Aisyah: Salah.

Ahmad: Telur dadar?

Aisyah: Salah lagi.

Ahmad: Karipap?

Aisyah: Salah jugak.

Ahmad: Fail MQA?

Aisyah: Ish. Lagi la salah.

Ahmad: Abis tu ape? Mane la aku nak tau ape yang ko TUTUP tu.

Aisyah: Nasi lemak laa. Cube teka banyak ke sikit?

Ahmad: Ceh. Mane aku nak tau. Malas la jawab.


Maka pilihlah TUTUP aurat, bukan BUNGKUS aurat... :)


Kredit: Ustaz Zamri.


Gold Medal... Alhamdulillah...


Alhamdulillah...

Tahniah kepada para Dr, programmer dan student yang terlibat dalam projek ni.

So, da habis...boleh la buat benda lain pulak ye~


Thursday, November 17, 2011

Kalau Macam Ni Lah Hidup Saya Nanti...

Time is running out by ~SandracPhotos on deviantART

Bangun subuh, solat, bersiap-siap, sarapan, bukak laptop kalau sempat, gi kampus, buat keje kat kampus (untuk masa ni, internet memang dijauhi sebab takde coverage dalam dewan...so, assume macam buat keje betul-betul tanpa berinternet langsung), makan tengahari, solat, sambung keje lagi sampai petang, solat, balik rumah.

Masak kalo sempat, makan kalo sempat, mandi (kalo sempat konon), solat, mengaji, gi meeting (kalo de meeting), balik meeting, penat, tido.

Esoknya...

Bangun subuh, solat, bersiap-siap, sarapan, bukak laptop kalau sempat, gi kampus, buat keje kat kampus (untuk masa ni, internet memang dijauhi sebab takde coverage dalam dewan...so, assume macam buat keje betul-betul tanpa berinternet langsung), makan tengahari, solat, sambung keje lagi sampai petang, solat, balik rumah.

Masak kalo sempat, makan kalo sempat, mandi (kalo sempat konon), solat, mengaji, gi meeting (kalo de meeting), gi usrah (kalo de usrah), balik meeting, balik usrah, penat, tido.

Begitulah sampai hujung minggu...

Bangun subuh, solat, bersiap-siap, sarapan, bukak laptop kalau sempat, gi program kalo ade program (untuk masa ni, internet memang dijauhi sebab takde masanya nak tengok laptop, laptop pun gerenti tak bawak...so, assume macam berprogram sungguh-sungguh tanpa berinternet langsung kecuali kalo ade coverage, guna la henset), makan tengahari, solat, balik dari program, pengsan.

Malam lak tak tentu lagi tahap kemampuan nak bukak laptop tu.

Perghhhh...kalau macam ni lah kan hidup saya setiap hari, jangan kata sekarang, bila da kerja nanti la kan...agak-agaknya ape la jadi dengan blog ni ye??? Tambah-tambah bila dah berkeluarga dan beranak-pinak. Agak-agak ada tak jam dalam cite Harry Potter tu, yang macam Hermione pakai...bole la guna nak bagi terisi semua benda. Ok, takde.

P/S: Rindu semua...


Entri Bisu... Tapi Tak Lah Bisu Sangat...

INATEX 2011 - Industrial Art and Technology Exhibiton 2011

UTM SMS Parking - Booth 122 - Jemput datang

Programmer kami - Encik Nizam

Judges tengah dengar Dr bagi explanation

Tu la Dr Nadia saya...

Antara projek yang menarik minat...

Salah satu projek unik...bagi saya...

INATEX 2011
16-18 November 2011
10.00 pagi - 5.00 petang
Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai

P/S: Maaf, tak sempat lagi nak balas jejak...

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.