BLOG ENCIK SUAMI

Monday, November 28, 2011

Ada Apa Dengan Bintulu?

Wah wah wahhhh~~~ Tetibe kan nak buat entri cenggini! Sebab ape, tadi nampak entri Cikgu Hakim yang bertajuk Ada apa dengan Melaka? So, saya pun nak jugak lah buat, ada apa dengan tempat tinggal saya nun jauh di Sarawak tu~ Kot ada yang berminat nak datang kan~

Ermmm... Bintulu ni lama-lama dulu orang kenal sebagai perkampungan nelayan aje. Sebab sangat dekat dengan laut. Kampung saya lak, Kampung Baru, Bintulu tu dekat dengan Sungai Kemena. Eh, betul ke? Err... Meh kita tengok peta!


Nampak kan Kampung Baru dalam peta tu? Dekat sangat dengan sungai tu ha... Kalo nak ke seberang sana (Kampung Jepak - dalam gambar tu Sebuan Besar New Village), kena naik bot! Tu aje yang boleh guna! Kalo tak pandai berenang, siap lah! Ok gurau saje...tu dulu-dulu lah. Sekarang ni dah ada jalan darat dah, so kalau nak ke Kampung Jepak tu dah boleh da naik kereta. Kalau sambung lagi peta ni naik atas dari Jalan Tun Razak tu, akan terus ke jalan persisir pantai... :)

Bintulu ni bandar industri. So, kat sini lebih banyak kilang daripada taman tema dan pusat membeli-belah. Hahaha! Kalau nak jalan-jalan ke kilang, sangat dialu-alukan. Wakaka~ Ops, jahatnya saya. Ok, ok. Ada beberapa tempat yang signifikan kalau korang nak datang ke Bintulu. Antaranya adalah Bintulu Promenade, Taman Tumbina, dengan Pantai Tanjung Batu, Bintulu.

Bintulu Promenade Waterfront dengan panjang 120 ekar - Selamat mengetaffkan otot kaki!

Kira macam zoo lah kat Bintulu ni... Nak masuk, kena bayar... Dalam ni ada macam-macam... Err.. Sila datang sendiri kalo nak tengok!

Tanjung Batu, Bintulu... Macam cantik sangat pulak gambar ni. Ahaha~

Tempat-tempat ni ramai yang datang setiap hari, dan semakin ramai kalau hujung-hujung minggu. Selalu kat pantai Tanjung Batu tu la family saya jalan-jalan bila semua balik ke rumah. Selain tu, kat Bintulu ni ada Taman Negara Similajau. Kat taman negara ni, terkenal dengan pantai emas dia. Orang Bintulu kata, Golden Beach. Hahaha~ Bila saya search gambar kat Google, macam menarik pulak eks Taman Negara Similajau ni. Ada chalet, ada jambatan gantung...erk! Ok, nampak sangat saya tak pernah masuk teroka lebih jauh daripada depan pejabat Taman Negara Similajau aje... =.= Meh la datang sini, teman saya masuk!

Jambatan gantung ni nak ke mana agaknya...

Aha..dulu kecik-kecik ada program ape ntah kat sini, area-area ni je la saya pernah jejak... Hahaha~

Ada jugak rumah panjang yang banyak kat sini, tapi kawasan yang pedalaman sikit lah. Kot nak menjenguk tengok budaya diorang, boleh juga runding-runding dengan kawan-kawan yang da biasa buat lawatan. Selain tu, Bintulu ada Pasar Malam, Pasar Tamu Bintulu, dengan PUB...eh! PUB ni Pasar Utama Bintulu, okeh! (Walaupun memang banyak pub pun kat sini). Kalo dari segi keraian dan perayaan pulak, Bintulu ade Festival Layang-layang dengan Bintulu Regatta. Regatta ni lawan boat rowing. Pernah gi masa kecik-kecik, meriah jugak dengan abang-abang hensem dan taf yang mengayuh sampan~ kayuh, kayuh, kayuh! Alamak, rindu pulak masa kecik-kecik dulu. =.=

Dari segi makanan, Bintulu terkenal dengan belacan Bintulu. Lagi satu, makanan tradisional masyarakat Melanau kat sini, linut atau ambuyat. Yang dibuat daripada tepung sagu. Selalunya, yang membancuh ambuyat ni, mak saya. Dia takkan bagi orang lain buat, takut tak jadi! Hahaha~ Kami selalunya makan linut ni dengan family besar. Maksudnya dengan family pak ngah dan mak usu sekali. Kadang-kadang masa kerja kenduri pun kami buat jugak. Tapi selalunya kalau saya balik rumah sekejap, mak mesti akan buat jugak sikit untuk kami-kami aje makan. ^_^

Kak Hasue pun ada buat... Makan dengan sambal asam limau dengan pucuk ubi, perghhh! Mabeles!!!

Tempat-tempat makan tu banyak. Seribu Bintang yang dekat aje dengan rumah saya pun popular jugak. Tapi nape saya tak pernah makan kat situ ek? Hahaha! Teruknya... =.= (kan boleh masak sendiri, buat apa nak gi makan kat kedai!)

Ermmm...so, da nampak kan, Bintulu ni simple aje. Tak banyak sangat tempat yang boleh dilawati. Kalau yang suka aktiviti lasak, boleh la ke Bintulu. Dekat jugak dengan Gua Niah dan Taman Negara Mulu kat Miri. Eh, tu dah masuk Miri lah! Okbai!

P/S: Gambar sume curik kat Google!

34 comments:

アヌムちゃん said...

bile la nk smp bintulu..huuuu

ijA said...

ada lagi..upm bintulu..ahahaha...adik kita kat upm sana..

xsempat nak g lagi bintulu..

kuku tok belagak said...

laju tol orang komen!!! arghhhh =))
baru nak wat kak sunah terharu hahahahaha =))

seyes cantek :D
kak sunah belacan bintulu tu lain dari yg ada kat semenanjung ke?

mas saari said...

wah! menarik ni..
boleh jadi destinasi pelancongan untuk tahun 2012 ni!

sunah jadi pemandu pelancong ye..heheheee

Rozuan Ismail said...

macam seronok lahp pulak pergi bintulu.

Iffah Afeefah said...

Takmo la dtg bntulu cmni
xbest xbest wakakaka

errr gambo laut tu lawa

lieynanilaz said...

dah sampai bintulu...pusing2 tengok kawasan industri dan makanan pun best gak...

El-Janna said...

amboi macam best je. teringin nak bercuti la^^

Cik Bunny said...

jangankn cakap tak penah pegi, memang sejak lahir lagi CB dok Bin2lu XD
p/s: x penah gi similajau (malunye..... =.=* )

JIJI YU said...

aku tak pernah tau pon camne bintulu

ZaiRi-MiZa said...

salam adik sunah..ambuyat tu akak selalu tgk org mkn dlm tv..nnt share lah resipe ye..teringin akak

Raisya Haris said...

Kat Semporna(tempat adik) pun ada sambutan Regatta juga.

Syafiq Ahadin said...

Hoho! Dulu saya tanya akak asal mana, Borneo. Ari ni baru tau, asal sarawak! Hehehehhehee! :)

Nanti saya pon nak wat pasal daerah saya lah. Ada apa dengan Ranau. :) Ranau, Sabah. Nantikan! Malu~~

qasehraihan said...

bkn takat bintulu..
sarawak pun belum pernah smpai lg ni..
teringin sgt nak g..
kalau sunag tlg jd pemandu pelancongnyer buleh x???

Rosmawati Yusof said...

Mudah2an, satu hari akan sampai ke Tanah Bumi Kenyalang...

FasiHaH SupiaN said...

bila lah nak pi sana ...

kura said...

teringin nk terbang le sini. kak jadi pemandu pelancong boleh? heheh

Eera Shera said...

nampak menarik..bila la nak sampai seberang tanah sane

Saiazuan said...

lama x mai blog ni, nmpk perubahn pada headernya :D

Gen2Merah said...

ooo, rupanya cikgu ni orang Bintulu ye... sebuah tempat yang wajib utk d lawati

Rozita a.Halim said...

ambuyat! sedap kannn. tp roro takyah g bintulu..dpt mkn free at putrajaya tau hihi. agk poyo d situ.

noraim said...

menarik jgk bintulu neh tp bilalah blh sampai sana :(

kiera'sakura said...

saya nmpk rumah akak dlm map tue!!! hahahaha :p

teringin nk mkn ambuyat tue..

Kalamhati said...

salam adikku!huhu..
baru dpt mengonlinekan diri..

blum pernah sampai ke bintulu lg..teringin nak ke sana..one day!

Tentang Kita said...

penah smpai ke kuching ajer...tu pun sbb keje...klu x, pasti x rasa jejak kt sana

Oh Oeya said...

Nak menabunglah.. gi Bintulu ;-)

maszull said...

assalamualaikum sunah...sunah berasal dr sana ker...bestkn teringat masa2 manis di kg halaman...:)

aDisH.sHidA said...

mcm besssssssst je..bila la agak nyer akak nak sampai ke sana erk

Niena Pengembara Ilahi said...

best2... bwk akak ke sana bleh? :)

Anonymous said...

rindu kamek ngan bintulu. bila la dapat pergi sinun gik.

aDisH.sHidA said...

banyak tempat menarik ye..boleh la pegi nanti

Cik Eka said...

tak penah pi sarawak lagi. Bulan 6 taun depan inshaAllah pegi Sabah je. Nanti nak pegi sarawak la plak. hehehehe

are-need said...

Hasben kak anid pun offer ni nk bwk jln bintulu kalo nk g kenduri Sunah. Die kan keje kat sana setahun. Offer tiket murah tu sampai bila ye?

Nur Amalina said...

sng x dpt mknan halal kt bintulu..sbb next month sy perlu ke sana..

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.