BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, November 22, 2011

Antara Fakhri dan Indonesia


Walaupun saya rasa dia main dengan agak pelik malam tadi, tapi... Ye lah, alhamdulillah Malaysia da menang kan. So, tak perlu la kita nak mengutuk-ngutuk dia lagi. Cukup-cukup la tu. Setiap orang mesti akan buat silap kan? Dan dari kesilapan tu kita belajar untuk jadi lebih baik. Macam Fakhri, dia main dengan kurang baik malam tadi, tapi dari situlah dia boleh perbaiki mutu permainan dia kan? Itupun lepas jenuh kena cemuh dan caci oleh rakyat Malaysia sendiri... Hurmmm...

Tapi malam tadi memang penuh TL twitter dengan twit-twit yang err...bunyinya tidak lain tidak bukan adalah kutukan-kutukan terhadap pemain dan penyokong Indonesia. Mungkin orang akan cakap, "Biasalah...benda tu tindakan refleks! Automatik keluar dari mulut sebab bengang! Eh, dari jejari runcing yang menaip..." Namun bukankah lebih baik kalo kita kurangkan menambah dosa, tetapi melebihkan pahala dengan berdoa dan memberi semangat untuk pasukan Malaysia?

Dan sebesar-besar pahala yang Allah akan bagi adalah kepada yang mampu mengawal rasa marah kan?

Memang kena istighfar banyak-banyak kalo nak baca TL sepanjang perlawanan malam tadi. Huhuhu... Apepun, saya suka status salah sorang rakan di Facebook...


Renung-renungkan~ dan selamat beramal~~~


ENTRI NI CAMBEST AJEEE... JEMPUT LA BACA~


21 comments:

mas saari said...

bagi akak semuanya bermain mati-matian dan sehabis baik, jadi tak perlulah kutuk2 ni... kalau kita yang berada di padang tu, taulah nasib kita camne kan?

Solihin Zubir said...

nk kritik cara dia main tu tak salah.. tp jgnla smpai mencarut dan memaki hamun..

ini smpai mempermain nama dia apa hal.. lgsg xdak kaitan dgn bola..

Iffah Afeefah said...

Jgn nmpk slh org je

KinosKoko said...

dia da main sungguh2 tu..ntah pape la yg asik nk ngutuk je keje..suh duk atas padang ganti fakri tu nanti, kompom x sanggup blari2 ats pdg sejam lebih

Ainie Maydie said...

maklumlah sekarang cyber bullying semakin berleluase..bila sorang tak suka someone sume nak ngikot

al_hakim said...

fuhhhh~ dipromot blogger peymes lah..

MerLe said...

tade sape tak terlepas dr wat silap...normal la tu... kita manusia bljr dr kesilapan...

Gen2Merah said...

ya.... yang lalu biarlah berlalu. janji kemenangan itu milik kita bersama... tahniah Malaysian kerana bersatu bersama....

SoLy SoLicious said...

semua nk salahkan fakri yedop..

Rozuan Ismail said...

hari semalam mungkin fakhri nye turn.nasib kita belum pasti lagi.jangan asyik nak cari salah orang

Eera Shera said...

kesian fakri..udah2 ler tu..dah menang dah pon..

アヌムちゃん said...

mmg byk status2 yg mengutuk fakri tu smlm..tensen pulak membacanya.isk2

sergeant keroro said...

dia dah mintak maaf pon dah cukup la tu

Syahir Ramli said...

prestasi tu ade psang surutnye..x boleh la nk slhkn 100% pd player..papepon emas milik kita! majikan brjye klhkn org gaji..

Niena Pengembara Ilahi said...

betul, kesian dia... lgipun mlm tu jelas sgt muka dia dh penat. tau nk mengutuk je kn....




erm... biar org kecilkan hati kita, xpe... Allah itu Maha Adil...

Ainul Hayat said...

setuju dgn komen kak mas.

Cik Bambam said...

dia pon kesal ngan permainan dia.. kita nie dah lar x turun main.. lagi nk mengutuk org ada lar eh.. hadoi~

Cik Pulau said...

diorang main sungguh2..
kita kat luar memang senang la cakap..
diorang dah lembik..
kita kat luar duk sumpah seranah.. haihhh..

kiera'sakura said...

hurm betol kak

aizamia3 said...

cukup-cukuplah.. jangan terlebih mengutuk.. kalau Tuhan nak balas cepat atau lambat je.. masa ni masa dia.. akan datang tak tahu macam mana..

fRaMe+LenSeS said...

;) betul jugak tu. dia mungkin main tak berapa cantik, tapi leh improve. ;)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.