BLOG ENCIK SUAMI

Friday, November 11, 2011

Daddy, Daddy... Kenapa?

With the Cherry Blossoms 2 by ~piczeels on deviantART

Lokasi: Texas

Satu petang di taman bunga, sorang budak perempuan Muslim berumur lapan tahun yang bukanlah kali pertama keluar bersiar-siar, bertanya kepada ibunya.

Anak: Ma, kenapa perempuan tu tak pakai tudung macam kita? Baju pun ketattttnyeeewww. Lepas tu peha dia nampakkkk. Eiiiii, malunya kite tengok!

Ibu: Sebab dia bukan Muslim sayang...

***

Lokasi: New Zealand

Satu pagi di taman permainan, sorang budak lelaki Muslim berumur tujuh tahun yang bukanlah kali pertama keluar bermain di taman, bertanya kepada ibunya.

Anak: Ibu, kenapa lelaki tu boleh aje pakai seluar pendeknyeeeewwww nampak segala kepala lutut, tapi kalo kite nak pakai jalan-jalan kat luar, ayah marah? Lelaki tu lagi besar dari kite!

Ibu: Sebab dia bukan Muslim sayang...

***

Lokasi: Hong Kong

Satu malam di atas jambatan, seorang budak perempuan Muslim berumur empat tahun yang kali pertama keluar malam, bertanya kepada ayahnya.

Anak: Daddy, wei sen me... Eh! Daddy, kenapa pakcik tu macam terhuyung-hayang semacam orang yang mabuk dalam cite kat TV hari tu aje. Bukan ke daddy kata tak boleh minum arak?

Ayah: Sebab dia bukan Muslim sayang...

***

Lokasi: Kepulauan Melayu

Satu hari di mana-mana di sekitar kamu, seorang budak perempuan Muslim berumur enam tahun dengan seorang budak lelaki Muslim berumur lima tahun yang dah banyak kali keluar melihat dunia, bertanya kepada ibu dan bapanya.

Anak P: Mak, kenapa dia tak pakai tudung? Baju pun ketatnyeewwww. Adik jangan tengok tau! Nanti adik dapat dosa!

Anak L: Ha'ah la. Tertengok sekali aje, takpe kan? Yang lelaki tu pakai suar pendek nampak lutut lak tu. Ish, malu lagi, lagi dan lagi. Akak jangan tengok tau! Berdosa jugak!

Ibu: Sebab diorang.....abang, tolong explain.

Ayah: Ermmm...hurmmm...err...kita balik rumah nanti ayah cite, ok?

***

Ada bezanya antara seorang Muslim dengan bukan Muslim...dan ada bezanya kerumitan antara mendidik anak dalam suasana yang sudah sedia Muslim dengan suasana yang bukan Muslim...


17 comments:

putERi-kAtEk said...

errrrr.............

Selendang Merah said...

hmmmmm...sm nak kata pun x taw lah..remaja kita sekrg dh mula kebaratan sgt.

Iffah Afeefah said...

Yu buat ai tpkir

Anum said...

ermmmmmmmmmm

mas saari said...

ibu bapa yang kena pandai mendidik!

sergeant keroro said...

errrrr

BLADE EDGE said...

kalo kita selaku yg islam ni pun ada yg x amalkan ajaran agama, mcmana la agaknya nk explain pd generasi muda? xkan nk kata diorg tu bukan muslim sedangkan ajaran islam tu dah jelas..

El-Janna said...

bila kita ajr yg betul.. tp anak2 nmpk yg xbetul.. sshnye..

Niena Pengembara Ilahi said...

kt negara kte ni ramai Islam.. tpi xmengamalkan ajaran Islam, kt negara luar mereka yg beragama Islam 'lebih' memahami Islam.sbb kte ni bnyak Islam keturunan

aimie amalina said...

mentaliti masyarakat di kepulauan melayu yg tidak sejajar dgn garisan haluan islam tu sndiri membuat mende cam ni selalu jadi...

nak didik budak2 mmg dari didikan rumah =]

Hanis MY said...

betul tu ssh sgt nak explain huhu...

maszull said...

assalamualaikum sunah....alamak susahnya nak explain perkara2 mcm tu kat anak2...

Woofer Storm said...

mendalam entry ini..ibu bapa pun tak tahu nak kata apa dah..

musi said...

salam,
kalau orang kite pakai selua pendek dan kepala bolen baju sendat nampaknya setaraf depa satu geng satu kroni sekapai sebantai tu kan . . . yeaaah!

JIJI YU said...

aku dah lama dah pikir..keadaan sekeliling+kita....

ramai antara kita ygn jadi mngsa keadaan

Solihin Zubir said...

so, kawan2.. jgnlah rumitkan ibu bapa yg nk didik anak dgn perilaku kita yg menyerupai non-muslim tu..

nauzubillah..

whatevergirl said...

deep..~

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.