BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, November 27, 2011

Hidup Ini Dalam Tangan DIA

Life is in Allah's hand ~gambar dari link dalam gambar

Hujan lagi.

Kat luar nun. Hujung-hujung tahun macam ni, mesti hujan kan. Dah namanya musim tengkujuh da datang. So, aktiviti-aktiviti dekat dengan air terpaksa dikurangkan. Mana yang nak ke pantai, ke sungai, ke laut - kena la berhati-hati sikit, sebab air cepat naik bila musim-musim macam ni.

Bila time hujung tahun macam ni, mesti aktiviti pakcik-pakcik nelayan pun turut terkesan. Ye lah, musim air naik sangat berbahaya untuk turun ke laut. Dalam berita pun, pemberita akan siap bagi amaran bahaya kepada bot-bot kecil. Tapi kalau terdesak jugak nak cari rezeki halal untuk keluarga, terpaksa jugak diorang bersabung nyawa.

Dengan berpegang pada kata-kata...

Ajal dan maut itu dalam tangan Allah

Ya, hidup kita sepenuhnya dalam susunan Allah. Ajal, maut, jodoh, kerjaya, akademik, dunia dan akhirat kita, semuanya dalam tangan Allah. Telah tertulis di Loh Mahfuz segalanya yang akan berlaku pada kita sekarang dan pada masa akan datang. Orang kata, takdir Allah menentukan segalanya.

Takdir Allah bila-bila pun nyawa kita akan diambil semula, tak kira la atas bot ke, tengah-tengah laut ke, dalam sungai ke...yang duk kat rumah saja pun, kalau Allah nak, Dia akan cabut nyawa kita time tu jugak. Cumanya...

CUMANYA!

Allah bagi kita pilihan untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga bagi menjauhkan diri kita dari bahaya yang boleh meragut nyawa. Sama macam orang sakit, Allah nak kita berusaha untuk sembuh, kan? Dalam hidup kita pun ada begitu banyak pilihan. Siapa yang tentukan? Kita sendiri! Orang lain hanya mampu melihat dan memberi pandangan, tapi kita lah yang akan mencorakkannya macam mana.

Jadi, gunakan akal kurniaan Allah tu untuk pilih mana yang terbaik dalam hidup kita!


15 comments:

Iffah Afeefah said...

hurm lau idup d tgn manusia
punahla manusia

Syafiq Ahadin said...

camne kalau akal letak kat lutut? hehe!

JIJI YU said...

mmg nyawa tu milik allah..tapi body kit atu pinjaman..takkan nak hamntor dlm keadaan tak tentu arah

noraim said...

setuju! kalau Dia nak tarik nafas sekarang kita xmampu nak halang. lakukn ibadah sebaiknya

Citarasa Rinduan said...

salam maal hijrah buat sunnah.,

dik, kak sentiasa mendoakan y terbaik buat kamu,.,

FasiHaH SupiaN said...

live well or live hell, u choose...Hlovate

laskar pelangi said...

kat bangi ni pun hujan jer. nak ngadap buku terus terbantut..sedap tido bila hujan hujan ni..hehehe =D


ajal maut ditanganNYA. bersyukurlah kita diberi nikmat untuk merasa kehidupan didunia =)

ieyza afieyna said...

pergi mane2 sentiase ingt ALLAH..sebab ajal maut kite xtau bile kn..hurm..

maszull said...

assalamualaikum sunah...betul tu ajal maut semuanya ditangan Allah moga kita dpt melakukn perkara yg baik dimuka bumi ini dan ketika nyawa masih dibadan....:)

kura said...

baiklahhh :)

farhan said...

perkongsian entry yg berguna..kita yg membuat pilihan sendiri dan tanggung akibatnya..pilihlah jalan yg benar yg disuruh dlm agama islam

Cik Pulau said...

betol.. ajal,maut, jodoh, pertemuan semuanya di tangan Tuhan.

Tapi kalau air sungai besar dan deras, sy memang tak seberang.. rela duduk terperuk kat pulau ni..
errr..

lieynanilaz said...

berhati-hatilah semasa musim tengkujuh ni!!...

mas saari said...

pandai-pandailah kita buat pilihan yang terbaik...

Niena Pengembara Ilahi said...

yup.. erm akak pn sntiasa on call skng,cuti dibekukan sbb standby utk bencana alam.... apa yg berlaku itu takdirnye... tp kta diberi akal utk berikhtiar,guna akal fikiran sebaik mgkin

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.