BLOG ENCIK SUAMI

Friday, November 25, 2011

Ohhh, Mahasiswa! Nak Join Parti Politik Yang Mana Nanti?

Keratan akhbar yang sebelum-sebelum ni - gambar dari SINI

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu diambil bagi menghormati hak berpolitik seseorang mahasiswa tetapi mereka dilarang keras membawa politik kepartian ke dalam kampus.

“Kerajaan percaya kepada kematangan serta kebijaksanaan mahasiswa dan demi menghormati hak mereka yang rata-rata mencapai umur age of majority (21 tahun) kita akan meminda Seksyen 15 AUKU,” katanya.

Beliau berkata demikian secara serentak semasa membentangkan usul bagi pembatalan Proklamasi Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat hari ini.

Akta tersebut sebelum ini menjadi topik perbincangan hangat kerana sesetengah pihak mendesak agar AUKU dihapuskan manakala sebahagian lagi mempertahan kepentingan akta tersebut. Baca lagi di SINI.

*****

So, bila Seksyen 15 AUKU dah dipinda nanti, maksudnya mahasiswa dah bebas untuk menyertai mana-mana parti politik kan? Mungkin ada yang gembira, dan mungkin ada yang kurang setuju dengan benda ni. Ye la, mesti ada ibu bapa yang tak suka anak-anak mereka sibuk berpolitik masa masih belajar. Nak anak-anak fokus pada study mungkin. Takut-takut bila da berpolitik, pelajaran terabai.

Tapi saya percaya, kalau anak-anak boleh bahagikan masa dengan baik antara semua keutamaan sebagai seorang mahasiswa dan rakyat Malaysia sekaligus, insya'Allah semua benda jadi boleh. Allah tu kan Yang Memudahkan segalanya untuk hambaNya? Cuma anak-anak tu lah nanti yang kena bijak dalam menguruskan masa masing-masing kalau benar-benar nak terlibat dengan politik.


P/S: Nak dekat dengan pilihanraya ni baru nak pinda-pinda... Mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas kan boleh mengundi kannnnnn... Eh, da daftar belum?


17 comments:

Syafiq Ahadin said...

baru 18 tahun!!! tak cukup syarat.

mas saari said...

akak tak minat sangat bab politik ni, tapi mengundi tetap mengundi..

Razil Tahir said...

hm.. blom cukup umur la...
plus, saya nak kena fulfill requirement... kena carik patient..
So berparti2 nie mungkin akan menyusahkan prosess tersebut..
Kalau pergi parti tupperware ke.. boleh la.. haha XD

Solihin Zubir said...

nnt mgkin umur mengundi dipinda ke umur 18tahun ke atas plak.. heheh..

smngt anak2 muda!

zaMir said...

tak mampu lagi saya nak register...mampu tgk result pilihan raya je...selalu berjaga smpai kul 3 pagi..tgk result..hahaha

Anum said...

yg cukup umur sahaja

Munnafendy said...

mesti la da daftar...tak sabar nk tunggu PRU ni =)

hakima said...

kita si anak muda::

- cukup 18 tahun je, wajib daftar mengundi..dan setiap kali pilihanraya umum, kita wajib mengundi..

- ya, walau kita masing-masing sibuk dengan urusan kita (pengajian, kerjaya, keluarga etc),, namun mengambil tahu urusan politik itu sangat penting.. sekurang-kurangnya untuk memahami dan menilai sesuatu isu.. ;)

- jangan mudah memandang buruk apa-apa yg berlaku.. dengar dan teliti dari pelbagai sudut, jgn mudah mendengar dari satu pihak..

ok, take care <3

abu idris said...

arrayah.info - Tanggungjawab Berdakwah, Pelajar Perlu Masuk Parti Politik Islam

abu idris said...

arrayah.info - Tanggungjawab Berdakwah, Pelajar Perlu Masuk Parti Politik Islam

Tea said...

Jadi menteri muda.. Cantik dan emsemm kelllaaaassss makkk..

kura said...

sy mahasiswa yg tak suka politik. heheh

Iffah Afeefah said...

errrr

ijA said...

dah daftar daa

Kumbang Jingga said...

aku dh umur 27 tapi tak penah ngundi..aishhh hehehe..daftar pun tak pernah..setiap kali pilihan raya ada je hal dtg hehe..azam tahun baru nk kumpul duit byk2..mata duitan hehe

FasiHaH SupiaN said...

AUKU..tapi kalau yg tertakluk dgn scholar ni ada juga tak boleh sertai mana2 parti...so..?

maszull said...

assalamualaikum sunah....jadilah seorg warganegara yg bertanggungjawab pada negara....:)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.