BLOG ENCIK SUAMI

Monday, November 28, 2011

Saya Bulan Julai... Siapa Lagi Bulan Julai?

Delicate by ~Ferice on deviantART

Hari tu ada borak-borak dengan Atok Gebu, tentang rahsia bulan kelahiran ikut kajian Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Dah pernah carik gak sebelum-sebelum ni, dah pernah baca jugak. Cuma, saja nak kongsi kat sini yang saya punya bulan kelahiran pulak! Meh baca meh!

JULAI
  • Sangat suka didampingi.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja.

Wooo...hampirrrrrrrrrrrr semuanya betul! Erk! Kecuali part "mudah gemuk kalau tak kawal diet." Uiks, ye ke camtu? Ok lepas ni takmo kawal diet dah. Lalala~ Tapi siyesly, memang kebanyakan point kat atas tu menggambarkan diri saya. Kamu-kamu yang kenal rapat dengan saya tu, setuju tak???

Oh, kalau nak tengok yang kamu-kamu punya lak, boleh ke SANA eks~


P/S: Ini hanyalah kajian daripada Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Mungkin ada yang betul, dan ada yang salah, bergantung kepada kajian Dato' ke atas sejumlah responden. Jangan amek bulat-bulat dan terus percaya dengan segala benda kat atas ni~ Sebab Qada' dan Qadar itu tetap hak Allah... Wallahua'lam.


17 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... Reply to comment

mudah gemuk tu bahaya..kena hati2 pas umur 30 nnt

diana said... Reply to comment

mudah gemuk tapi mudah kurus ok la..
tak jadi masalah..:p

Syafiq Ahadin said... Reply to comment

high metabolism kak sunah ni. hehe! saya september!

Iffah Afeefah said... Reply to comment

Ye hampir betul
ade beberapa y slh ai rase

rosmina samin said... Reply to comment

Alamak saya Januari ler.. ;)

mas saari said... Reply to comment

nak try jugaklah..

JIJI YU said... Reply to comment

adik aku julai

gadis melayu said... Reply to comment

Mudah dan rajin belajar?? erkkk.. heeee~

FasiHaH SupiaN said... Reply to comment

mudah gemuk laaa sgt angah ni

Cik Pulau said... Reply to comment

errr.. ni yang dr.fadhilah kan..
memang hampir semua betol..
dann...
yang gemuk tu pun betol jugakk....
seyesssss...
huwaaaaa..

Faaein Talip Roy said... Reply to comment

betul..betul.. boleh dikatakan hampir semua sama dengan saya juga.. ^^,

tapi bab gemuk tu je tak..

tak amalkan diet.. makan banyak je.. tapi tak gemuk2 pun.. huhuhu..

sunah berapa haribulan?

saya 1 Julai.. [^^,]

Suhaili Sarif said... Reply to comment

dia bulan julai
baru akk paham die =)

dan tang gemmm tu btul sket..hihi

Cik Lia Lomi said... Reply to comment

Lia bulan june..heeee

Solihin Zubir said... Reply to comment

ermmm.. apa hukumnya eh kalau kita percaya ramalan dan tilikan mcm ni? adakah sma mcm percaya zodiak?

Oh Oeya said... Reply to comment

Oh! Samalah kita ;-)

Tang "mudah gemuk.." betul juga utk ku huk! huk!

maszull said... Reply to comment

assalamualaikum sunah...bulan 7 ni mmg betul la rahsianya sbb hubby mama pun lahir pd bln 7 gak...

Niena Pengembara Ilahi said... Reply to comment

akak oktober :D

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (58) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (9) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (51) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.