Friday, November 11, 2011

Saya Rindu Mereka...

Final Year Gift - SET Gala Nite

Pagi ni bukak Facebook macam selalu.

Tiba-tiba teringat kawan-kawan masa degree. Bukak group coursemate. Tengok profile diorang satu persatu. Nak tengok macam mana rupa diorang sekarang. Ada yang makin jelita, ada yang makin comel, ada yang stay macam dulu-dulu jugak *yang perempuan saje, ok*, ada yang da berdua bersatu, ada yang bakal berdua tak lama lagi, ada yang mungkin da nak bertiga...ekeke.

Rindu.

Ya, saya rindu sangat pada kawan-kawan masa degree dulu. 4 tahun bersama, sejak dari tahun pertama sampai tahun keempat, ada yang duduk sebilik, ada yang duduk seblok, ada yang duduk sekolej, yang pasti semuanya sekampus. Yang paling ingat mestilah orang yang pernah jadi housemate, lepas tu yang sama-sama join program kolej.

Saya ingat lagi. Tahun pertama tu lah kami semua sangat rapat. Kalau gi kelas, mesti nak sama-sama. Dah satu hostel tu, satu aras tu ada lapan orang, kalo sorang lambat, yang lain pun lambat sekali. Sebab nak tunggu yang sorang tu. Kadang-kadang ada jugak yang pergi dulu sebab da tak sanggup nak tunggu dan dicop sebagai orang yang selalu datang lewat ke kelas. Hahaha~

Tahun kedua. Macam dah mula ada jarak sikit. Sebab ada yang da mula aktif dengan program kolej. Yang sama-sama aktif ni masih lagi rapat macam dulu-dulu. Sebab ke sana sini, sama-sama aje. Pindah blok hostel pun, pindah sama-sama. So, kalo nak gi makan, still jugak dengan kawan-kawan satu kelas yang sama-sama join program kolej.

Tahun ketiga. Semua makin bersepah. Ye lah, susah nak stay kat kolej tu kalo tak aktif dengan program kolej. Semua kolej pun macam tu kot. Tapi ada jugak yang still duk sama-sama kat situ. So, walopun blok da lain-lain, tapi still sebelah-sebelah jugak, masih boleh nak pi kelas sama-sama. Cuma, masa bersama tu da makin kurang sebab masing-masing da semakin sibuk dengan rancangan projek tahun akhir.

Tahun keempat. Semua dah ikot haluan masing-masing. Ada geng satu kepala, lagi seronok. Tak kisahlah kalau kawan-kawan tu da tak sekelas. Yang penting boleh masuk. Kawan sekelas pulak? Masih lagi kawan, tapi tak macam tahun satu dulu dah. Cuma tinggal beberapa kerat yang masih rapat. Kalo berjumpa, kadang-kadang diam seribu bahasa. Rasa kekok tak tahu nak cakap ape. Sangat pelik.

Ok, itu mungkin berlaku pada saya (yang kononnya begitu sibuk ini) sahaja... =.=

Walopun macam-macam dah berlaku sepanjang empat tahun tu, semua pun still keep in touch dan update status masing-masing kat FB. Dan hari ni, bila tengok balik gambar-gambar lama masa degree dulu, tengok gambar-gambar kengkawan yang terkini, rasa rindu tu sangat membuak-buak.

Bila agaknya boleh jumpa semua dan hang out macam dulu-dulu... T_T

19 comments:
Write Comments
  1. zaman blaja mmg saat yang paling indah...betoll...hehe

    ReplyDelete
  2. huwaaaaaaaaaa
    akak niii
    buat saya rindu SEP 2007/2011 jugak

    huk3
    besh nye
    sy x penah lagi ase sebest ini..huuuu


    tetibe teringat akak sunah, ape tu, s/u dokumentasi kan..hehehe.. lupe dah name biro tu..hahhaaha

    ReplyDelete
  3. haaa
    baru ingat, BDI
    biro dokumentasi dan informasi..heeee =]

    ReplyDelete
  4. akak pun rindu kawan2 masa belajar dulu... lagilah dah 9 tahun tinggal!

    ReplyDelete
  5. kawan matrix tak rindu ke? rindula jugak T.T

    ReplyDelete
  6. benda ni dan pengalaman dgn mereka ni yng syok bercerita bila jmpa..=)

    pengalaman dgn mereka ni juga yg syok kongsi dgn anak nanti

    ReplyDelete
  7. ehem.. saya di tahun kedua.. Alhamdulillah makin rapat ngan coursemate lebih rapat drp tahun 1 haritu... :)

    ReplyDelete
  8. bestkn zaman belajar..zul dh sem 5 tak lama lagi abis mesti rindu kat diowg semua..dh lah susah senang semua bersama..banyak kenangan manis.

    ReplyDelete
  9. smua itu akn trjalin kmbali apabila semua dh kawen n ada ank..hehe..bla hdup dh stabil..

    ReplyDelete
  10. betul2
    zaman study zaman yang indah

    ReplyDelete
  11. Rindu jugak
    walaupon degree xbis lg

    erk pjg entry hari ni

    ReplyDelete
  12. Tahun kedua tiga empat dh ade bf tu yg kawan jd kurang...

    ReplyDelete
  13. kenangan masa buat degree dan master mmg cukup best! Bila lah nk tension lag macam masa2 study dulu...hhee

    ReplyDelete
  14. mesti pc pun jadi cam akak ble dah habis degree nanti..uwaa..nak2 yang hosmet, sebab susah senang survive kat luar sama2..;(

    ReplyDelete
  15. hurmmm..sama lar.. rindu pulak dgn rumet2 yg smua dah berkahwin.. =.='

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum sunah...kenangan terindah itu akan tetap kekal abadi di memori kita selama2nya dan ianya x akan mudah untuk kita melupakannya...:)

    ReplyDelete
  17. Emmm,kite pulak da rindu kat kwn2 sekolah dulu

    Rindu kat blog dan blogger sekali

    2 bulan da xupdate
    Tgk balik,xtw mne nak mule

    ReplyDelete

DISCLAIMER:

All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of this blog will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions are subject to change at anytime with or without notice.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com