BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, November 3, 2011

Seksualiti Merdeka Hanya Sesi Luahan Rasa, Bukan Promosi

http://www.seksualitimerdeka.org/

Mereka kata mahu merdeka
Mahu kebebasan untuk bersuara
Bukan promosi semata-mata
Tapi sesi luahan rasa
Benarkah seperti yang dikata
Kalau sudah kecoh 1 Malaysia?

Dalam saat-saat Pak Najib tengah mengejar haji mabrur bersama isteri tercinta, Datin Rosmah, tiba-tiba la pulak 1 Malaysia ni dikejutkan dengan isu Seksualiti Merdeka yang berlangsung dari 1 sampai 13 November 2011. Saya pun dengar pagi tadi kat IKIM. Terkejut. Oh, rupanya sebelum-sebelum ni da pernah buat beberapa kali. Macam mana boleh lepas lagi festival ni kali ni???

Bila baca co-founder dia (Pang Khee Teik) punya statement kat theSundaily, diorang bukan nak promote homoseksualiti ni kat rakyat Malaysia, tapi sekadar nak buat luahan perasaan dan jadikan festival ni sebagai medium untuk berkongsi rasa sesama diorang. Dengan tu, nanti 1 Malaysia boleh sama-sama menilai dari sudut pandang diorang pulak. Kan selama ni diorang asyik kene hentam aje-aje, tak berpeluang langsung nak pertahankan diri, asyik-asyik kene kondem, bla bla bla...

Heyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy! Ape kejadahnye nak nilai-nilai lagi? Dah terang nyata lagi bersuluh hubungan sesama jenis tu HARAMMMMMMMMM. Bahkan semua agama pun memang tak bagi penganut dia buat benda terlarang macam tu. Sedangkan kaum Nabi Luth dulu pun da dapat balasan dari Allah atas perilaku mereka yang homoseksual tu. Nak tunggu Malaysia pulak dilanda tsunami?


Antara komen-komen diorang ni tentang Seksualiti Merdeka.

"We are aware that a lot of people in this country are unable to accept the fact of homosexuality or transsexuality due to misconception and ignorance, and this time we want to address it and talk about it." - Pang Khee Teik

"I don’t know why they (organisers) are doing this, maybe there is a political motive, but this (festival) is inappropriate." - Muhyiddin Yassin

"If those of different faiths feel there is nothing wrong with that in their religion, that is up to them. But such open campaigns aimed at promoting sin must be rejected." - Dr. MAZA

"Kalaupun seseorang tidak beragama sekalipun, akal yang masih dimiliki tidak mungkin membenarkan manusia melakukan apa sahaja di atas tiket kebebasan." - Nasruddin Hassan

Mungkin kat dunia ni kamu rasa merdeka, tapi kat sana nanti kita pun tak tahu apa yang akan datang untuk kita semua. Saya sokong sangat-sangat cadangan Dr. MAZA supaya daripada buat festival yang takde faedahnye ni, baik buat bengkel psikologi untuk sedarkan golongan lesbian, gay, biseksual dengan transeksual ni. Tapi tapi tapi...kalo buat yang tu, diorang-diorang yang datang festival ni nak pi ke bengkel tu? Hurmmm...apepun, moga Allah bagi hidayah kat diorang ni untuk kembali kepada fitrah.


He said, "we are not trying to make people unhappy, we just want to be happy"...

My lecturer said, "you will enjoy it, but it won't make you happy..."

and she was talking about research...(tapi boleh aje kan guna kat sini?)


16 comments:

Ujie said...

benda2 gini..membuatkan hati bertambah ngeri.
apakah azab yg bakal Allah turunkan buat kita?

kerajaan kena sekat terus..maybe kena bekerjasama dgn ketua fahaman lain-kristian, buddha, hindu. bior mereka ajar penganut mereka.

Ahmad Haziq Azlan said...

i straight ok....

mas saari said...

manusia sekarang semakin jahiliah daripada manusia zaman dulu...

moga mereka diberi hidayah ke jalan yang benar!

Tea said...

Bagai isu seorang lelaki yang bangga menyatakan ke'gay'annya.. Kasihan ibu bapa mereka...

hyazz said...

memang terkejut beruk jugak pagi tadi...ada ke nak buat festival cam tu...heremm je deme ni...memang tak setuju langsung

ezanoor said...

betul kata lecturer tu, "you will enjoy it, but it won't make you happy..."

benda kalau dosa, mungkin memang best nak buat tapi belum tentu bahagia di dunia, apetah lagi di akhirat...

semoga semuanya dapat hidayah dan bertaubat... aminn

Iffah Afeefah said...

Merepek

Solihin Zubir said...

ntah.. drp dok buat sesi luah prasaan sesama gay n lesbo tu, baik buat sesi kaunseling..

sgt geli dgn gay... eurghhhh..

FasiHaH SupiaN said...

Sy bru ingat mlm ni hbs kls nk wt research pasal event ni...angah da buat da...tq2

syarifahsidrus said...

subhanallah...

dunia dah akhir zaman,benda macam ni pun orang nak buat

Isteri Encek Bard said...

malaysia semankin mengarut.... aduhaii aktviti tak berfaedah begini sangat tak perlu ada..

JIJI YU said...

makin merepek dah ni..haisy..aku kena bersuara jgk ni

cik pulau said...

jangan sampai kita dilaknak sama macam kaum2 terdahulu..
macam orang takdak agama..

AlongUsop said...

lepas ni penjenayah pulak buat demonstrasi hak bekerjaya..

kan?.. haa

Faaein Talip Roy said...

boleh je guna quote tu.. ada kaitan.. ^^,

satu isu yang sangat menjelikkan.. memang dunia semakin penghujungnya..

~CiK TiNieY~ said...

memang dah lama mereka buat himpunan sebegini sejak ada orang melayu buat pengakuan dia gay dalam youtube..kalau tak silap akak,page dalam fb pun ada...

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.