BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, December 31, 2011

Entri Terakhir...

Tahun ini juga, dia menjadi penyeri hidup...

Mungkinkah?

Mungkin juga...ini entri terakhir untuk tahun 2011. Atau mungkin juga tak, kalau-kalau nanti tiba-tiba ada idea untuk buat entri baru pulak.

Hari ni hari terakhir dalam tahun 2011. Banyak sangat benda yang berlaku dalam tahun ni. Rasa macam sangat sekejap, semua tu dah pun berlalu dan terpahat dalam memori. Macam Pak Cik Mat Gebu jugak, tahun 2010 tu agak pahit buat diri ni, dan alhamdulillah tahun 2011 membuka lembaran baru dalam hidup saya. Dan tahun ni juga saya dapat ramai kawan baru dalam dunia blog.

Mungkin... Bagi mereka yang tak berkecimpung sangat dengan dunia blog, mereka akan pandang pelik dan jelik dengan apa yang saya buat. Biarlah... Saya dah penat sangat nak layan semua tu. Betul, memang banyak ragam manusia yang saya kenal kat sini, tak kisah la mereka blogger atau bukan blogger. Semua tu mengajar saya erti persahabatan, erti perjuangan, erti kasih sayang, dan segalanya dalam erti hidup.

Saya bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan sepanjang tahun ni. Biarpun pada hari-hari terakhir ni, ada sedikit nikmat sihat yang Allah tarik, namun selayaknya kita bersyukur kerana ada orang lain yang diuji dengan lebih hebat lagi dari kita. Dan tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia, kan?

Terima kasih kepada semua yang terus membaca blog tak seberapa ni. Saya tau, tak banyak yang saya beri pada semua. Tak banyak sangat manfaat yang boleh diambil dari sini. Maafkan saya atas segala salah dan silap dalam tahun ni, mungkin ada yang terasa hati dengan tulisan saya. Maaf sekali lagi.

Esok hari baru... Moga semuanya menjadi lebih baik dan lebih bermakna, insya'Allah.


Friday, December 30, 2011

PreciousWords For My Jumaat #1 : Solat Jumaat




Wednesday, December 28, 2011

Kenapa Awak Cintakan Saya?

why do you love me by ~OVNI44 on deviantART

Cinta...

Kenapa kita menyintai? Apa yang menyebabkan kita cinta pada seseorang? Apa yang ada pada orang yang kita cintai hingga kita jatuh cinta?

Sayang...

Kenapa kita menyayangi? Apa yang menyebabkan kita sayang pada seseorang? Apa yang ada pada orang yang kita sayangi hinggi kita jatuh sayang?

Kadang-kadang soalan ini ditanya kepada kita oleh insan-insan tersayang di sekeliling kita. Dan kadang-kadang kita juga mahukan jawapan kepada soalan-soalan ini daripada orang-orang yang mengasihi kita.

"Awak, saya nak awak kawan dengan saya!"

"Kenapa?"

"Sebab saya tahu awak akan jatuh cinta pada saya!"

Cukup sampai situ. Tiada soalan kenapa dia akan jatuh cinta. Dan tiada jawapan kepada kenapa dia akan jatuh cinta. Pernahkah ada satu detik di mana kamu tertanya-tanya, kenapa kamu menyayangi insan-insan di sekeliling kamu dan kamu tidak ketemu jawapan kepada soalan itu? Bersungguh-sungguh kamu mencari jawapan kepada soalan yang bermain-main dalam fikiran kamu, bimbang nanti bila ditanya, kamu tidak punya jawapan yang tepat.

Namun, kosong...

Tiada.

Masih juga tiada kata yang benar-benar boleh menjawab persoalan di kotak fikir.

Cukuplah bertanya kepada diri.

Kerana kadang-kadang, cinta tidak memerlukan sebab...


Tuesday, December 27, 2011

Jangan Masuk Banyak Sangat Group di Facebook!


Gulppp~

Baru tau pasal ni tadi.

Rupa-rupanya kita tak boleh join terlalu banyak sangat group kat Facebook. Ada limit dia rupanya. Tapi tak tau la berapa limit yang Mark tetapkan. Entah da berapa banyak group yang user ni join sampai nak approve pun takleh dah ni.

So kalau kamu-kamu yang tengah baca ni rasa diri tu dah terjoin banyak sangat group, hati-hati la eks~ Kang kena limit pulokkk~


P/S: Terfikir-fikir cane lah diorang yang join banyak sangat group ni gi jenguk semua group yang diorang da join tu?


Yang Putus Bersambung Kembali

Patah tumbuh hilang berganti. Erk!

Yang ni terputus, sebab patah. Patah dua je. *Tak sampai seribu lagi ni Sha.. :p*

Urmmm. Bila da terputus, rasa sedih sangat. Ye lah, ada banyak kenangan. Pestime kot. Miss J mungkin nampak muka kelat saya bila da putus tu. Huhuhu. Terpaksa cari lain sebagai pengganti.

Hari ni terkenang lagi. Gi la belek-belek. Masa belek-belek tu, fikir-fikir sekali, macam mana nak bagi sambung balik. Takmo la cari lain. Then tiba-tiba moncol dalam kepala otak ni kalo ada benda bulat cam cincin tu mesti leh sambung. Ehhh!

Alhamdulillah, tetiba nampak ring keychain Sarawak Borneo tu. So, try la sambungkan semula tali beg laptop yang dapat masa conference kat Kota Kinabalu hari tu. Tali je putus, yang belah lain masih elok lagi. Meh nak kongsi cane eks~ Mana la tau ada yang tali beg dia terputus jugak, tapi sayang dan takmo beli baru~~~


Mula-mula, masukkan ring keychain tu ke dalam bahagian tali yang lekat dengan beg. Kalo nak letak ring je, takmo keychain tu ade, buang la keychainnye. Tapi saya biarkan je. Hahaha~


Lepas tu, masukkan bahagian tali yang satu lagi (bahagian bawah) ke dalam ring keychain macam dalam gambar tu.


Untuk pastikan tali tu tak terkeluar balik, pin dengan kerongsang berbentuk S untuk Sakura, hahaha~ Ala... Bentuk lain pun boleh~~~ Bunga ke, hati ke, kuceng ke~~~ Kalau nak letak badge button Eqbalzack tu pun boleh gak kannnn!!! Besar la tapi! :p


Haaa... Tu konon-konon Reremy tengah ajar Bebi Froggy cara-cara nak sambung tali beg yang terputus. Dah siap, jadi la macam dalam gambar tu. Nampak kan, sebelah sana punya tali beg masih ok lagi. Kalo putus gak nanti nak buat sebelah lagi. Hahaha!


*Sila jangan gelak, okehhh! Saya tak mampu nak patahkan hati untuk beli baru~ Lalala~*


Monday, December 26, 2011

Update Ikut Mood

Monday Morning by *fhrankee on deviantART

Monday morning.

Ya, hari ni hari Isnin. Dan hari ni cuti. Tapi saya tak mencutikan diri saya. Sekarang ade kat lab. Mungkin sampai lewat malam.

Hurmmm...

Mood berblog da semakin menipis. Beberapa hari lepas ade dapat email dari admin yang jual domain blog ni dulu. Rupanya da hampir setahun blog ni berdomain. Bila tengok tarikh domain ni dibeli, terkejot lak. Bukan kebetulan, tapi takdir Allah kan tarikh tu sama. Bila tarikh tu tiba nanti, insya'Allah saya buat entri ye. :)

Pernah saya baca kat blog rakan blogger, selalunya bila da setahun, mood blogging tu gerenti akan berkurang sangat-sangat. Kecuali pada orang yang betul-betul komited dengan blog dia. Adehhh. Saya ni da tak komited la ye...? Huhuhu. Serius da semakin takde rasa sangat da dengan blog.

Takpelah, lepas ni mungkin saya hanya akan update bila saya nak update je, insya'Allah. Nak update setiap hari pun macam dah tak boleh sangat dah. Maafkan saya.

Update ikut mood, blogwalking ikut mood gak... Boleh kan?


Saturday, December 24, 2011

Dia Pun Tahu Online Juga~~~


Suka saya baca status adik Hilal yang satu ni.

Terutamanya ayat yang last tu. Sweet sangat ayat tu! ^_^

Memang betul ape yang adik Hilal tulis. Bukan setakat kat Facebook, malah kat semua laman sosial dalam dunia maya ni. Blog, Twitter, Google+, Youtube, semuanyaaaa~ Walau kejahatan atau kebaikan sebesar zarah pun yang kita buat kat sini, Dia tetap kira dan rekodkan dalam buku amalan kita.

Tapi kita selalu lupa, sering saja kita terlepas pandang dengan benda-benda macam ni. Sekejap kita ingat, kita istighfar dan berazam tak buat lagi. Sesaat syaitan membisikkan kata, kita jadi alpa dan mengulang semula buat benda yang tak patut kita buat sebagai hamba.

Mungkin pada kita, benda tu tak membawa apa-apa. Kita tak sedar, kadang-kadang kata-kata yang kita luahkan dalam Facebook, Twitter, blog dan lain-lain tu rupa-rupanya jadi titik pertama yang menimbulkan niat dalam hati orang lain untuk buat Allah murka. Siapa sangka sebaris ayat yang kita taip sambil lewa dan saja-saja rupanya digunakan orang lain sebagai alasan untuk buat jahat. Naudzubillah.

Bukan setakat status, malah apa-apa sahaja yang kita share kat Facebook tu pun kena fikir banyak kali sebelum kita kongsikan. Bimbang nanti dah lah kita berdosa share benda maksiat, orang lain yang 'Like', komen, tengok, dan join share sekali pun jadi berdosa sebab kita. Sama la kes macam wanita Islam yang tak tutup aurat, sudah lah berdosa tak tutup aurat, buat orang lain pula berdosa sebab tengok aurat dia. Naudzubillah.

Hakikatnya manusia memang selalu lupa dan sangat sukar sekali mengambil pengajaran. Manusia memang perlu selalu diingatkan. Sampai bila-bila pun. Beruntunglah orang-orang yang mendekati orang berilmu, kerana dari ilmunya kita dapat manfaat serta peringatan. Alhamdulillah...

Sama-sama muhasabah, ok?


Friday, December 23, 2011

Kakakecik Da Jadi Kakabesar

Ehem...ehemmmmmmmmmmmm... *ni batuk betul-betul ni...bukan buat-buat tau! =.=*

Hari ni kan, ada seorang kakak yang dulunye kecik, da jadi besar.

Sebab ape dia membesar dengan tiba-tiba?

Tak la tiba-tiba sangat ponnn~

Memang da dirancang sejak azali lagi pada tarikh hari ni, dia akan membesar lebih dari selalu. So, apa pun yang berlaku pada tarikh hari ni, dia kena redha dengan hakikat tu.

Sebab hari ni hari lahir dia yang ke -tutttt-tutttt- *eh, kenapa censored ni??? kacau betul lah!!!*

Tak pe lah... Yang penting, saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Kakakecik Shida sayang~

Moga sisa umur di dunia dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya sebagai seorang hamba Allah... Ameen...


Lagi satu, moga cepat-cepat kahwin~ Ameen... *ramai-ramai ameenkan okehhh!*


Thursday, December 22, 2011

Cici: Mok ke Ting?


Cici baru je dapat suntikan hari tu. Untuk cegah bunting selama 6 bulan. Tapi doktor kata, kalo dalam perot Cici da ade benih dari Belang, maka tak dapat nak buat ape la. Spay doktor tak kasi. Memang tak boleh da kot no. Just boleh cegah aje. Takot dia beranak banyak nanti, tak terjaga. Housemate ni sume pun bizi memanjang. Kesian lak kang anak-anak dia tak terjaga. Kami mampu jaga mak dia aje.

Doktor bagi ubat untuk bulu Cici gak. Bulu dia macam banyak gugur akhir-akhir ni. Nkoo nape Cici? Takkan la stress kot? Hahaha~ Mungkin sebab kami tak mampu nak tahan kesian bila dia merengek-rengek mintak ikan goreng. Maka bila dia makan ikan goreng yang berminyak tu, gugurlah (eh, macam Gugurl lak) segala bulu-bulu dia. So, sekarang ni Cici makan ubat dua kali sehari. Jenuh nak paksa dia bukak mulut. Ggrrr.

Tapi akhir-akhir ni Cici macam menggemok lak. Ke nkoo sebenarnya membunting ni Cici? Baek ko terus-terang!!!

Suka panggil dia Cicimokkkk! Kalo bunting jadi Ciciting la ek? Erk! Hahaha~


Spontan Nak Publish #16

Gambar dari SINI


Tak Spontan Sangat #15

Gambar dari link dalam gambar


"..dan aku mengharapkan dirimu bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."


Thanks *IFI* untuk kata-kata yang indah ni... :)


Wednesday, December 21, 2011

Kenapa Saya Tak Pernah Tahu Duit Kertas RM20 Pernah Ada?

Model-model duit kertas

Teruknya saya.

Serius saya tak tahu pun duit kertas RM20 pernah ada masa zaman dulu-dulu. Dan saya tak pasti sama ada saya tak tahu atau tak ingat langsung yang duit ni pernah ada. Yang saya tahu, duit kertas RM2 je yang pernah ada dulu tapi sekarang dah tak ada.

Saya tahu pun sebab tadi baca entri Norfa dengan entri Penulis Senja. Tentang wang ringgit Malaysia siri baru yang akan diedarkan pada bulan Julai tahun depan. Dalam entri-entri tu baru lah saya nampak duit kertas RM20 yang kaler kuning keemasan tu.

Tapi serius... Saya tak ingat langsung. Sampai tanya kat adik kampus yang duk sebelah saya ni, pernah ke ada duit kertas RM20???

Dia kata ada.

Sah lah saya ni ketinggalan.

Ke duit tu tak pernah sampai Bintulu???

Err...

UPDATE: Terima kasih kepada Libriati yang bagi link duit RM20 lama ni. Ok, ingat sudah. Memang duit kertas RM20 sangat-sangat rare digunakan masa zaman dulu-dulu. Sebab tu la tak ingat kan, tambah-tambah bila tak pernah dapat sampul duit raya berisi duit kertas RM20. Hahaha~ :p


Saya Tak Reti Nak Buat Feed Bergambar

Ada blogger yang inbox saya di FB.

Nak tau cara untuk buat feed bergambar macam blog saya yang lagi satu, Selera Sakura. Kalau nampak kat situ, feed Pak Cik Mat dengan Kak Ummi Zaihadi adalah feed bergambar. Feed macam ni sangat sesuai digunakan di blog masakan atau blog fotografi. Kalau nak guna kat blog biasa pun boleh juga. Kelebihan dia berbanding feed biasa, lebih jimat ruang so lebih banyak entri boleh masuk kat feed tu.

Contoh feed bergambar dari blog Selera Sakura

Sebenarnya, mula-mula dulu Kak Ummi Zaihadi yang tanya saya, macam mana cara nak buat feed macam ni. Masa tu, saya memang tak tahu. Kak Ummi tunjukkan satu blog masakan yang guna feed macam ni. Dia nak buat yang macam tu jugak. Then saya cuba explore dari link Bloggerplugins.org pada widget tu. Alhamdulillah lepas godek-godek gadget yang ada pada Blogger.com, terjumpa jugak gadget ni. Then try test banyak kali, dapat la hasil dia.

Meh sini nak ajar cara buat dia...

1. Add a gadget kat Design > Page Elements

2. Pilih option 'Featured'


3. Pilih option Recent Posts dari Bloggerplugins.org (biasanya yang bawah sekali)


4. Lepas tu, ubah option yang ada pada gadget tersebut ikut kesesuaian pada blog kamu.


1 - Tajuk feed kamu
2 - Tinggi feed tu nanti, kalau lebih dari satu baris, maka bertambah la tinggi feed tu
3 - Ni kalau just nak letak feed blog sendiri, biar je My Blog, tapi kalau nak dari blog lain, pilih The Blogger Blog Below
4 - Kalau pilih blog lain, isi url blog lain tu kat sini
5 - Ikut kesesuaian saiz template blog kamu, nak letak berapa banyak recent posts
6 - Yang ni, kalau setakat nak gambar yang keluar, 0 kan aje
7 - Snippet style ni pilih Thumbnail kalau nak gambar je keluar
8 - Lepas tu, pilih Any Thumbnail
9 - Ni saiz Thumbnail kamu nanti, ikut kesesuaian saiz template jugak

9 perkara ni je yang penting. Selebihnya tu abaikan je. Kalau taknak ade link Bloggerpluginns.org, pilih "No :(" pada Show Powered by Link. Lepas tu Save configuration kamu.

Cuba tengok hasil dia. Kalau tak puas hati, ubah lagi mana yang perlu. Kamu kena gigih berusaha nak bagi dia nampak elok. Selamat mencuba ye~ ^_^


Tuesday, December 20, 2011

Lintas Langsung Dari Stesen Muhasabah

Morning by ~robinschouten on deviantART

Bila sakit
Orang selalu rasa susah hati
Rasa tak selesa
Rimas dan takde mood
Tambah-tambah kalau sakit berpakej
Terutamanya kalau melibatkan selesema
Batuk, sakit tekak, dan demam
Lengkap satu geng

Orang kata sekarang ni musim
Sebab cuaca tak menentu
Kadang-kadang hujan
Kadang-kadang panas
Tak boleh nak jangka
Maka badan kita pun takleh nak terima
Terkejut dengan cuaca

Tapi jangan lupa
Jangan kuat sangat mengeluh
Sebab sakit tu kan penghapus dosa
Allah bagi kita peluang
Singgah sekejap kat stesen muhasabah
Jadi bila sakit kita kena sabar
Kena ingat Allah banyak-banyak

Bukanlah nak kata masa sakit je baru ingat Allah
Setiap masa pun kita kena ingat Allah
Cuma masa sakit la kita sangat lemah
Dan pada kelemahan tu lah kita sangat perlu akan Allah
Memang Dia jadikan kita hamba yang lemah
Supaya kita hanya meletakkan pergantungan kita pada Dia
Bukan pada doktor, pada ubat-ubatan mahupun bomoh-bomoh

Kerana yang menyembuhkan kita tu Allah
Tanpa izin Dia
Walau kita makan ubat ikut masa pun
Walau kita pergi klinik mahal bayar berjuta pun
Walau kita jumpa doktor paling pakar pun
Kalau kita tak mengharap pada Dia
Semua tu macam habuk aje
Kalau bukan berhabuk sekarang
Mungkin dalam jangka masa panjang

Jadi
Kalau sakit
Jangan lupa Allah...


P/S: Nasihat pada diri yang sedang menunggu di stesen muhasabah


Monday, December 19, 2011

Aha... Betul Lah Tu...

Gambar dari yang tertulis dalam gambar tu


Sudah, Sudah! Cukup-cukuplah Tu!

Morning pearls by =Dr4kon on deviantART

Ok, dah dah!

Hishh. Kang sume tanya diorang blogger jenis ape, jenuh jugak nak belek blog satu-satu. Hahaha~

Banyak lagi kan jenis blogger kat alam maya ni. Bila da publish entri semalam tu, terkeluar lagi jenis-jenis lain dalam kepala ni. Ye la, blogger anime, blogger hero kanak-kanak, blogger sayang haiwan, blogger fotogedik, blogger sesedap rasa, blogger kera sumbang pun ada jugak kan. Tu kalau tambah lagi banyak-banyak, ade jugak lebih 50 tu kang. Hahaha~

Hari ni hari Isnin, hujan rahmat kat Skudai ni. Sejuk-sejuk macam ni tentu sekali sangat sedap untuk masuk semula ke dalam selimut walaupun dah mandi. Hahaha~ Tapi tapi tapi... Ada kerja yang perlu disiapkan sebelum tiba hari Khamis minggu ni pulak~ Maka, kena la rajinkan diri untuk meneroka netbook ciput ini. Huhuhu.

Selamat bersarapan semuanya, selamat berpuasa kepada yang berpuasa sunat hari ni, selamat bekerja kepada yang bekerja, dan selamat menimba ilmu kepada yang ada kuliah hari ni. ^_^


Sunday, December 18, 2011

15 + 2 Jenis Blogger Kajian Sunah Sakura!

Got Cats?? by ~GOVENORPHATT on deviantART

Selama memerhati dunia blog ni, saya berjaya mengesan beberapa jenis blogger. Jom tengok jenis-jenis yang saya berjaya kategorikan. Ni ikut kategori saya la eks~ Kalo ada kategori lain yang korang nak tambah, silakan lah buat kajian lain. :p

1. Blogger popular

Blogger ni jenis yang kalau tak update pun orang still masuk baca blog dia. Tak kisah la da lama mana dia tak update, berbulan-bulan pun bolehhh. Bila dia tak update jugak, orang duk desak-desak dia update sebab rindu nak baca entri baru. Lepas tu orang-orang yang takde blog pun duk sebut nama dia jugak. Maksudnya segenap lapisan masyarakat la suka baca blog dia kan? Eh, macam Zack Zuhairi aje kan?

2. Blogger retis

Blogger ni jenis yang muka dia terpampang dalam majalah-majalah, lepas tu keluar TV dan keluar radio jugak. Kalau bukan muka dia keluar, blog dia keluar. Blog dia mesti la ramai orang baca sebab tu sampai boleh keluar majalah, keluar TV, keluar radio kan. Kalau up entri je terus beratus-ratus online dan beratus-ratus komen. Perghhh! Macam Hanis Zalikha kan?

3. Blogger mesra peminat

Blogger ni jenis yang layan semua peminat-peminat dia sama rata. Sangat peramah di blog, Facebook dan Twitter. Walaupun kadang-kadang tak update, dia akan pastikan Facebook dia berupdate dengan status. Bila dia up status je, terus berpuluh-puluh orang Like. Semua komen dia berusaha untuk balas. So semua peminat dia senang hati dengan dia. Bagus kan? Eh, macam Ady Budika ajeee...

4. Blogger jiwang

Blogger ni entri-entri dia semua jiwang aje. Puitis semacam. Puisi pun banyak. Lepas tu kalau update status kat Facebook atau Twitter, semua cintan cintun aje. Macam dah ada banyak pengalaman bercinta. Nak nak yang dah kahwin, lagi la banyak dia boleh kongsi kan? Macam Angah Jiwa-jiwa tu~

5. Blogger tau semua

Blogger ni entri-entri dia isu semasa. Semua fakta dari seluruh pelosok dunia ada dalam blog dia. Online visitors beratus-ratus jugak sebab ramai duk cari berita. Da macam berita online pun ade jugak. Macam Borak Kosong tu lerr~

6. Blogger suka memasak

Blogger ni entri-entri dia pasal masakan aje. Ala Mat Gebu. Dah. Malas nak taip panjang-panjang.

7. Blogger da'ie

Da'ie tu maksud dia pendakwah. Blogger yang entri-entri dia berunsur Islamik, banyak menyeru pembaca untuk berbuat amalan baik dan meninggalkan benda-benda tak baik. Nak tengok contoh, pi google Dr. Cinta~

8. Blogger cecerpen-nenovel

Blogger ni entri dia banyak cerpen-cerpen, cerita-cerita, ada novelog jugak kadang-kadang. Kalau yang rajin lebih sikit tu, dah ada novel sendiri dah. Tapi kadang-kadang selit jugak lah dengan entri-entri lain. Takde la cecerpen memanjang~ Kalo gi blog diorang ni, kat sidebar tu boleh nampak dah koleksi-koleksi cerpen dan novelog dia. Eh, macam Iffah Afeefah kan?

9. Blogger politik

Blogger ni entri-entri dia semua bab politik. BN, UMNO, MIC, MCA, PAS, PKR, DAP, BEBAS semua masuk. Kadang-kadang ada yang belah BN, kadang-kadang belah PR. Masing-masing kutuk masing-masing. Kita baca pun rasa bahang-bahang nak PRU 13 aje. Macam Milo Suam kot~

10. Blogger vlog

Blogger ni entri-entri dia banyak video aje. Dia malas taip. Tapi rajin rakam video. Macam-macam isu dia bawak dalam video tu. Macam Anwar Hadi. Mat Luthfi tu kira blogger ke? Kalau kira, maka saya pindahkan nama dia untuk gantikan nama Anwar Hadi. #Eh!

11. Blogger kartunis

Blogger ni entri-entri dia banyak lukis-lukis kartun. Banyak doodle. Banyak lukisan kanak-kanak darjah 1. #Eh! Hahaha~ Pendek kata, dia bawak isi dan point melalui kartun-kartun dia. Macam wordless wednesday lak kannnn? Kalau nak tengok yang blogger kartunis ni cer taip Zunar Kartunis. Pen'doodle' lak, banyak tu kat luar sana~~~

12. Blogger Dr.

Blogger ni entri-entri dia nampak berkarisma, nampak ilmiah, nampak professional. Nak nak kalau dia memang ada pangkat Dr. Lagi lahhh ilmiah entri dia. Kalau tengok About Me punya kotak tu, nampak lah diorang ni penuntut-penuntut atau pensyarah universiti. Entri pun kadang-kadang cite pasal penyelidikan diorang. Ha!! Macam Eqbal Zack kannn!

13. Blogger dah terpesong

Alamak, blogger ni jenis yang da mula bosan dengan blog. Da mula kering idea. Mula-mula dulu je dia aktif berblog, update entri berpuluh-puluh. Lama-lama dia jadi malas nak update, duk borak-borak kat Facebook aje memanjang. Duk monolog-monolog kat Twitter sambil retweet-twit-twit-twit-twit. Mungkin ke'syok'an berborak dan bertwit telah menyebabkan dia lupa yang dia ada blog. #Eh! Tengokkkk~ Tu da terpengaruh dengan Twitter la tu, duk main #hashtag kat entri blog pulak dah! >_<

14. Blogger kanak-kanak Ribena

Blogger ni entri-entri dia macam kanak-kanak, comel gituuu. Bahasa pun kiut semacam. Yang konon-konon kiut pun ade gak. Entah, kalau masuk blog dia, automatik intonasi bacaan tu bertukarrrrr macam bunyi kanak-kanak. Eh, Puteri Katek jangan terasa tau!!!

15. Blogger $$$

Blogger ni dia berblog sebab nak duit. Berusaha dengan macam-macam cara nak dapatkan duit melalui blog. Tak kira lah dari Nuffnang ke, Innity ke, Advertlets ke mahupun iklan persendirian. Dia berusaha untuk maintain trafik blog dia sebab ada iklan yang begitu berharga kat blog dia. Kalau dia tak update kang, tak amanah pulak kan! Macam... (sila isi tempat kosong)

16. Blogger suka hentam

Blogger ni ade jugak??? Adeeee... Entri dia asyik mengutuk orang aje kerjanya. Semua benda dia tak puas hati. Ini tak kena, itu tak kena. Asyik kritik memanjang. Alternatif takde lak dia bagi. Lepas tu kalau ade yang sekepala dengan dia, komen-komen kat entri dia, semua duk join mengutuk sekali. Hurmmm...macam, macam, macam...

17. Blogger tak kisah

Blogger jenis yang biaq pi la depa~ Malas nak masuk campur. Kau jaga kain kau, aku jaga kain aku. Jaga baik-baik keyhhh, takut ada orang selak nanti! Whooopppssss!


Hahaha~ Sebenarnya banyak lagi jenis yang lain. Tapi tak larat da nak fikir. Ni pun sekitar blogger yang saya kenal la, yang kurang kenal sangat tu, kot-kot ade yang leh masuk dalam mana-mana list kat atas, masukkan la sendiri eks~ Saya letak satu nama je yang nampak dominan. Ada banyak lagi nama-nama lain sebenarnya yang boleh masuk list kat atas ni. Mana-mana yang tersenarai tu, jangan kecik hati kalo gurau lebih-lebih kat atas ni. Amponnn maaf dipinta~ Ekeke~

Apepun matlamat kamu berblog, pandai-pandai la bawak diri ye~ Ape yang kita tulis kat sini, kat akhirat kelak akan dinilai oleh Allah... Semua... SEMUANYA, tak akan terlepas dari nilaian Allah. :)


Friday, December 16, 2011

Eh, Ustazah! : Curi Gitar Haram... Curi Hati Takpe...

Curi gitar haram... Curi hati takpe... ~picture by Linda Amin

Hari ni ustazah jalan-jalan kat ruang maya. Tetiba ternampak satu video yang kawan post kat Facebook. Tapi tak klik lagi. Tengok sekali lalu aje. Bila belek-belek sidebar, nampak pulak post dari Jejaka Terhangat.

Jejaka Terhangat: Ini baru la sembang rakyat yang sebenar. Oley..!!!

Ustazah: Oley??? Nape asyik oley memanjang diorang ni?

Ustazah cakap sorang-sorang je. Dalam hati lah tapi. Kalau cakap kuat-kuat nanti orang cakap tak betul pulak. Erk! So, ustazah pun klik la tajuk entri Jejaka Terhangat tu.

Jejaka Terhangat: Alops geng. Pekabare? Just nak tanya korang je. Dah tengok ke video Oley? Oley yek, bukan Olay facial white tu. Ahaks.

Ustazah: Tak tengok lagi... (sekali lagi diulang, dalam hati je)

Jejaka Terhangat: Ambik la masa beberapa minit untuk tengok. Tak rugi pon. Sebab memang berilmu. Short film cast by ustaz-ustaz yang bertauliah, Bob Lokman...

Ustazah scroll bawah tengok komen. Eh, Mat Luthfi pun ade??? Terkejot ustazah. So, ustazah pun play video kat bawah ni. Meh play sama-sama.



Ustazah: Ooo... (sambil sengih sorang-sorang)

Linda: Nape sengih, ustazah?

Ustazah: Eh, terkejut ustazah. Ade orang rupanya. Ni ha... Mat Luthfi kata, curi hati tak kena hukum hudud.

Linda: Erk???

Ustazah: Sila tekan butang play~

Linda: Err... Baeklah!

Penerangan yang baik tentang hukum hudud. Mana yang masih kurang jelas, boleh dapatkan kefahaman lebih melalui video di atas, insya'Allah. Satu usaha yang baik~ Terima kasih pelakon-pelakon~ :)


Jom Pilihhhhhhhhh !!! Tapi Tengok Aje Laaa...











Semua gambar dapat dari SINI


Thursday, December 15, 2011

Antara Blog, Facebook, dan Bahasa Melayu

Keratan akhbar 4 November 2009, klik untuk besarkan ~gambar dari SINI

Masa makan-makan tadi...

Bukak topik tentang laman sosial bersama-sama para supervisor dan geng-geng lab. Best jugak dapat borak benda-benda gini dengan diorang. Jadi isu menarik pulak kat meja makan.

Bermula dengan bab blogging sebab supervisor tanya pasal resepi kat blog dan pasal roti. Then bila cakap pasal blog, co-supervisor pun kongsi jugak pasal kata-kata Ustaz Zaharuddin tentang dunia maya. Tentang status-status FB, entri-entri blog, kata-kata kat twitter.

Macam biasalah, isu menulis tentang orang lain, bukak aib orang dan perihal blog bila bloggernya dah meninggal nanti, benda ni memang tak boleh tak, kena gitau jugak. Geng lab cakap, kena wariskan blog tu, buat wasiat sebelum meninggal. Bila da meninggal, boleh la waris tolong apa yang patut.

Persoalannya, kena tunggu meninggal ke?

Then bila masuk bab Facebook, benda yang dibincang bertambah-tambah menarik bila co-supervisor yang balik dari Jepun beberapa minggu lepas berkongsi pengalaman dia kat sana. Kat sana dia ada kawan dari Malaysia jugak. Bila berjumpa, mesti la berborak panjang kannnnnn. Dalam berborak-borak tu, tetiba ada prof kat sana tegur.

"Both of you are Malaysians, why do you speak English?"

Pelepukkkk satu tumbukan padu ke muka masing-masing. Ya, dua-dua dari negara yang sama, tapi kenapa tak cakap Melayu? Then, kalau kita tengok senario orang akademik atau golongan bisnes di meja mesyuarat zaman sekarang ni, semua Melayu, tapi perbualan mesti nak dalam English jugak. Kadang-kadang kat Facebook pun, status nak bahasa Inggeris.

Tak, bukan lah tak boleh guna English. Kadang-kadang campur juga jadi Manglish. Tapi mana budaya yang kita bangga-banggakan tu? Kita macam lebih memartabatkan budaya asing berbanding budaya negara sendiri. Supervisor bagi pandangan, mungkin sebab Jepun tak pernah dijajah, so diorang takde rasa rendah diri dengan budaya diorang. Kita Malaysia ni, pernah dijajah sampai budaya kita tu dipandang lebih rendah dari budaya penjajah. Sampaikan bahasa Inggeris lebih dipandang tinggi dari bahasa Melayu. Sape tak tau cakap English, orang sekarang pandang macam kuman je.

Tapi kita dijajah dulu je kan? Sekarang kita da merdeka. Atau adakah kita hanya merdeka dalam buku sejarah sekolah semata-mata? Realitinya, budaya dan jati diri kita, mungkin masih lagi dijajah. Kadang-kadang sampai malu bila berbahasa Melayu di dalam mesyuarat yang kesemua ahli mesyuarat orang Melayunya berbahasa Inggeris.

Tulis panjang-panjang ni pun, mungkin ada yang tersedar, tapi still kita tak boleh nak buat apa sangat pun. Nyatanya, zaman ni, kat negara kita, semua nak English. Global language katanyeeeee kannnnn. Sedangkan pengkaji budaya kat luar tengok Malaysia (baca: rakyat Malaysia) adalah antara negara yang paling lemah (baca: teruk) dari segi menjaga jati diri bangsanya.

Ni ada yang kata saya bawak semangat ketuanan Melayu ni kang.

Eh, ada kaitan ke???


P/S: Saya rasa entri ni tak bersifat racist. Ini tentang bahasa budaya bangsa.


Wednesday, December 14, 2011

Dia Berjanji... Dan Dia Tidak Pernah Mungkir Janji...

mahmood ahmadinejad by ~shiapics on deviantART

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahkuKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."

[an-Nur: 55]


-kerana dia adalah antara pemimpin Islam yang ditakuti oleh Amerika...bukan kerana dia seorang Syiah-


Culture Shock Bila Masuk U???

Terkejotttt ~gambar dari SINI

Mesti ramai yang baru masuk U ni dah lama habis mid sem test kan?

Amacam result? Ok tak? Yang anak-anak diorang baru masuk U tu, ade tanya anak-anak result cane? Yang adik-adik diorang baru masuk U tu pulak, ade follow up adik-adik kat U macam mana?

Macam mana intonasi suara diorang? Gembira? Happy go lucky? Atau lemah gemalai patah seribu?

Yang gembira tu mesti sebab result gempak kan? So nanti senang la nak score untuk final exam pulak. Kepada yang result gempak ni keep up your good work, ok? Yang suara macam hati patah seribu tu pulak, faham-fahamlah. Result tak macam yang diorang nak. Tercorner lebih-lebih sangat dari sasaran.

Mungkin ada sebilangan yang dapat result tak berapa nak ok tu, itu lahhh buat kali pertama dalam hidup dia dapat result gitu. Dulu sebelum masuk U, dia lah yang top kat sekolah, dia lah yang selalu score masa kat matrix. Kalau tak score pun, boleh tahan lahhhh jugak resultnya. Sangat-sangat selesa dengan keadaan tu.

Tapi bila habis mid sem test, rasa terkejut beruk sampai terduduk. Terpana tengok result yang tak pernah-pernah diorang dapat sebelum ni. Kecewa dan sedih tu dah tentu lah kan. Hati apatah lagi, remuk redam patah sejuta.

Buat adik-adik yang masih freshie ni, jangan sedih-sedih dengan result tu, ok? Yup, memang result tu akan affect kamu punye final result nanti, tapi jangan putus asa untuk perbaiki lagi. Dari result yang ni lah kamu nak tentukan result akhir sem nanti cane. Awal-awal sem ade course outline kan? Belek balik berapa percents yang perlu kamu score lagi. Cuba capai sebaik mungkin. Yup, da masuk U kena banyak usaha sendiri, takleh harap sangat makan disuap macam dulu-dulu. Sila rajinkan diri ye adik-adik.

Tapi ingat, belajar bukan sebab nak exam semata-mata. Belajar untuk ilmu, cari ilmu kerana Allah. Niatkan semua untuk agamaNya, insya'Allah Dia akan bantu kamu. :)


P/S: Saya tak lah ok sangat pun, sekadar berkongsi dari pengalaman.


Kita ke Hadapan atau Mundur ke Belakang?


When asked about her hijab by journalists and how it is not proportionate with her level of intellect and education, she replied:

"Man in the early times was almost naked, and as his intellect evolved he started wearing clothes. What I am today and what I'm wearing represents the highest level of thought and civilization that man has achieved, and is not regressive. It's the removal of clothes again that is regressive back to ancient times." [Noble Laurette from Yemen, Tawakul Karman]

"Manusia pada awal zaman purba hampir-hampir telanjang, dan seiring dengan inteleknya yang meningkat, manusia mula memakai pakaian. Saya pada hari ini dan apa yang saya pakai mewakili tingkat tertinggi pemikiran dan tamadun yang telah dicapai oleh manusia, dan ia tidak regresif (mundur). Sebenarnya penyingkiran pakaian itulah yang mundur ke belakang ke zaman purba kala."

Dear readers, they want 5000+ SHARE and LIKE for this beautiful quote by Sister Tawakul Karman.

Make your move right now...


Tuesday, December 13, 2011

Tuhan... Kalau Aku Mati...

Grass by ~Jorlin on deviantART

Tuhan...

Kalau Kau takdirkan aku mati muda...

Janganlah kematianku nanti menimbulkan kesal pada orang-orang yang aku tinggalkan...


dan


Tuhan...

Kalau Kau takdirkan aku mati tua...

Janganlah kematianku nanti menyusahkan orang-orang di sekelilingku...


- kerana mati itu adalah satu peringatan -


Kadang-kadang... Kita Rasa Dah Tak Mampu Bertahan...

One golden morning mist by ~chibi-banane on deviantART

Kadang-kadang...

Bukan. Bukan kadang-kadang. Dah terlalu banyak kali dalam hidup kita, kita rasa seperti waktu-waktu yang berlalu tu tak ada apa yang boleh kita isi. Rasa seperti hilang arah tuju. Rasa seperti elok sangat kalau masa tu jugak, Allah cabut nyawa kita.

"Mati lebih bagusss!!!"

Pernahkah terdetik di hati kita kata-kata ni? Pernahkah terluah dari bibir kurniaan Illahi, kata-kata seperti ini? Atau... Mungkin juga bunyinya berbeza sedikit.

"Buat ape lah aku hidup lagi...?"

"Kenapa lah hidup ni macam ni?"

"Rasanya kalau aku mati sekarang pun takpe..."

Guys... Kenapa kuat sangat kita mengeluh? Kalau di hati manusia pun rasa perit melihat, membaca dan mendengar kata-kata ni, cuba bayangkan pula macam mana Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat menghadapi hambaNya yang macam ni?

Please... Jangan kufur nikmat, masa yang terlalu banyak tu sebenarnya ada sesuatu yang boleh kita lakukan... Allah tidak -TIDAK SESEKALI- menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia...

Sama-sama kita istighfar...

Wallahua'lam.


Monday, December 12, 2011

Jom Bergaol-gaol di Gaol.FM~~~

Ehem...

Saya muncul kembali setelah seharian menyepi. Cehhh...baru nak diam lama-lama, terus tak jadi sebab nak kena sampaikan sesuatu ni. Hurm hurm hurmmm...

Pernah dengar tentang Gaol.FM?

Tak pernah?

Orait...ni salah satu stesyen radio internet yang baru je berusia 3 bulan. So, masih baru lagi kat Malaysia ni. Hari tu da masuk paper Kosmo 8/12/11 tentang radio ni. Kemunculan radio ni adalah sebagai pesaing radio-radio berfrekuensi kat negara ni, eh bukan, bukan! Diorang tak berniat nak bersaing pun, okehhh! Hahaha~ Tak percaya, gi baca kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif dia kat SANA~


Yang menariknya, diorang ni sangat mesra pendengar. Diorang ade fanpage Facebook kat GaolFM (sila Like!), dan sambil-sambil kita dengar online tu kita boleh mintak lagu kat fanpage tu. Tambah-tambah lagu yang susah nak dengar kat radio berfrekuensi yang biasa. So, nak dengar lagu-lagu lama dan baru yang jarang dibukak kat radio biasa, boleh la request kat diorang. Nak dengar Ady Budika nyanyi pun boleh jugak...eh!

Haaaaaaaaaaaaa??? Ady Budika??? Nape lak tetiba dia nak nyanyi kat sana??? Ahahaha~

Pssst, pssstt!

Tengok gambor kat bawah ni...


Haaaaaa... Sebab tu la Ady Budika akan muncul kat Gaol.FM esok~ So, jangan lupa eks~ Kul 2.30 petang esok, ramai-ramai bukak radio internet Gaol.FM jommmm. Kita dengar Ady Budika nyanyi. Eh, bukan, bukan! Diorang nak interview jiran saya tu je... Hehehe...



Sunday, December 11, 2011

Wordless From Today...




Friday, December 9, 2011

Idea Memulakan Tesis PhD

Okie...

Setelah ustazah berpenat lelah mengajar kat sekolah siang tadi, meh malam ni nak kasi tips sikit kepada kamu-kamu yang teringin nak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Hurmmm... Peringkat mana eks? Master, degree, diploma, takmo... Saya nak bagi tips untuk start buat PhD ni. Heheheh. Yang tak nak amek PhD tak yah baca. Erk! Ehhhhh, sini, sini! Baca sampai habis duluuuuu!

Ok, ok. Bagi kamu-kamu yang ketandusan idea nak mulakan tesis PhD, boleh lah try cara-cara kat bawah ni:-

1) Minat

Kamu minat apa? Dulu masa degree or master buat apa? Kalo boleh sambung yang kamu buat dulu, lagi bagus. Tambah-tambah kalo kamu minat benda tu, lagi banyak idea leh keluar nanti. Kalo tak minat, alamak aiiiii... Kena la kamu perah otak setiap hari nak fikir pasal research kamu tu.

2) Supervisor

Ada supervisor pilihan? Pensyarah kegemaran? Pensyarah yang offer research? Kalo ada pensyarah masa degree or master dulu yang ok dengan kamu, yang kamu pun suka dengan area penyelidikan dia, cuba la risik-risik kot dia nak carik student PhD.

3) Kampus

Kamu nak amek kat mana? Kampus masa degree or master dulu ke? Atau nak amek kat tempat lain? Kot la kan suka amek dekat-dekat je dengan kampung halaman. Atau pun ada angan-angan nak buat kat luar negara keeee~ Leh main-main salji dengan bunga sakura bersama insan tercinta (yang da kawen saje). Eh!


Ok, kalo takde idea gak, pi carik blogger kat atas tu. Dia tengah amek PhD.

Hailaaa~ Saya pun tak tau idea macam mana yang kamu cari ni. Terkejot saya ada yang pi carik idea nak start buat tesis PhD kat blog ni. Hahaha~


Bukan tu je... Ade yang carik perempuan melayu hitam manis berlesung pipit. Awwww~ Ade ke kat sini? Tu yang tengah baca tu, hitam manis tak? Ha? Takde lesung pipit? Alaaaa... Sorry, bukan kamu yang dicari. Nexttttt!


Eh, Ustazah! : Syirik

Eh, hari tu ada yang tanya ustazah. Ustazah tak cuti ke? Padahal dah cuti sekolah. Alaaa, ni kan sekolah ustazah, sukahati ustazah lah nak cuti ke tak. Hahaha~ *sebenarnya malas nak fikir latar tempat untuk Eh, Ustazah!*

Uiks, hari tu kan, ustazah tido rumah kawan ramai-ramai. Ada la dalam beberapa orang. Tengah-tengah nak tido tu sempat lagi borak-borak bila sorang kawan ustazah bukak cerita. Haaa... Cerita ape la agaknya tu eks?

Noraim: Eh, ustazah! Hari tu kannn...saya nampak apek kat kedai sebelah sekolah tu gi bakar duit kat pokok depan kedai dia!

Rehan: La i lahhh...betul ke???

Ustazah: La ilaha illallah, Rehan... Kena sebut penuh tau!

Rehan: Erk! Nape, ustazah? Saya tengok ramai je yang sebut pendek-pendek macam tu!

Ustazah: Berbeza maknanya tu... Bila kamu sebut "la i lah" je, dah membawa maksud "tiada Tuhan..."

Rehan: Astaghfirullahal'azim... Sepatutnya sebut penuh la kan, ustazah? Tiada Tuhan selain Allah...

Ustazah: Aha... Betul tu, jangan sampai kita tak mengakui adanya Allah tanpa sedar.

Diana: Haa... Pasal apek tadi tu, dia bakar duit??? Macam bakar duit kat kubur tu ke???

Noraim: Aha... Macam tu lah. Huhuhu... Dia nak puja ape la agaknya tu!

Azlini: Dia sorang je ke atau ade orang lain?

Noraim: Masa tu petang-petang. Macam ada ramai budak-budak duk tengok dia buat.

Ustazah: Bahaya tu. Kang ade yang terikut sekali kalau tak de sape terangkan kat diorang.

Diana: Tu lah kannn... Kalau orang Islam macam kita ni, join sekali bakar duit tu, ape hukumnya ustazah?

Ustazah: Tujuan diorang bakar duit tu sebab ape? Untuk pemujaan kan? Sebab diorang percaya adanya kuasa lain yang akan membantu diorang. Kalau orang Islam macam kita ni, patut ke percaya pada kuasa lain macam diorang?

Rehan: La ilaha illallah... Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Kalimah tauhid tu dah memberi maksud kepada kita, hanya Allah yang wajib kita percaya.

Ustazah: Alhamdulillah. Betul tu, bila kita meminta pada yang selain Allah, kita dah mensyirikkan Allah namanya tu~

Azlini: Syirik ni maksudnya menyekutukan Allah kan?


Ustazah: Yup, dan Allah ada berfirman dalam surah Luqman ayat ke-13, syirik tu adalah satu kezaliman yang amat besar. Dan orang yang berbuat syirik ni dosanya tak diampunkan oleh Allah.


Noraim: Naudzubillah... Takutnya bila dosa tak diampunkan oleh Allah. Kalau macam apek tu, memang sah terang-terang la syirik kan. Kita sebut ape tu? Syirik jali?

Ustazah: Aha... Syirik jali, syirik terang-terangan yang boleh menjatuhkan kita kepada kufur. Syirik ni boleh berlaku dalam tiga keadaan, melalui iktiqad, perbuatan, atau lidah.

Diana: Iktiqad tu melalui pengakuan kan, kita menafikan kewujudan Allah... Macam fahaman komunis dan atheis yang tak percaya adanya Tuhan.

Rehan: Kalau perbuatan pulak, macam apek tadi la kan? Memuja dan mendewakan sesuatu selain Allah. Bakar duit atas kubur sebab percaya kubur tu kubur keramat. Jumpa bomoh nak buat pelaris. Ish ish ish...

Ustazah: Bukan tu saje, malah kalau kita terlalu mengagung-agungkan manusia melebihi Allah pun dah jatuh syirik!

Azlini: Mengagungkan manusia? Maksudnya?

Ustazah: Kita lebih memuja-muja pemimpin daripada yang menciptakan pemimpin tu sendiri. Kita lebih obses kepada artis berbanding Allah dan Rasul. Bila kita sukakan artis tertentu, kita lebih berkobar-kobar untuk kenali diorang. Kita tampal poster diorang dalam bilik, biar setiap hari kita nampak muka diorang bila bangun dari tido. Kalau diorang datang buat konsert, kita sanggup beli tiket paling depan sekali, sampai menangis-nangis, terpekik, terlolong jumpa diorang. Cuba tanya diri kita sendiri, sejauh mana kita dah kenal Allah dan Rasul yang lebih layak kita kenali dari artis-artis tu? Berapa banyak air mata kita jatuh sebab Allah dan Rasul?

Rehan: Gulpppp! (bangun, dan menanggalkan poster besar Dato' Siti Nurhaliza di belakang pintu bilik)

Azlini: Astaghfirullahal'azim. Yang macam tu pun boleh jatuh syirik, ye ustazah? Kalau macam tu, tak boleh ke minat artis???

Ustazah: Bukan tak boleh. Rasulullah s.a.w pun tak halang kita untuk berhibur. Tapi biarlah berpada-pada dan bersederhana. Yang penting, syariat Islam tu dijaga.

Noraim: Betapa ramainya manusia kat luar sana yang tak sedar tentang tu... Huhuhu...

Ustazah: Sama-sama kita ingat-mengingatkan. Kalau dari segi lidah tu pulak, melalui kata-kata kita yang menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada Islam.

Diana: Ooo... Macam murtad la ye. Kalau ada syirik terang, mesti ada syirik tersembunyi kan?

Ustazah: Syirik kecil yang tersembunyi ni kita sebut syirik khafi. Yang ni lebih berkait kepada perbuatan riak dalam amal ibadah kita. Kita buat amal dan sesuatu perkara tu sebab nak menunjuk-nunjuk. Kita solat sebab nak orang lain tengok kita solat. Allah ada sebut dalam al-Qur'an, kalau kita mempersekutukan Allah dalam ibadah, terhapuslah amalan kita tu.


Rehan: Rugilah kalau macam tu. Huhuhu...

Noraim: Macam habuk yang berterbangan ke angkasa.

Ustazah: Erkk! Kemain lagi ayat Noraim. Hehehe... Tapi betul la tu. Kan rugi kalau kita buat banyak amal ibadah yang bukan kerana Allah, akhirnya Allah tengok ibadah kita tu macam habuk ajeee.

Noraim: Naudzubillah... Moga kita semua tak tergolong dalam mereka yang mensyirikkan Allah.

Ustazah: Masih ada masa untuk berubah. Kalau dulu kita tak tahu, bila dah tahu ni, eloklah kita perelokkan amal sikit-sikit. Insya'Allah kat akhirat kelak, kita tak menyesal beribu sesalan.


Semua: Insya'Allah...


Realiti. Itulah yang berlaku di kalangan masyarakat kita hari ini, ramai yang tanpa sedar telah mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang tidak selayaknya disembah dan dipuja-puja. Moga kita semua dijauhkan dari perbuatan syirik, jika tersedar dari mimpi yang panjang, eloklah kita sama-sama bangun muhasabah dan berubah...


Thursday, December 8, 2011

Sungguh... Masa Hadapan Itu Dalam TanganNya!

blossoms by ~Vanilla-toy on deviantART

Tuhan...
Sungguh aku tidak tahu
Apa yang akan aku lalui pada masa hadapan
Rentak perjalanan di depanku masih samar
Cahaya di balik waktu itu masih malap
Kerana aku hanyalah hamba
Yang hanya mampu merancang mengikut akal
Tanpa lupa untuk meminta kepadaMu
Kadang aku malu kerana begitu banyak yang aku pinta
Setiap hari, setiap detik waktu, aku asyik meminta-minta
Sedangkan yang aku sendiri berikan kepadaMu tidaklah sebanyak mana

Tuhan...
Sama seperti masa hadapan yang bukan dalam tanganku
Masa laluku juga sudah tidak mungkin untuk aku putar kembali
Yang aku ada kini hanyalah masa sekarang
Yang dengannya aku berusaha dan terus berusaha
Agar dimanfaatkan umurku di jalanMu
Agar tidak ada secebis masa yang aku sia-siakan

Tuhan...
Kerana semuanya dalam pengetahuanMu
Mungkin saja bila-bila masa Kau akan jadikan sesuatu
Yang tidak pernah aku sangka-sangka
Yang jauh menyimpang dari apa yang aku inginkan
Yang bukan aku sukai dari apa yang aku benci [2:216]

Dan ketika itu
Aku pohon kepadaMu
Hanya kepadaMu ya Allah...
Jadikan aku sebagai hambaMu yang redha
Dengan segala ketentuanMu...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.