BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, December 15, 2011

Antara Blog, Facebook, dan Bahasa Melayu

Keratan akhbar 4 November 2009, klik untuk besarkan ~gambar dari SINI

Masa makan-makan tadi...

Bukak topik tentang laman sosial bersama-sama para supervisor dan geng-geng lab. Best jugak dapat borak benda-benda gini dengan diorang. Jadi isu menarik pulak kat meja makan.

Bermula dengan bab blogging sebab supervisor tanya pasal resepi kat blog dan pasal roti. Then bila cakap pasal blog, co-supervisor pun kongsi jugak pasal kata-kata Ustaz Zaharuddin tentang dunia maya. Tentang status-status FB, entri-entri blog, kata-kata kat twitter.

Macam biasalah, isu menulis tentang orang lain, bukak aib orang dan perihal blog bila bloggernya dah meninggal nanti, benda ni memang tak boleh tak, kena gitau jugak. Geng lab cakap, kena wariskan blog tu, buat wasiat sebelum meninggal. Bila da meninggal, boleh la waris tolong apa yang patut.

Persoalannya, kena tunggu meninggal ke?

Then bila masuk bab Facebook, benda yang dibincang bertambah-tambah menarik bila co-supervisor yang balik dari Jepun beberapa minggu lepas berkongsi pengalaman dia kat sana. Kat sana dia ada kawan dari Malaysia jugak. Bila berjumpa, mesti la berborak panjang kannnnnn. Dalam berborak-borak tu, tetiba ada prof kat sana tegur.

"Both of you are Malaysians, why do you speak English?"

Pelepukkkk satu tumbukan padu ke muka masing-masing. Ya, dua-dua dari negara yang sama, tapi kenapa tak cakap Melayu? Then, kalau kita tengok senario orang akademik atau golongan bisnes di meja mesyuarat zaman sekarang ni, semua Melayu, tapi perbualan mesti nak dalam English jugak. Kadang-kadang kat Facebook pun, status nak bahasa Inggeris.

Tak, bukan lah tak boleh guna English. Kadang-kadang campur juga jadi Manglish. Tapi mana budaya yang kita bangga-banggakan tu? Kita macam lebih memartabatkan budaya asing berbanding budaya negara sendiri. Supervisor bagi pandangan, mungkin sebab Jepun tak pernah dijajah, so diorang takde rasa rendah diri dengan budaya diorang. Kita Malaysia ni, pernah dijajah sampai budaya kita tu dipandang lebih rendah dari budaya penjajah. Sampaikan bahasa Inggeris lebih dipandang tinggi dari bahasa Melayu. Sape tak tau cakap English, orang sekarang pandang macam kuman je.

Tapi kita dijajah dulu je kan? Sekarang kita da merdeka. Atau adakah kita hanya merdeka dalam buku sejarah sekolah semata-mata? Realitinya, budaya dan jati diri kita, mungkin masih lagi dijajah. Kadang-kadang sampai malu bila berbahasa Melayu di dalam mesyuarat yang kesemua ahli mesyuarat orang Melayunya berbahasa Inggeris.

Tulis panjang-panjang ni pun, mungkin ada yang tersedar, tapi still kita tak boleh nak buat apa sangat pun. Nyatanya, zaman ni, kat negara kita, semua nak English. Global language katanyeeeee kannnnn. Sedangkan pengkaji budaya kat luar tengok Malaysia (baca: rakyat Malaysia) adalah antara negara yang paling lemah (baca: teruk) dari segi menjaga jati diri bangsanya.

Ni ada yang kata saya bawak semangat ketuanan Melayu ni kang.

Eh, ada kaitan ke???


P/S: Saya rasa entri ni tak bersifat racist. Ini tentang bahasa budaya bangsa.


24 comments:

al_hakim said...

then?hakhak..

Sunah Sakura said...

@al_hakim

takyah nak then sangat...

Noraim said...

sy setuju kak. ada yg melayu tapi fully english ckp atau tulis. mcm xbangga je dgn bahasa melayu.

Dr Hafiz said...

betapa orang melayu sendiri malu untuk bercakap melayu sesama mereka... Mengapa hal sebegini boleh terjadi.... adakah bila tak berbahasa Inggeris kita dipandang sebelah mata.. Mari sama-sama kita berbahasa melayu sesama kita..

Syafiq Ahadin said...

biasa cakap manglish. hehe! tapi 99% cakap BM laa~~

sabtu ni Pak Engku datang kat UM!!!! yeah!!!!!! nak jumpe!!! :)

deen azmee said...

bahasa jiwa bangsa.. hehe..

Cik Bambam said...

akak lak suka nak guna BM.. even dlm intebiu..org tuh speaking akak jwb BM..hahahaha.. loss vocab jadinya.. -.-'

mas saari said...

lagi suka menggunakan bahasa Melayu!

Iffah Afeefah said...

So?

Wahaha abis ai xley la nk manglish2 lg

Kumbang Jingga said...

Aku rasa dua2 malaysia tu ckp english sbb nk practise ckp english kot..mcm aku kt tmpt keje ngn org yg betul2 tak reti ckp melayu je aku speking..cina2 ngn india kt tmpt keje aku balun melayu je walaupun dorang speking ngn aku hehehe

logorithm said...

Teringat I kejadian kat lift tempoh hari...

I tapau nasi goreng petai masuk lift ngan sorang gadis Melayu. Bau harum nasi goreng tuh memang semerbak lah dalam lift. I pon mintak maaf lah kat dia sebab bau petai tuh memang sangat kuat, dalam Bahasa Malaysia. Dia jawab dia tak kisah, tapi dalam Bahasa Inggeris...

Hmmm... boleh buat modal entri nih... ;-)


Terbaru dari Logokoko:

[10PG] Lawak B*BI

[U] Promosi Hebat! Jimat RM0.00!

[18SX] Telurnya mana?

Rozuan Ismail said...

kadang-kadang org melayu sendiri malu nak cakap bahasa melayu

maszull said...

assalamualaikum sunah...yer la kan baik bahasa melayu jer kn...:)

Cikgu Jaja™ said...

ermm...masalah bhs..xde yg crucial sgt melainkan malu utk bercakap dgn bhs sendiri.it's sooo terrible. kalau ter'slip' dlm perbualan ckp bhs rojak, it does not a matter pon.. apa2 pon kena try la fully bm bila dlm kalangan sesama kita..melayu..ye dak??

FasiHaH SupiaN said...

lagi2 kat u sy ni kan..pastu BM saya pun dah teruk =__=''

Tea said...

itu beza malaysia dgn indonesia...
indo memartabatkan bahasa..
cina Indo ckp bhs indonesia..
mcm jepun memartbtkn bhsnya...
di malaysia.. bckp English terus ada satu persepsi.. ouh high educated, bukan sembarangan org ni... ini kenyataan yg praktis masa kini...
jgn kata di luar negara jumpa ckp english.. jumpa kat mall pun.. " eh tea.. already so long ai not see u.. u do what now..." hamikkkk aku pun x phm..

Muslimah Optimis said...

saya tak pandai english... huhuhu.. tapi emel dari HR sokmo dalam english.. mana2 pun english diutamakan.. memperkasa bahasa melayu, memartabatkan bahasa inggeris

Gen2Merah said...

almaklumlah org2 kita ni.. bangga tulis english2 besar2 kat status FB... sana sini nak spiking London...

Eera Shera said...

bahasa jiwa bangsa ;)

محمد رازيق said...

setuju cik sunah.. kadangkala kita lebih suka berbahasa inggeris, tak salah cuma jangan terus secara infiniti meninggalkan bahasa kita. entri bagus cik sunah. tahniah cik sunah

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

org Jepun..org Perancis..antara bangsa yg mmg bangga dgn bhs diaorang..


kita mmg ptt bangga dgn bhs melayu...tau english satu kelebihan tp bila bercakap atau menulis gunalah bhs melayu..kalau bkn kita yg nk bangga dgn bahasa kita sape lg??

Ida Firdausi said...

boleh berbahasa asing but tengok tempat and situation la kan. kalau bukan kita orang melayu yang memartabatkan bahasa sendiri.. sape lagi.

kadang-kadang cemburu melihat bangsa asing yang lebih fasih berbahasa melayu daripada kita yang selalu ber'manglish' ni.. huhuuhu..

kiera'sakura said...

nak english tue blh tp jgn smpi lupa terus bahasa melayu... :)

Подтверждаю said...

as salam..

bab bahasa tu, tak menjadi masalah.asalakan lihat niat. buat apa memartabatkan bangsa tapi agama dipinggirkan? sama erti seperti cakap telinga kiri, keluar telingan kanan. bab2 mengutamankan budaya dan bangsa ni, bukannya diutamakan(wallahua'lam) pun bila tiba Alam pengadilan-Nya kelak.

hm..pakcik melhat skenario ni sebagai sebahagian dari agenda para pengamal dan penyembah iblis @tentera dajjal untuk menguasai dunia sebelum hailkal sulaiman berjaya dibina kelak, wallahua'lam..

sudah pasti, mereka memperluaskan budaya , dan dari tamadun barat. lihatlah siapa yang terpengaruh akannya..

dan lihat pula dalam apa2 aktiviti samaada filem, bantuan kemanusiaan, perbankan dunia, pemerintahan, ekonomi, watak siapa yang diangkat? renung2kan peringatan dari Allah dan Nabi Muhammad akan fitnah yang zaman kita ni akan kita tempuhi..


melayari dunia maya kan, perlu berpada2..sekadar mengikut kepuasaan dan rentak dari pengrauh luar, boleh terlajak perahu ke jurang lautan.

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.