BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, December 8, 2011

Sungguh... Masa Hadapan Itu Dalam TanganNya!

blossoms by ~Vanilla-toy on deviantART

Tuhan...
Sungguh aku tidak tahu
Apa yang akan aku lalui pada masa hadapan
Rentak perjalanan di depanku masih samar
Cahaya di balik waktu itu masih malap
Kerana aku hanyalah hamba
Yang hanya mampu merancang mengikut akal
Tanpa lupa untuk meminta kepadaMu
Kadang aku malu kerana begitu banyak yang aku pinta
Setiap hari, setiap detik waktu, aku asyik meminta-minta
Sedangkan yang aku sendiri berikan kepadaMu tidaklah sebanyak mana

Tuhan...
Sama seperti masa hadapan yang bukan dalam tanganku
Masa laluku juga sudah tidak mungkin untuk aku putar kembali
Yang aku ada kini hanyalah masa sekarang
Yang dengannya aku berusaha dan terus berusaha
Agar dimanfaatkan umurku di jalanMu
Agar tidak ada secebis masa yang aku sia-siakan

Tuhan...
Kerana semuanya dalam pengetahuanMu
Mungkin saja bila-bila masa Kau akan jadikan sesuatu
Yang tidak pernah aku sangka-sangka
Yang jauh menyimpang dari apa yang aku inginkan
Yang bukan aku sukai dari apa yang aku benci [2:216]

Dan ketika itu
Aku pohon kepadaMu
Hanya kepadaMu ya Allah...
Jadikan aku sebagai hambaMu yang redha
Dengan segala ketentuanMu...


15 comments:

Citarasa Rinduan said...

malam ini malam jumaat.. rasa ada kelainan dihati bila baca entry ini..
penuh penghayatan

thanks sunah

FasiHaH SupiaN said...

Amin...

K O R I E said...

salam,

lama xsinggah sini~

mynameismy said...

Amin... :)

Niena Pengembara Ilahi said...

nice .. :)

Anum said...

great

qasehraihan said...

indahnya..puisi ke ni..hehe

Selendang Merah said...

bila baca nie, rasa sayu sgt kat hati..

Kancil 8349 said...

Amin...semoga masa depan kita cerah sentiasa dengan mengingatinya selalu

Munnafendy said...

aminnnnnn =)

deen azmee said...

urmmm.. tak tahu nak komen apa.. apa2 pun semoga tabah hadapi liku2 kehidupan ni.. segalanya atas ketentuanNya.. kita hanya mampu merancangan.. nice entri kak sunah.. hehe..

Suhaili Sarif said...

sunah sayang,terima kasih
akak aplikasikan puisi sunah dalam konteks akak..
terima kasih sgt :)
harapnya masa depan kita semua cerah
mari berusaha sama2 ya sunah =)

eiela said...

DIA lebih mengetahui segalanya. Kadang-kadang apa yang direncanakannya memang kita tak sangka-sangka.

Iffah Afeefah said...

mcm entry jiji plak

ERNA said...

Salam....

saya tertarik dengan penulisan awak. Slam perkongsian daripada saya.

htp://alongwawaerna.blogspot.com

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.