BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, January 8, 2011

blOglist blOgger 2011

Salam all... tadi macam blur je bila Dr. Aziz cakap he'll tag me in his next entry...(sebab orang selalu lepas wat entry baru gitau yang "ANDA TELAH DITAG!!!" heh~) Cari punya cari kat mana Dr. Aziz tag, rupa-rupanya kat entry yang ada gambar kat bawah ni...


Alrite, Dr. Aziz tag saya untuk segmen blOglist blOgger 2011, Cik Diana yang punye~ baru je follow beliau tadi~ Hehe.

Erm, tentang diri saya? Saya orang yang biasa-biasa je.. :) kawan-kawan panggil saya Sunah, asal dari Sarawak, sekarang kat Skudai sebab tengah further study kat UTM. Birthday? 31 Julai... insya'Allah tahun ni masuk 24...anak pertama dari empat orang, jadi ada tanggungjawab besar untuk family~ :)

Header blog saya seperti di atas~ Eh, kena letak kat dalam entry~


Header ni baru je tukar beberapa hari lepas. Nampak bunga apa kat header tu? Bunga sakura~ Sunah suka sakura~ *winkwink* Nama blog pun ada kat situ...Bunga Idaman Mutiara Syurga. Nama asal blog ni..lepas tu tukar, lepas tu tukar ke asal balik~ :) Nama ni sebenarnya dapat dari buku Wanita Solehah: Bunga Idaman Mutiara Syurga. Untuk Lelaki Soleh pun ada, tapi tak ingat apa description dia. Description blog pun ada sekali dalam header tu... Mendalam maknanya, kalau sedih ke, kechiwa ke, ingat description blog ni ye~~ insya'Allah pulih semangat~

Lepas tu kena tag 3 orang manusia berprofession blogger...mereka itu ialah:-

Okie~ thanks ye Dr. Aziz sebab tag~ thanks gak kat Cik Diana sebab segmen yang best ni~ ;)





Missing Child: Adam Shah

Petang ni tadi dapat info dari blog Enchek Ben. Ada kanak-kanak hilang, dan keluarganya sedang mencari kanak-kanak tersebut.


Kenal adik ni? Pernah nampak kat mana-mana? Kalau ada apa-apa maklumat mengenainya, sila hubungi FB Norazuin Munaji dengan kadar segera.

Maklumat asal dari blog: abgteror

"Salam semua blogger....kat sini saya nak mintak tolong skit sebarkan poster missing child nih. Harap-harap dengan menyebarkan gambarnya mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Hanya ini yang dapat kita buat...please!!! Kalau ade ape-ape info, contact this person in FB 'Norazuin Munaji' incase u have any news about this handsome boy...harap semua dapat membantu...insyallah.-ATP"

Membantu sekadar yang termampu. Moga Allah mempermudahkan urusan mereka sekeluarga. Ameen.




KFCM tak patut dapat rumah???

KUALA LUMPUR - Pemerhati sukan bola sepak tanah air memberikan pelbagai reaksi berhubung limpahan ganjaran buat pemain skuad negara yang menjulang Piala Suzuki AFF, baru-baru ini, dengan ada yang menyifatkan mereka berhak menerimanya. Tidak kurang yang menganggap ada bentuk imbuhan agak keterlaluan.

Mereka berpendapat, memang masa yang tepat untuk memberikan habuan ribuan ringgit kepada anak buah K. Rajagobal, tetapi tidak perlu sehingga melibatkan pemberian berupa tanah atau rumah, mahupun pingat kebesaran.

Ia dikhuatiri ada pemainnya yang masih berusia awal 20-an, terlalu mudah berpuas hati atau terus hanyut dibuai kejayaan di peringkat Asia Tenggara itu.

Pemerhati bola sepak ini turut mengingatkan skuad K. Rajagobal bahawa masih ada empat tahap lebih tinggi yang perlu diburu selepas ini, Piala Asia, Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

Bagi mereka, Piala Suzuki AFF hanyalah sebuah trofi yang akhirnya tidaklah sebesar mana, selagi satu persatu daripada keempat-empat tahap berkenaan tidak dicapai, sekali gus tidak mampu menandingi tanda aras tertinggi generasi sebelum mereka yang pernah mara ke Sukan Olimpik Munich 1972 dan Moscow 1980.

Kata pengulas sukan Astro Arena, Azlan Johar: "Ganjaran ini memang perlu, biarlah pemain bola sepak negara kaya-raya hasil kejayaan di peringkat antarabangsa, walaupun bukan Piala Dunia. Apa salahnya penat lelah mereka dibalas setelah berjaya membuatkan rakyat kita bergembira sehingga seluruh negara diberi cuti?

"Dengan ganjaran besar, maka bermulanya minat ibu bapa dalam menyemaikan anak-anak mereka dengan bola sepak dan terus meyakinkan golongan ini bahawa sukan mampu menjamin masa depan,''kata bekas pemain negara dan Selangor pada era 80-an hingga 90-an ini.

Bagi legenda bahagian tengah negara yang mara ke Olimpik 1980, Shukor Salleh, "ganjaran buat mereka memang wajar kerana sudah lama kita tidak dapat kejayaan yang sebesar itu. Walaupun sekadar di peringkat Asia Tenggara, ada bagusnya kejayaan mereka dihargai dengan pelbagai bentuk termasuk tanah. Mungkin jika semata-mata diberi wang, mudah dan cepat pula habis begitu sahaja tetapi dengan tanah atau rumah, ada juga kenangan pada masa depan mereka.

"Zaman sudah berubah walaupun ketika saya bermain dan layak ke Olimpik, kami cuma dihadiahkan jam. Saya mengerti ketika itu penaja tidak seperti sekarang, malah sokongan dan penghargaan kerajaan negeri tidak begitu kuat dan menggalakkan. Bagi kami ketika itu, penghargaan dan ganjaran sebenarnya ialah apabila diberi peluang menyarung jersi negara pun sudah memadai.

"Kami tidak berkira sangat namun saya tidak mempertikaikan apa yang pemain sekarang dapat. Apabila kami bermain untuk Malaysia di luar negara terasa macam menjadi diplomat atau duta kerana membawa nama negara dan bermain demi semangat kenegaraan," katanya.

Kata blogger sukan terkenal yang juga bekas wartawan sukan sebuah tabloid berbahasa Inggeris, Rizal Hashim, "sekadar menghargai kejayaan pasukan dengan wang sudah memadai tetapi bukan sehingga mereka diberikan tanah atau rumah mahupun bintang yang mungkin membawa sesuatu gelaran kebesaran. Kejayaan ini tidak boleh dibandingkan dengan Piala Thomas (badminton) 1992 apabila ada pemain yang dapat tanah kerana ia sudah bertaraf dunia."

Baca lagi panjang kat Utusan Malaysia Online

Baca pun dah tahu ni mesti refer kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi yang dapat rumah dari kerajaan negeri. Ye tak?

Tak kisah lah dapat apa pun, yang penting lepas ni 'pensukan' (baca: atlet) tak kira dari bidang sukan mana pun, lebih bersemangat untuk membawa Malaysia melangkah lebih jauh dalam arena sukan. Bila dah berjaya tu, jangan lupa pulak kepada Yang Bagi Kejayaan... Bukan apa, seringkali manusia ni terlupa, mereka berjaya bukan atas usaha mereka semata-mata... Nikmat Allah, yang kadang-kadang berupa ujian, nak menguji kita, adakah kita ini hambaNya yang bersyukur?


Bila dah berjaya pun ada lagi yang cakap macam-macam ye~ Agak-agak kalau bagi kat Indonesia piala tu, diorang dapat apa agaknya dari negara diorang?






1st Blog Review

Nak baca entry ni, kena klik gambar di bawah~ Sebab apa? Sebab kecik, kalau tak klik, maka tak nampak...


Alhamdulillah~ Pertama kali blog ni di'review', reviewer nya pula bukan orang sebarangan (bodek ke ape? :p tak bodek la~~), sangat gembira~


Terima kasih WaveX~ Blog WaveX ni pun sangat banyak artikel best yang berisi~ dan WaveX pulak sangat rajin promote latest entry dengan membuat blogwalking. Banyak gak yang saya belajar dari WaveX tentang dunia blogging. :) 

Lepas ni insya'Allah nak jadi macam WaveX la, wat blog review gak... Bila? Nanti-nantilah ye..:D

Nak tau apa yang WaveX komen? Klik SINI~





Giveaway from Zihah

Ade giveaway lagi? Ha'ah... Misz Trex yang comel da tag...


Zihah nak bagi GA sempena birthday dia tak lama lagi~

Lepas tu kena jawab soklan cambest dari Zihah..

-Apa wish korang untuk Zihah?
Salam hari lahir Zihah (walaupun tak sampai tarikh lagi~)! Umur meningkat, usia di dunia semakin berkurang, moga dimanfaatkan sebaiknya~ :)

-Apa benda yang paling berharga pernah korang terima masa hari jadi korang?
Doa dan mesej ucapan birthday dari insan-insan tersayang~ eceh~

Tag 2 orang.
Trex (haha~)

Nak tahu lagi? Klik SINI...

Nak layan korea jap~ :D




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.