BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, January 9, 2011

Itu Facebook...Kalau Blogger Ditutup???


Zuckerberg: Aku dah tak dapat nak kontrol benda ni dah! Stress tau tak? Stress!!! Rosak hidup aku sebab benda ni. Cukup-cukuplah semua kegilaan ni.

Humarthi: Start 15hb Mac nanti semua akaun takkan dapat diakses lagi. Kalo-kalo ade gambar korang dalam tu, cepat-cepatlah donwlod dan simpan. Nanti da tutup, tak dapat nak tengok dah.

Zuckerberg: Aku rasa macam ni lebih baik. Lepas ni, semua orang tak tercongok depan skrin komputer jek. Bolehlah keluar dari kepompong tu. Cari kawan kat luar.

Bradshaw: Arggghh! Mana boleh macam ni! Aku jenguk benda tu paling kurang 10 jam sehari! Lepas ni, macam mana nak isi 10 jam tu??? (gi belajar la, kata high school student, grab your As dulu ye~)

Guttari: Leganya...lepas ni anak aku takde lah duk depan laptop tu je tiap hari. Kalau tak, nak bercakap sepatah dengan dia pun susah!

Tak kisah pasal duit ke??? Kaya tau urus benda tu! Dapat berbillion-billion dolar tu~

Zuckerberg: Dah, dah! Tak perlu nak goda-goda aku dah! Aku tak kira duit-duit tu semua, aku nak hidup aku balik!

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased. [JB Smitts, 2011]

Ya, itulah alkisah tentang Facebook yang bakal ditutup pada 15 Mac. Berita ni je pun dah menggarudakan (perkataan terbaru tiada dalam Kamus Dewan!) dunia maya ni. Yang aktif berfacebook tu memang la kacau jiwa, yang jarang berfacebook pulak tak rasa apa kot~ Bisnes kat facebook tu semua macam mana pulak? Huish, banyak gak yang akan dapat tempias ni.

Agak-agak, kalau www.blogger.com ditutup apa jadi ek? Hehehe...




Apa Cerita Adam Shah?

Hati ni tertanya-tanya, apa agaknya perkembangan adik Adam Shah yang 'hilang' tu? Sejak entry Missing Child: Adam Shah dipublish semalam, kebanyakan yang datang ke blog adalah kerana mencari maklumat mengenai kanak-kanak tersebut.

klik untuk gemukkan

klik untuk gemukkan

Saya percaya, mereka-mereka ini juga mahu tahu perkembangannya, bukan sekadar mendengar (baca: membaca) khabar-khabar angin yang sedang tersebar luas tentang kejadian yang berlaku. Jadi, bagi sesiapa yang tahu maklumat terkini mengenainya, sila-silalah inform ye.

Moga segalanya dipermudahkan dan selesai dengan segera...




Dah Penat Berblog!!!

Pernah tak rasa dah penat nak berblog?

Pernah tak rasa lepas ni malas nak update blog?

Pernah tak rasa tertekan sebab blog?

Pernah tak rasa nak berhenti berblog?

Pernah tak rasa macam nak tutup jek blog?

Pernah tak? Pernah tak?

ouh, buruknya gambar ini!

Dulu...saya pernah rasa macam tu...

Tapi jam 3.14 pagi ni, saya rasa lebih penat!

Penat! Sakit belakang! Semput! Kepala berat! Tak cukup tidur! Tak cukup rehat!

Ya, nak berhenti! Malas nak update da lepas ni! Nak tutup terus!

Selamat tinggal semua!

.

.

.

.

.

Untuk malam ni jek... Tutup laptop... Sok bukak balik ye~ :D

Wassalam~




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.