BLOG ENCIK SUAMI

Monday, January 10, 2011

Kenapa ek???

sakura yang gugur...tak kira di malam hari ke, sampai subuh ke, sampai petang ke, sampai malam balik ke...
sakura stay kat situ jek...sampai la ada yang usik sakura tu...

Kenapa ek? Kita boleh stay up sampai ke subuh sebab nak baca entri-entri blog, tapi susah bebenor nak stay up meminta-minta pada DIA...

Kenapa ek? Kita boleh jek blogwalking sebelum tido tiap malam...siap ucap gudnite lagi, tapi susah bebenor nak recite al-Mulk sebelum tido...

Kenapa ek? Kita boleh jek bila terbangun kul 3 pagi, terus ngadap blog check kot-kot ada komen kat entri, tapi susah bebenor nak bangun tahajjud...

Kenapa ek? Kita siap boleh hafal url bloggers yang kita selalu baca entry dia, tapi maksud surah al-Fatihah tak hadam pun lagi...

Kenapa ek? Kita laju jek jenguk blog dalam bloglist yang baru berapa saat update, tapi boleh pulak lambat-lambat nak solat...

Kenapa ek? Kenapa? Hurm...

Muhasabah diri balik, siapa yang bagi kita semua nikmat ni? Masa untuk blogwalking, idea untuk entri, mata untuk membaca, jari-jemari untuk menaip, dan segalanya. DIA yang bagi kat kita...sayangnya DIA kat kita kan? DIA bagi kita semua ni...tak ungkit-ungkit pun...tapi kita? Selalu jek tanya DIA, "kenapa KAU tak bagi aku yang ni?", "kenapa KAU jadikan aku macam tu?", "kenapa KAU biar aku macam ni?", banyaknya kita punya "kenapa" kat DIA. Tapi...cukup ke apa yang kita buat untuk DIA? DIA sebut dalam al-Quran, katakanlah...

Kita fikir-fikirkan sendiri ya...

Sekadar muhasabah diri, dan mengajak kamu-kamu muhasabah sama-sama~ :)




Thanks Stalker!

Ni bukan shoutbox, sila jangan jerit kat sini~ hehe

Nak melenting?

Taklah...

Nak menyeru stalker yang dikehendaki...

Tunjukkan diri, tak tinggal link pun~ tak best!

Tadi ramai cerita tentang rumah dah siap, pahat tak berbunyi...

Ni pulak baling batu, sembunyi tangan kot...

Thanks sebab mengendap saya~ Rajin-rajinlah baca entry dalam blog ni ye terutama yang ni dan yang ni, jangan duk baca komen kat blog-blog lain jek... Terima kasih.




Free Lunch! Grab it Now!

Masa balik tadi, panjang betul barisnya sampai ke luar...huhu

Mesej di YM pada pukul 12:39:03 tengahari tadi dari seorang senior yang cun (Cikgu Cun) mengajak lunch kat P19. Maka, pergilah kan...tak baik menolak ajakan orang (eh, yang tertentu je ye~).

Sampai sana, terus masuk barisan...ingat nak jenguk lauk apa yang ada, eik, satu lauk jek? Dan lauk itu adalah sejenis nasik. Nasik beriani ke ujan(g) panas ek? Mana-manalah, tapi Cikgu Cun kata nasik beriani. Hehe. Dengan muka blur sebab datang lewat sikit dari Cikgu Cun dan Kak Usna (hoh! semua nama disalah-ejakan!), sambil taip SMS kat Cikgu Cun: "tak paham", (sempat pulak~), amek je lah nasik yang diberikan oleh kakak kat kafe tu. Sempat dengar seorang staff UTM sebut, "ingatkan tak sempat...nasib baik.." Makin lah blur saya di sini. Huhuhu.

Then, gi duduk kat meja dengan Cikgu Cun dan Kak Usna.

Saya: Ada apa ni kak? Percuma ke ni?

Cikgu Cun: Hari ni first day diorang.

Saya: Ha? Patutlah cam pelik, muka kakak tu familiar jek.

Kak Usna: Ha...CP dah pindah sini.

Saya: Ha? Pindah terus???

Cikgu Cun: Lepas ni leh makan tiap hari kat sini. Hoho~ (gelak yang saya tokok tambah)

Ya! Untuk student UTM, mahasiswa FKE khususnya, Kafetaria Noor dah dipindahkan kepada CP. Eh, yang kat CP dah amek alih Kafetaria Noor kat P19. Ha...ayat yang betul~ :D Lepas ni boleh lah makan kat P19 selalu ye.

Kakak yang bagi nasik, lepas ni kena bagi makan free sebab dah tolong promote ni...:D

Admin: Oh, dah habis dah kot...maaf lambat update. :p





Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.