BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, January 11, 2011

LPM Buat Bengkel Blog!


Petang tadi berkongsi ilmu yang tak seberapa dengan adik-adik Lujnah Penerangan dan Multimedia (LPM) PMIUTM. Beberapa hari lepas dapat mesej daripada seorang junior untuk mengendalikan bengkel blog. Uhuk-uhuk. Sapelah saya ni nak mengajar, blogger picisan jek, bak kata Enchek Ben. Huhuhu~

Tapi disebabkan rasa nak berkongsi dan membantu adik-adik (tambah lagi nak bagi wasiat yang selalu diberikan oleh bloggers kat luar nun), maka dengan besar hatinya saya tunjukkan mana yang patut.

Mula dari tujuan berblog sampailah ke iklan nuffnang...(ha, masuk silibus jugak!), amek masa sejam tu nak bagi adik-adik basic view tentang dunia blog. Kalau perasan petang tadi ada satu entry limited edition yang bertajuk "Firdaus punye blog: Testing", tengah ajar buat entry lah tu. Limited Edition ye, sekarang dah takde dah entry tu. Hee~ Malah, ade je yang kat situ yang dah ada blog, siap ada website jugak...segan sungguh diri ini nak mengajar. Huhuhu~

Sebelum start tu tunjuk kat diorang blog PMIUTM, Usrah PMIUTM dan PMIUTMedia (aiyo...lama tak update ni!), blog Abdul dan Panod selaku ex-P dan P LPM (amik ang, sapa suh tak hupdate! :p). Saya kongsikan jugak blog-blog yang boleh jadi reference untuk buat blog macam Belog Cap Ayam dan Ezhan Artwork, blogger yang beridentiti sendiri macam Akh Zul, Dr. Cinta ngan Zack Zuhairi, website bermanfaat untuk blogger macam GengBlogger.com, sampaikan blog Enchek Ben, blog Qaseh ngan blog Ir. Nazirulhazwan pon saya promote semua! :D

Hurm...kalau ada apa-apa yang adik-adik tak faham, tanya lah ye...akak pun masih belajar lagi...huhuhu.

Admin: Bahagia berkongsi~~~




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.