BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, January 15, 2011

BEN ASHAARI ! MASIHKAH KAU INGAT ??


Apa yang perlu korang buat ialah menceritakan dengan mengimbas kembali saat saat kali pertama korang berblog .. Pahit getir korang buat blog .. Susah senang ... Suka duka ... Mereka yang datang dan pergi ... Blogger pertama yang meninggalkan komen .. Kutukan serta kejian .. Bagaimana korang mendapat inspirasi serta semangat untuk bangkit kembali .. Mereka yang sering memotivasikan korang .. Dan macam macam lagi ..

Blog ni...bukanlah blog pertama saya, sebab saya ada wordpress (berdomain asasian.net) sebelum ni. Bila tengok ramai berpindah ke blogger.com, dan akses dia macam lagi senang dan mudah faham...maka, terbentuklah blog ni~ :) Dulu saya buat sebab nak review buku...boleh tengok book review pertama saya kat sini. Dan dah tentulah cik Anon yang tinggalkan komen kat situ bukan orang pertama yang tinggalkan komen sebab blogger pertama adalah cik Eka dari Indonesia kat entri Ayat-ayat Cinta. Tapi takde link ke profile dia, dia bagi broken link pulak. Hurm...permulaan blogging yang agak slow gak la dulu, ambil masa berbulan-bulan juga nak update entri. Huhuhu.

Daripada blog review buku menjadi blog peribadi, berkongsi macam-macam artikel Islamik, kemudian blog ni berubah jadi blog rasmi. Erk, apa maksudnya tu? Berubah jadi blog rasmi sebab masa tu da jadi MPM, orang selalu jenguk blog tengok isu kampus. Masa awal-awal jadi MPM tu (terutama masa kempen) banyak jugak la lalat-lalat menjenguk blog. Diorang tak kutuk blog, tak keji blog pun, tapi kutuk benda lain. Tambahan masa tu blog ni ada link pulak dari blog MPM, dan diorang nampak blog ni asyik update masa tu (amek hang!) Biasa la tu, lalat kan suka buat hal... Sedih masa tu? Ya! Kecik hati? Ya! Menyesal buat blog masa tu? Tak! Alhamdulillah, saat-saat macam ni ada sahabat-sahabat di sekeliling yang memberi semangat supaya tak cepat tunduk kepada lalat. Terima kasih sahabat!

Dan sekarang da jadi orang biasa... Alhamdulillah, masih berblog... masih termotivasi untuk berblog kerana ada follower yang setia (cewah!) dan kerana ada kamu-kamu semua~ yang rajin menjenguk blog saya~ Terima kasih! Kamu semua adalah penyumbang kepada kebangkitan ni, tahniah! Takde award ye...:D

Oh! Terlupa lak tadi! Blog yang saya baru follow jap tadi adalah blog Nur Sabrina Risman. Vna ni junior saya, blog dia ada banyak puisi best dan entri-entrinya banyak mengajak kita bermuhasabah~ Gi la jenguk ye~ ;)

Untuk bloggers baru, jangan cepat patah semangat ye kalau ada lalat datang blog kamu-kamu semua~ Jadikan ia sebagai cabaran dalam dunia blogging, teruskan konsisten! Tak lama mana pun, nanti lalat-lalat tu bosan gak... DAN... Manfaatkan blog kita sebaiknya ya~ ;)

Eh, entri ni...dapat jugak publish dalam keadaan broadband biru putih yang agak lembap...alhamdulillah...:)

Klik header Enchek Ben untuk maklumat lanjut ye~






Nak Tukar ke?

Hurm...internet sangat lembap. LED yang selalu kaler biru tu asyik turun jadi kaler hijau je. GPRS tu, sure lambat nak surf! Itulah jawapan untuk pengunjung-pengunjung yang tinggalkan jejak, maaf tak dapat nak jejak dengan segera...huhu. Time LED kat modem tu tukar jadi biru, siyes saya laju-laju refresh page...sebab nak jejak balik. Then dia tukar hijau pun laju-laju gak, jadinya saya baca entri kat page kamu-kamu tu lebih dari berapa kali ntah, cuma tak sempat nak komen je. :D

Nak join segmen Enchek Ben, tapi macam tak mengizinkan sangat je cik broadband ni. Takpe, takpe. Nanti da ok sikit, saya join ye Enchek Ben, insya'Allah...jeles tengok yang lain berkongsi pengalaman blogging, nak jugak! :D

Oh ye! Baru-baru ni ada la 'berbincang' dengan salah seorang follower setia...

Dia: Dah boleh tukar dah tu...tukar sunah.com la...

Saya: Ouh...pernah terfikir jugak nak tukar...kalau tukar, www.sunahmohammad.com ke www.sunahsukasakura.com yang ok ek?

Dia: Yang mana-mana pun, tetap jadi follower setia...hehe

Saya: Hurm...nanti saya fikirkan ye...

Ouh, bagus betul follower ni...(mesti tersengih kalau dia baca ni) tapi, nak tukar ke? Takdelah best sangat blog ni kalau ada angan-angan nak tukar...entri pun entri picisan je, ntah sape la nak baca...kan, kan?

Kalau tukar nak letak nama apa? Ada cadangan?


Istikharah lagi...




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.