BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, January 16, 2011

Wedges Bukan KFC Punya

Hari ni seperti biasa 'bekerja' kat rumah (ouh, bila la nak buat projek master ni???). Nak kongsi kesedapan kentang wedges yang baru siap tadi. Sebelum ni pun da selalu buat, mak dan adik bongsu serta kak ya si sepupu yang da gemok la suka makan. Bagi memenuhi kehendak mereka, satu resepi baru dicipta lagi. :D

Ok~ mula-mula kentang direbus lepas dipotong macam wedges tu...yang barunya hari ni, saya rebus dengan limau nipis sekali...letak jugak tomato...hoh. Memang pelik!

Sambil-sambil tu, sediakan adunan tepung, saya guna tepung gandum. Campur dengan sedikit serbuk lada hitam, serbuk oregano dan sedikit garam. Bagi jadi adunan dengan mencampur air (macam nak buat cucur gitu~)

Kentang yang da siap direbus (tak perlu bagi empuk sangat) tadi ditus dan masukkan ke dalam adunan tepung. Panaskan minyak, kemudian goreng sampai keemasan~

Tadaaa~ (tadaaa aje-aje..) Da siap~


Makan panas-panas ye~ :)





300, tahniah! Nuff da tak merajuk....:)

Alhamdulillah, hari ni bukak akaun nuff~ Terkejut tengok earning naik~ Naik berapa? Rahsia...haha. Apapun, thanks ya encik nuff~ Sudi jugak menaikkan diri...walaupun tak pernah ada BE...

Kamu-kamu yang klik tu, terima kasih ye~ klik la lagi~ hehe

Admin: Budak ni baru belajar pasal nuff...jadi, sila buat-buat kagum ye~

.

.

.

Pendeknya entri hari ni... Kita tambah lagi~ :D Sila tengok gambar di bawah...


Tahniah kepada follower ke 300! Bukak hari ni tadi da lebih 300, orang yang bertuah itu ialah Admin P@P. Beliau merupakan seorang guru yang berasal dari Sarawak dan mengajar juga di Sarawak. Heh~ orang negeri ni... Baru start berblog pada bulan Oktober tahun lepas, dan dah ada 51 follower setakat yang saya jenguk tadi. Blog yang simple, Cikgu Lai si pemiliknya, bila tengok nama blog beliau Paradigma @ Pandangan, boleh dilihat yang entri-entri beliau banyak berkisar mengenai isu semasa. Beliau mengupas isu dengan baik, itulah tugas seorang guru kan? Hehe...Apa lagi, jenguklah blog Cikgu Lain kat SINI ya, kalau suka, jangan lupa follow~ :)


Siap satu blog review khas untuk kamu follower ke 300~ ;) Tahniah dan terima kasih ya~





Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.