Dia berdiri sahaja di situ. Memerhatikan lautan manusia yang lalu-lalang di hadapannya. Semua mereka nampak begitu sibuk dengan hal mereka. Mengejar-ngejar waktu, mengejar-ngejar destinasi masing-masing.
Bukk!! Dia dilanggar seseorang. Hampir sahaja dia terjatuh.
"Minta maaf!" Kata si pelanggar sebelum berlalu pergi. Dia hanya mengangkat sebelah tangan, tanda "tidak mengapa."
Sibuknya mereka.
"Hebatnya kuasa dunia menarik setiap orang ke arahnya... Alangkah indahnya jika semua berpusu-pusu mencari redha Allah seperti itu juga..." mesej dari seorang sahabat.
Dia kasihan apabila mengenangkan kaum muslimin seluruhnya. Pasti mereka terlupa matlamat mereka diciptakan dengan setiap kesibukan itu.
![]() |
| "Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." [ali-Imran: 185] |
Beruntunglah orang yang mampu menyeimbangkan kedua bahagian itu...
Dia memerhati, menilai, dan berkongsi. Saya hanya menyampaikan dalam bentuk tulisan yang kini sedang kamu-kamu semua baca.
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".
Terima kasih sebab Like~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~





