BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, January 19, 2011

Bloglist QDA


Qaseh cumil! Saya nak menyibuk ye~ :D

Apa lagi ni? Klik header Qaseh untuk menyibuk jugak.




Blog...Macam-macam Ada

Blog...tak sangka macam-macam ada dalam blog. Blog yang dasarnya gunakan internet, tentulah dunianya tanpa sempadan, tapi tak sangka dunia blog ni kecik je kan? Tadi pun baru baca komen seorang sahabat blogger kat entry NI, rupa-rupanya entri pilihan tengah malam tadi tu dari blog junior dia kat sekolah dulu. Satu sekolah rupanya kak Deqdeq dan Abdul ni. Jumpa pulak dalam dunia blog yang kecik ni. Alhamdulillah... :)

Beberapa hari lepas jugak, meluahkan perasaan kat SINI. Hoh! Ramai gak blogger yang bersetuju dan tak suka ada lagu dalam blog. Menjengkelkan, bak kata Ujang. Rina lak siap suh gi dengar radio jek kalau nak dengar lagu. Kuar entri tu, Echa yang baru letak lagu kat blog dia pun nak fikir-fikir balik samada nak teruskan atau buang jek lagu tu...fikir masak-masak ye dik~

Maka, pesanan untuk blogger-blogger sedunia, tak payah letak lagu ye kat blog. Kalau nak, bukak lagu kat laptop@pc tu jek. Lama-lama nanti kamu-kamu pun akan faham gak nape tak best letak lagu~ :)




JOM GEGAR BLOG


Apa ni? Sila klik header Enchek Ben untuk korek rahsia~ :D




Maahad Tahfiz Terbakar! Sumbangan Diperlukan!


ALOR SETAR: Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah di Lorong Pak Mat Kastam, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini, terbakar pagi 16 Januari lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, beberapa bilik di tingkat atas bangunan dua tingkat itu terbakar dipercayai akibat litar pintas. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku di Maahad yang menempat sejumlah 65 pelajar, termasuk 11 perempuan yang berusia antara 13 dan 25 tahun.

Pengetua Maahad, Mohd Rodhi Abdul Rahman, 41, ketika ditemui memberitahu kebakaran itu menyebabkan lima pelajar yang tinggal di situ tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka termasuk pelbagai kitab pengajian.

"Kebakaran itu menyebabkan kerugian kira-kira RM150,000," katanya. Berita selebihnya kat SINI.

Ingin menyumbang?

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - 02011010080175
Akaun: Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah.
Hubungi saudara Mohd Rodi di talian 019-5455285 untuk keterangan lanjut.

Sumber: Warta Kedah

Pesanan dari blog asal:
Penulis: Dengan bantuan sahabat-sahabat blogger dan semua pihak yang menyebarkan berita ini semoga mendapat kerahmatan Allah dan sama-sama kita bantu mencari dana untuk membaiki gudang melahirkan ulama huffaz di Malaysia ini.

Admin: Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan...mungkin sumbangan kita yang sedikit ini menjadi mahar buat kita di akhirat kelak, insya'Allah. :)




Artikel terbaik aku untuk pertandingan artikel junko


Junko, saya join dan artikel saya adalah artikel ulangan...

Sila klik link ke artikel: Kenapa ek???

Boleh ke gini Junko? Kalau kena paste artikel kat sini jugak, gitau ye...:)

Yang lain-lain, kalau nak join, sila klik gambar contest di atas. Terima kasih.




Entri Pilihan Tengah Malam...

Nak tips akhirat sebagai bloggers dan facebookers???

"Seseorang blogger dan facebooker itu janganlah salah gunakan atas kepakaran ilmu yang kita ada. Seumpama budak yang baru pandai naik basikal. Ke mana sahaja mahu naik basikal, termasuk ke tempat yang tak munasabah berbasikal, atau ke tempat yang tak sepatut berbasikal dia juga akan berbasikal. Maka atas sifat menggunakan ilmu yang kita ada menerusi hujung jari, gunalah hujung jari itu dengan hikmah..."

Mula-mula baca tajuk kat dashboard, tertarik untuk klik blog junior ni...sambung lagi... "Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak: “berdepan dengan kematian, maka di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.”

Menarik entry ni, tapi tak sampai situ je...sila klik SINI untuk baca lagi ya~




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.