BLOG ENCIK SUAMI

Friday, January 21, 2011

Ayam Masak Kunyit Berkacang

Lewatnye nak update benda ni, sebenarnya nak update tengahari tadi, tapi lepas entri last tengahari tadi bizi memanjang sampai ke malam ni. Jadi, malam ni je lah entri ni boleh keluar.

Macam dah lambat, tapi resepi bila-bila pun boleh kongsi kan? Hehehe... Nak kongsi lauk tengahari tadi.


Ayam Masak Kunyit Berkacang

Bahan-bahan:
Ayam (dipotong ikut suka)
Kentang (dipotong ikut suka)
4 biji bawang putih
7 biji bawang merah
2 cm halia
Cili kering (ikut nak pedas mana)
2 tangkai serai
serbuk ketumbar (1 sudu besar ketumbar lagi baik)
serbuk jintan putih (1 sudu besar lagi baik)
serbuk kunyit (2 cm kunyit hidup lagi baik)
air asam jawa
santan
garam secukup rasa
4 sudu kacang kisar

Cara-cara membuatnya:
Mula-mula bawang putih, bawang merah, halia, cili kering, ketumbar, jintan putih, kunyit tu kisar bagi hancur, ni akan jadi bahan tumis.
Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar tu sekali dengan serai. Bila da naik bau, masukkan ayam.
Bila ayam da empuk, masukkan air asam jawa dengan santan, masukkan jugak kentang.
Bila kentang da nak empuk, kuah lak dah nak pekat sikit masukkan kacang kisar.
Jangan lupa masukkan garam secukupnya ya~~
Dah siap untuk dimakan~~~

Eh, macam ungkep berkacang pulak ye~ Hehe...





Alkisah Gula-gula Kenyal


Hari tu, mak beli gula-gula ni. Mesti kamu-kamu kenal gula-gula ni. Kecik-kecik dulu kan suka makan. Kenyal-kenyal dan manis gitu~ Macam-macam perisa lagi kan~~

Gula-gula ni pernah diboikot oleh kami adik-beradik tak lama dulu. Ada satu kisah di sebaliknya...

***

Atok: Nak sikit.

Adik: Amek la atok.

Atok mengambil sebiji gula-gula dalam bekas di tangan adik. Masa tu kami semua sedang menonton televisyen. Rancangan apa, tak ingat pula. Atok merenung gula-gula di tangannya. Kami tidak pula bertanya kenapa.

Atok: Lepas ni, tak dapatlah atok makan gula-gula ni lagi.

Saya: Kenapa pulak atok?

Atok: Gigi atok kan baru je patah tadi. Tak berdarah pulak tu.

Atok menunjukkan giginya yang telah tiada.

Adik: Hehe...atok dah takde gigi.

Esok pagi, atok meninggal dunia...pergi dalam tidur...

Al-Fatihah...


***

Selepas itu, berbulan-bulan, bertahun-tahun...gula-gula itu mengundang sayu di hati kami.

Moga atok tenang di sana...ditempatkan Allah bersama hamba-hambaNya yang bertaqwa.

Ameen...





Saya Seorang Perempuan

Salam dan selamat pagi. Nampaknya ramai juga yang keliru dengan identiti saya. Bukan sedikit yang terfikir bahawa blogger Sunah Mohammad ni seorang lelaki, kerana nama tu macam nama lelaki kata mereka. Erk, yeke? Macam nama lelaki ek? Hehe...

Dulu, saya ada seorang Cikgu Sunnah masa di sekolah menengah. Nama cikgu tu Sunnah tu je, dan beliau seorang wanita. :) Kemudian kat matrix, ada sahabat satu batch namanya As-suna kalau tak silap, dan dia juga seorang perempuan. :) Tak pernah lagi jumpa lelaki guna nama ni, melainkan Hassan, Hussein dan yang sama maksud dengannya.

Nama ni sangat jarang orang guna, satu-satunya juga nama ni kat kampus. Ada juga yang bertanya, saya ni kaum apa, nama saya pelik katanya. Heh~ Pelik sangat ke? Tak...'pelik' aje, tanpa sangat. Dan nama blogger ni bukan nama sebenar saya, nama panggilan je... :)

Saya Melayu...dan sebetulnya saya seorang perempuan seperti mereka juga...:) Blogger lain yang add saya kat Facebook, tau dah saya seorang perempuan...Hehehe...

Ok...sambung blogwalking penggegar-penggegar blog...nombor 21 ke 40 pulak...:D Oh ya, jangan lupa join Sahabat Blogger~ Bila da join, jangan lupa set email notification sekali...(faham-fahamlah ye~) :D




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.