BLOG ENCIK SUAMI

Monday, January 24, 2011

HOT! Spaghetti Tomyam~

Hampir terlupa pulak nak post entry ni!

Pasal makan...makan lagi! :p

Malam ni tadi makan makanan special lagi~ Hehehe...

Ni dia...


Hot Spaghetti Tomyam

Nape hot? Sebab memang hot! Semua Cik Wani punya pasal! Dia pi tambah lagi 2 biji cili padi tu sampai takleh nak hirup dah sup tomyam! (Haha~ Cik Wani dipersalahkan!) Kesian Kak Azila... Kesian Cik Wani... Kesian saya jugak... Semua jadi hot lepas makan~ Maaf ye semua... Huhuhu...

Tapi, memang sedap!

Apa? Macam mana nak buat?

Buat macam biasa... Haha~ Kejam betul!

Masak lah tomyam macam biasa, saya buat ni tomyam ayam. Kalau cik puan dan enchek tuan semua suka, boleh la buat tomyam seafood ke, tomyam daging ke, yang penting elakkan campur...kan Rasulullah tak galakkan campur makanan laut dan darat dalam satu hidangan. :)


Nak makan, tuang je kuah tomyam ke atas spaghetti...sedap oooo~~ Cik Puan Nabila jeles tak?

Admin: Hari tu kat Sarawak, guna Angel Hair untuk Laksa Sarawak. Pun sedap gak!




Hairuman dan Afiqah - Doa Untuk Mereka

Tengah berblogwalking tadi, jumpa artikel terkini mengenai Saudara Hairuman kat blog Budak Logam. Alhamdulillah, katanya dah selamat menjalani pembedahan. Kedua-dua tangannya terpaksa dipotong akibat renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika mengait kelapa sawit di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan Darat. Berita selanjutnya di Utusan dan Kosmo.


Saudara Hairuman, sebaya dengan saya (kalau tak kira tahun ni), mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan kepadanya, tak lupa jugak yang bagi semangat untuk dia meneruskan hidupnya lepas ni.

Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar! Kuatnya saudara Hairuman! Kuatnya dia kerana Allah memberikan dia kekuatan untuk menghadapinya! Tiada satu pun kejadian yang berlaku di dunia ni tanpa sebab dan tiada satu pun kejadian di dunia ni yang berlaku di luar pengetahuanNya. Saudara Hairuman bertuah kerana diuji Allah sedemikian rupa. Beruntungnya dia kerana ujian itu adalah salah satu daripada pengampunan dosa oleh Allah kepadanya di dunia.


Moga Saudara Hairuman terus tabah menghadapi ujian hidup, moga dipermudahkan juga segala urusannya sekeluarga selepas ini. Ameen...


Selain tu, baca juga berita di blog seorang rakan blogger, neneknya sedang koma. Moga nenek Afiqah Zairizal juga dipermudahkan untuk sembuh daripada koma dan kembali bersama keluarga. Sama-sama kita doakan untuk Afiqah dan keluarganya ya...





Sakit Leher Menghadap Skrin?

Mesti kamu-kamu semua dah penat menghadap laptop tu dari pukul berapa entah tadi kan? Bukan setakat penat mata, malah penat leher dan penat bahu. Sakit dan sengal. Bukan Sengal Zone ye~ :D

Meh, nak ajak rileks jap... Jap jek. Bagi lega sikit leher tu~

Ada satu cara yang insya'Allah boleh melegakan rasa sakit tu, walaupun untuk seketika jek.

Cik Puan Nabila menyampuk: Macam mana cara dia? Nak kena urut-urut ke?

Saya: Tak, tak payah urut-urut guna minyak semua tu...

Cik Puan Nabila tanya lagi: Habis? Kena jumpa Dr. Aziz ke?

Saya: Pun tak payah, jauh tu kat Moscow nak gi jumpa dia... Dia pun mesti setuju punya dengan cara ni...

Cik Puan Nabila: Jadi, kena jumpa Dr. Miszlullaby?

Saya: La...dia pun kat Moscow la Cik Puan oi~ 

Cik Puan Nabila kebingungan: Hoh? Macam mana la tu?

Saya: Macam ni...

Gi baca ni...


Ha, lega tak Cik Puan Nabila?

Terima kasih Enchek Google untuk gambar tu ye~ :)






Terima Kasih Enchek Ben!

Salam dan selamat pagi. Pagi ni bukak laptop, tengok banyak pengunjung datang ke blog. Oh, rupa-rupanya mereka datang menjenguk header yang tak seberapa ni dari blog Enchek Ben. Terima kasih ye Enchek Ben sebab sudi meletakkan header ni dalam list 10 header lagi bertarung nyawa tu~ (tajuk tu tak tahan~ :D) Terima kasih jugak kepada yang suka header yang tak seberapa ni~ :)

Nak bagi gemuk, kena klik

Mode sangat bahagia bertambah-tambah bila tengok kat sidebar~ Ouh! Betul ke apa yang saya tengok ni? Betul la! Terima kasih Enchek Ben sebab akhirnya follow blog saya yang tak seberapa ni. Huhuhu... Lepas ni kena lebih rajin update entry~ :)


Okie... Jom sambung blogwalking~ eh! Jom sambung buat kerja... Huhuhu.

Admin: Ramai gak yang suka sakura ye~~ Nak wat segmen tentang sakura, leh tak? :D




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.