BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, January 25, 2011

Tikus Menyamar Ayam Mc*, Ops!

Alhamdulillah, hari ni hari pertama gi kelas sejak sambung master. Huhuhu. Kelas Isu Global. Menarik gak kelas ni, pandai pulak pensyarah yang hebat tu menambat hati kami walaupun saya tengok ada yang tertidur-tidur (ada yang terasa tak? haha~). Paling gawat masa beliau cerita tentang restoran drive thru termahsyur di kalangan bebudak UTM. Cerita tikus menyamar sebagai ayam goren di dalam kawah besar berisi minyak. Ewww...nasib bek tak makan makanan restoran tu. Huhuhu~ Kamu yang baca ni, kalau kamu budak UTM, dan kamu selalu makan, nak makan lagi ke? Ish, ish, ish...ni kisah betul! Bukan main-main, bak kata pensyarah tu la. Team mate saya tadi boleh pulak nak belanja makan kat restoran tu. Tak dengar ke ape pensyarah tadi cakap? Adoi...pi makan sorang-sorang ye~ :D

Erm...tutup cerita kelas tu. Lain kali cerita yang lain pulak. Hehe. Tadi masa buat blogwalking lepas kelas (eh, macam lama jek...baru ni tadi je la) sambil menjejak balik pengunjung blog, benar kata Enchek Ben, blogger-blogger baru semakin banyak tumbuh selepas hujan. Eh, semakin banyak lahir pada tahun 2011 ni. Alhamdulillah...moga mereka menggunakan medium blog ni sebaiknya, bukan sebagai medan tuduh-menuduh ye, eh! :D

Gambar amek dari dalam laptop. Haha~ sebab dah lama, tak ingat amek kat mana. Yang pasti Enchek Google mesti ada!

Antara blogger baru tu macam zuhimi, kiera'sakura, eh! Jap, jap! Sakura lagi? Hehe... Ye, saya dah jumpa banyak blogger lain yang ada nick nama sakura...suke-suke! Tak percaya? Jenguk la blogger Farasakura, Misa Sakura, Hana Sakura, SakuraQis dan Kiera'sakura tadi tu~~ Dulu nampak gak kat shoutbox sape ntah, ada nick name sakura putih, tapi tak terklik pulak masa tu. Huhuhu~ Sakura putih, kalau terbaca entry ni, sila perkenalkan diri ye~ Tak pun, sape-sape yang kenal sakura putih, leh la inform saya~ (ye...saya dah try carik kat google, tapi tak sure yang mana satu~) Bestnye tengok semua suka sakura~~~ :))

Sakura...cantik kan? ;)





EDIT PHOTO BATTLE


Seseorang telah mengetag untuk contest NI..

Gambar sebelum.


Gambar selepas.


Kucing keluarga saya je...nama dia Cumel. Dia ada blog jugak. Gi jenguk SINI.

KENA tag 4 'orang':

Admin: Mode sangat malas nak mengedit sekarang. Ni je yang mampu ye wahai seseorang. :D



Sindrom Bahu Lenguh

Gambar amek kat SINI

Pernah tak kamu-kamu rasa sakit sangat kat bahu sebab duduk terlalu lama? Atau sakit tu sebab terlalu banyak menggerakkan sebelah tangan untuk bekerja dalam keadaan posisi duduk yang tak berapa nak betul?

Pernah tak rasa lenguh kat bahu tu masa tengah khusyuk menghadap laptop? Tak kira lah masa tu tengah berinternet ke, berblog ke, berfacebook ke, berprojek PSM ke, berbisnes ke, dan banyak lagi 'ber' yang lain...

Pernah tak?

Mesti pernah kan? Sebab sekarang ni saya pun tengah mengalaminya! Adoi...sakit betul urat bahu ni. Nampaknya kaedah melegakan urat leher tak mampu membantu melegakan urat bahu saya yang dah kronik sangat ni.

Konsultan Ortopedik dan Pembedahan Kecederaan Sukan, Kol (B) Dr Azmi Abdul Latif dari Hospital Pusrawi Sdn Bhd cakap, "perlu diketahui, sindrom bahu lenguh lebih berisiko pada perempuan kerana kebanyakan wanita tidak duduk dengan posisi yang betul." (Ha..jaga-jaga wahai cik puan semua!)

Selain wanita, golongan yang berisiko diserang sindrom bahu lenguh adalah mereka yang banyak menggunakan pergerakan tangan, atlit (pemain badminton, tenis) dan mereka yang suka tidur mengiring.

"Mereka yang bekerja secara berterusan dengan komputer juga antara yang berisiko. Aktiviti yang memerlukan penggunaan tangan yang banyak seperti pemain tenis atau badminton." Lagi kat SINI. SINI pun ada.

Cara nak merawatnya adalah berehat. Tu paling basic. Kalau tak pun, doktor akan suruh buat senaman regangan, dan paling teruk boleh sampai kena buat pembedahan. Huhuhu...

Maka, saya pilih yang pertama la ye~ Saya nak berehat dulu. Selamat malam~

Admin: Cik Puan Nabila, esok lah saya try join contest tu ye.




Dah 4 Hari Cik Puan Nabila...

Ouh, bagusnya ada peminat setia ni. Peminat setia ye, bukan follower yang setia mahupun reader yang setia. Tak sama tau!

Kenapa bagus? Kenapa ek??? Sebab peminat setia ni akan selalu mengikuti perkembangan kamu-kamu sampai buat entry untuk kamu! (eh, macam follower yang setia pulak?) Jangan lupa ucap terima kasih kat peminat setia yang macam ni ye. ;)

Okie~ abaikan introduction yang merapu tu. Tumpukan perhatian pada perenggan seterusnya. :D

Buat entry? O... Peminat setia kat blog. Ingatkan peminat setia kat luar nun (eh, tak sama ke?). Cakap pasal blog, blog ni dah 4 hari bertukar ke domain sendiri. Dah jadi www.sunahsukasakura.com. Alhamdulillah... Daripada url yang lama dulu... Apa? Nak tahu url yang lama dulu???

Hanya Cik Puan Nabila yang tahu... Hehehe... Eh, yang lain pun tahu gak. Itu pun kalau ingat lah...;)

Asyik-asyik Cik Puan Nabila, asyik-asyik Cik Puan Nabila. Siapa dia ni sebenarnya? Bosan betul la asyik Cik Puan Nabila aje! Hadoi...lepas ni saya letak nama orang lain lah! "Lepas ni" tu lepas saya dah bosan letak nama dia. Haha~ Ops! Nak tahu sangat sape Cik Puan Nabila? Klik je nama dia yang banyak tu~ :D

Apa? Tak dapat klik kat nama? Memanglah, saya tak letak link pun~ Sila klik SINI ye. :)

Admin: Kenyit-kenyit mata kat Cik Puan Nabila sambil cakap "mekaseh ye Nabila cumil!"




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.