BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, January 26, 2011

GEGAR BLOG : Soalan 4 ( RM30 PREPAID )

KLIK SINI NAK TAU~




I Love YOU Lah! Betul ke?

Cinta. Tetiba cakap hal cinta pulak hari ni ye? Cik Puan Nabila sila jangan rasa geli geleman. Belum start lagi ni...

Apa itu cinta? Best ke cinta? Cinta tu rasanya macam apa? Macam ayam goreng yang menyamar ke? Eh! :D Atau rasa macam aiskrim coklat. Mmm...sedap! Habis aiskrim, dah tak dapat nak rasa dah...lama-lama dah tak ingat rasanya macam mana. Macam tu ke cinta?

Cinta adalah perasaan yang tak dapat digambarkan. Ye ke? Cinta adalah kasih sayang. Iye? Tak, cinta adalah komitmen. Bukan, bukan! Cinta tu tanggungjawab. Eh, ye ke? Tak kisahlah, apa jawapannya, semua tu betul sebab cinta adalah subjektif! Ikut kamu nak describe macam mana.

Atau...cinta tu macam Samurai yang nak mempertahankan pokok sakura? Ini hanya anime ok!

Yang dah bercinta kat luar nun, dan sampai ke jinjang pelamin, atau yang sampai jinjang pelamin dulu baru bercinta, mesti da rasa cinta tu macam mana kan? Kerana cinta, kita sanggup buat apa saja! Betul tak? Kerana kita cinta dia, kita sanggup buat apa saja untuk dia, kerana kita cinta ibu ayah, kita sanggup balik kampung jumpa diorang, kerana kita cinta sahabat kita, kita sanggup mengeratkan ukhwah yang terbina, kerana cinta kita pada diri, kita sanggup gi saloon untuk buat rambut, tak pun gi gym buat badan ketak-ketak, eh! Camtu ke? Mungkin! Salah satu darinya kot~ Hehehe...

Tapi...kerana cinta kita pada Allah dan Rasul...apa yang kita buat ek? Sebelum jawab yang tu, ye ke cinta? Ya, aku cinta! Sapa kata aku tak cinta! Memandai jek kata aku tipu, pi timbang berat cinta aku kalau tak percaya! Amboi...sampai gitu sekali! Hoh~ Kamu-kamu, boleh ke cinta ditimbang? Apatah lagi cinta kepada Allah dan Rasul...agaknya berapa gram ye? 

Gambar di copet di SINI

Cinta pada Allah dan Rasul beratnya pada iman dan amal kita. Cuba ukur sat, berat tak? Ni pun takleh timbang bagi orang lain tengok sebab tak nampak, kamu-kamu sendiri jek yang boleh tahu berat iman dan amal kamu sampai 1 kilogram ke tak. Kan, kan, kan? Agak-agak, yang mana lagi berat, cinta pada Allah dan Rasul ke pada yang selain tu? Huhuhu~


Tak cukup gerun lagi dengan janji Allah dalam al-Quran tu? Huhu... Jadi, lepas ni nak kena buat apa? Orang kata, kalau cinta, buktikan!





Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.