BLOG ENCIK SUAMI

Friday, January 28, 2011

25 Things About Me

Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."
Dari Kak Shida

Sebab tu lah entri ni ade...

25 things about me?
  1. Saya orang panggil Sunah...
  2. Saya suka sakura
  3. Saya suka kalau sakura tu kaler purple
  4. Saya suka jugak sakura yang kaler lain-lain...
  5. Saya suka blog
  6. Saya suka kalau orang datang blog saya untuk baca
  7. Saya suka kalau orang datang blog saya untuk komen...
  8. Saya suka kalau orang datang blog saya bukan takat follow-follow jek...
  9. Saya suka pasta
  10. Saya suka try macam-macam jenis sos pasta ciptaan sendiri
  11. Saya nak buat restoran pasta satu hari nanti
  12. Saya nak kamu-kamu datang makan kat restoran pasta saya nanti...hehe
  13. Saya tengah pening tentang projek master
  14. Saya tak tahu macam mana nak buat projek master
  15. Saya tengah bingung nak carik maklumat projek master
  16. Saya suka kotton Jepun
  17. Saya paling suka Fabrik Jepun Kak Farah punye...
  18. Saya suka kucing jugak
  19. Saya ada kucing kat rumah
  20. Saya punya kucing kat rumah namanya Cumel dan Mitchi
  21. Saya punya Mitchi da beranak pinak
  22. Saya punya Mitchi ada kawan
  23. Saya punya Mitchi punya kawan nama dia Batman
  24. Saya punya 25 things about me ni konfirm tentang saya kan, sebab semua start dengan "Saya.." :D
  25. Saya sekarang takde depan laptop, ni auto publish...
Lega..cukup 25. Dan, mengarut je semua...eh, betul je semua tu...:D

Kena tag 25 orang...

Mereka ialah...

Bersedia ek nak tengok nama yang banyak ni...
.
.
.
.
.
Kamu yang baca ni...(tak sempat nak taip la..)




PERHATIAN: Bayi Diculik!

PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya ternampak MYVi PUtih No. Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung, sila hubungi En. Rashid 0196267828. Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yang ade di dalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery baru sebentar tadi di area Puchong... Keprihatinan anda amat dihargai,  ini berita benar...sila sebarkan...




Kebetolan Lagi...

Macam biasalah nak bagi gemuk...
Kebetolan lagi? Kali ni kebetolan ape lak?

Kebetolan junior saya dan junior deqdeq mengeping kat Gengblogger.com....haha~ Betul-betul sebelum saya ping entri Muka Berpattern Negeri tu...

Entry best dari Abdul Azim Abdul Jamil...Mati Itu Dekat...

Cik Puan Nabila dah ping?

Admin: Tak larat pulak nak komen kat SB...





Muka Berpattern Negeri

Di waktu petang yang indah... Di sebuah meja merah berkerusi kuning...

Ujang: Mari kita semua berkenal-kenalan dulu ye...(padahal dah habis perbincangan untuk gathering SB, jadi patutnya perkataan "dulu" tu dah takde)

Naz: Oh, mari-mari...aku kenalkan diri dulu. Nama aku Ainazirulhazwan, asal Kelate...sekarang kerja kat Seremban...

Ujang: Apasal ko mesti nak dulu jek eh? Huh! Aku Ujang, orang panggil aku Paknyah, hobi aku kentut merata-rata, asal aku, cube teka...hehehe.

Naz: Dah, nak kena teka-teka pulak. Pass.. next...

Shida: Saya shida...asal Kedah...blog saya ada header romantik~

Qaseh: O...nape kena sebut blog ni? Takpe lah, kite Dalia (eh, Qaseh ke Dalia ni?), asal Pluto...

Ujang: Ha, aku dah agak dah! Muka ko memang ada nampak macam orang Pluto!

Qaseh: Ha? Macam mana boleh nampak muka orang mana ni? Ada pattern ke???

Shida: Ntah Paknyah ni...

***

Ok, stop dulu teater tu...

Saya pun pelik, macam mana sesetengah orang ni boleh detect kita orang mana hanya berdasarkan muka? Ada pattern ke? (ulang soklan watak Qaseh) Selalu je, kalau time berkenal-kenalan, mesti ada je words "ha, dah agak dah ko orang Johor...nampak sangat!", "patutlah muka cam orang Sarawak...", "meh aku teka dulu, orang Jepun kan?" (mana pulak Jepun datang ni...) dan sebagainya. Tapi ada je yang cuba-cuba teka tu tersilap...hehehe.

Tu baru part muka, kalau part loghat, memang senang lah nak detect... Tapi kadang-kadang ade jugak yang pelik, "eh, nape ko punya loghat negeri tak dengar ek?" Dah dia bertahun-tahun duk negeri ang, mesti la loghat dia da tak dengaq da... Adoi...

Sekadar entri minum pagi... Selamat menyambung kerja...

Admin: Korang pernah kena detect muka negeri macam ni tak?




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.