BLOG ENCIK SUAMI

Monday, January 31, 2011

Saya Tak Minat Enchek Ben

Tempat: Di kedai majalah dan buku-buku, dalam bangunan berwarna maroon bertulis Jusco.

Seseorang mencuit dari belakang. Saya menoleh.

Saya: Eh, Kak La~

Dia senyum kemudian membelek majalah-majalah lain. Wani pun join membelek-belek.

Saya: Akak, tadaaa~~~ dah ada~ (sambil menunjukkan majalah kat tangan)

Kak La: Ape tu?

Saya: Meh, tengok sini~ (sambil membuka muka surat 124)

Kak La: Owwwhhh...meh nak tengok sikit, hensem ke?

Saya: Tak... (Ops, jangan marah ye empunya badan! :p)

Kak La mengembalikan majalah tersebut. Saya menuju ke kaunter dan membayar RM 4.00. Kemudian, kami keluar ke tempat letak kereta. Terus bergerak pulang ke rumah.

Dalam perjalanan...

Saya: Alhamdulillah... Hari tu dah gi kedai tu, tapi orang kedai tu kata tak sampai sini lagi majalahnye...

Kak La: O...gi jugak ke sebelum ni?

Wani: Ha'ah... Kitorang gi masa beli barang untuk buat kek hari tu.

Kak La: Yeke... Akak tak minat la dia, badan besar... (Ops! Empunya badan sila bersabar...:p)

Saya: Eh, akak... Jangan salah faham ye... Saya tak tengok orangnya pun... Saya minat tulisan dan blog dia...

Kak La: Iyee? (seperti intonasinya yang selalu....)

Saya: Yup, dah agak dah...akak mesti fikir gitu. Hehe...dah ramai yang salah faham pon...

Akak kan housemate saya, dah nampak setiap hari macam mana saya duduk depan laptop baca blog dia. Akak jugak yang jadi pemberi semangat untuk segmen harta karun dia dulu tu...:D Balik rumah je terus followup saya dah dapat jawapan ke belum. Ni sape lagi excited ni? Haha~

Itulah cerita saya dan Majalah RAPI 1 Februari 2011. Majalah yang memang saya sentiasa beli, tapi kali ni agak teruja nak beli. Heh~ Ya, Enchek Ben ada dalam tu, ala...blogger otai yang famous amous tu~ Seperti biasa, dia berkongsi pengalaman dan pandangan dia tentang dunia blog selain info kecergasan macam mana dia maintain badan ketak-ketak tu. Rasanya, dah ramai pun rakan-rakan blogger yang ada majalah ni kan? Sejak Enchek Ben war-warkan tempoh hari. Kan, kan?

Ini bukan segmen Enchek Ben ye~ :D

Nape saya suka baca tulisan Enchek Ben kat blog dia? Sebab blog dia banyak info, bahasanya bersahaja, santai macam header dia, dia pun selalu update. Saya mula aktif berblog ni pun sebab baca banyak sangat nasihat dalam blog dia, terutama untuk blogger-blogger baru. Walaupun kita dah lama berblog, tak semestinya blog kita ni bagus kan? Pembaca pun takde la ramai sangat, follower je yang banyak... Huhuhu. Enchek Ben la yang banyak bagi tips-tips untuk tarik pembaca datang ke blog. Walaupun sikit yang datang, tapi sekurang-kurangnya yang sikit tu lah yang setia baca entri-entri kita. (Terima kasih semua~~~ Sayang kamu!)

Dari blog Enchek Ben ni kamu-kamu semua boleh belajar macam-macam benda. Insya'Allah...

Jadi...cukup-cukuplah fikir yang bukan-bukan ye... Saya minat blog dia jek... Betul~ Hehehe...

Admin: Sabar ye... Saya jejak balik sat gi.





Mata Kamu Cantik?

Pernah terfikir tak mata kamu-kamu semua macam mana rupanya?

Ala...mata kamu yang cantik tu~ Yang selalu dipuji puja tu...

Yang bulat macam mata Heliza, yang hijau macam mata Harry Potter, yang sepet-sepet macam mata orang Korea...

Ni nak tunjuk kalau tengok dekat-dekat...

.

.

.

.

.

Jangan terkejut ek...

.

.

.


Cikgu Fizik, Suren Manvelyan amek gambar ni dengan menjadikan kawan-kawan dan pelajarnya sebagai model. Enchek Manvelyan ni ada webphotos gak, kira dia memang pandai amek gambar la...tapi dia tak nak kongsi pon cane cara nak amek gambar mata dekat-dekat macam ni...tu yang diceritakan dalam NI la...siap masuk paper online lagi~~Ni baru satu gambar je... Jenguk lagi 19 baki gambar mata yang 'cantik-cantik' tu kat web Enchek Manvelyan kat sini~

Tu lah mata kita...yang Allah dah cipta...sangat kompleks, tentulah kita tak mampu nak cipta sesempurna tu... Yang kita mampu buat adalah menjaganya dengan baik...sebab untuk menggantikan yang sekompleks tu memang susah...pinjam mata orang lain pun, still ada komplikasinya kalau tak buat betul-betul...

Jadi, bersyukurlah.... ;)


Admin: Alhamdulillah, sekarang dah ade depan laptop, dah tak perlu autopublish... :) Actually dah set untuk autopublish, tapi tak keluar...jadi draft lak. :)




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.