BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, February 2, 2011

Saya Tak Reti Nak Wat Scroll Box

Ok, hari tu kita belajar buat autopublish, hari ni nak ajar wat scroll box lak. Scroll box tu ape? Cuba tengok kat bawah nun, ade Mister Linky dalam scroll box kan? Ha...ni kita nak belajar wat scroll box macam tu le~ Nanti takde la panjang sangat kamu punye Mister Linky tu sampai amek banyak sangat ruang. Tak best kan gitu??? Sape cakap best, gi main jauh-jauh~ :D

Gambar ini dicopet!

Ok, mula-mula, gi Design>Edit Template>Add a gadget>HTML/Java Script. Kalo kamu-kamu dah ada dah widget Mister Linky ni, bukak je widget tu balik, edit kat situ jek. Tak yah wat yang baru ye~

Then, masukkan atau ubah kod widget kamu-kamu jadi macam ni...


<div style="width:426px;height:100px;overflow:auto; ">
Letakkan kod widget anda disini
</div>


Bahagian width dan height tu kamu-kamu leh adjust ye~ ikut kesesuaian blog~ Kalau nak centerkan pun letak lah ape yang patut untuk centerkan ye~

Bila dah settle, klik save. Tengok jadi ke tak? Jadi tak zhafri?





Pengkid Mencari Pasangan!

Erk, tajuk bukan main lagi! Ini bukan entri nak cari pasangan ye! Dan saya bukan pengkid~ Dush2!

Alkisahnya begini... Enchek Nuffnang membuat laporan kepada saya bahawa ada salah seorang wakil CIA (wakil jek, bukan CIA betul ye!) mencari maklumat kat blog ni. Bila saya suh Enchek Nuffnang siasat apa yang dia carik, terus keluar graf kat bawah ni ha...


Hadoi... Sape la pengkid yang mencari pasangan tu. Takde kat sini ye. Sekian terima kasih.

Enchek Nuffnang, sila gitau dia, gi cari tempat lain. Oh, lagi satu...pesan kat dia, cuba ingat-ingat balik kisah Nabi Lut zaman dulu-dulu. Kisah kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis. Lelaki sukakan lelaki, hinggakan malaikat yang menyerupai lelaki tampan pun golongan lelaki dari kaumnya inginkan dan menolak tawaran Nabi Lut yang memperkenalkan puteri-puterinya.


Mereka tidak langsung mahu menerima kata-kata Nabi Lut, malah mahu mengusirnya keluar dari negeri tu. Hingga satu saat, Allah turunkan bala kepada mereka atas kefasiqan kaum Sodom tu.


Ya, memang...dulu tu lelaki dengan lelaki jek, walaupun kamu mungkin seorang perempuan, tapi lesbian mahupun pengkid itu tetap salah, ok? Samalah dengan apa yang berlaku pada zaman Nabi Lut dulu...tak takut bencana jatuh menimpa? Sekarang pun dah banjirrrrr aje...gempa bumi merata-rata...wabak kat sana-sini. Maka, insaflah...kembali kepada fitrah seorang hamba, ok?

Ha, Enchek Nuffnang, boleh tak ni nak sampaikan kat dia?





Dahsyatnye Kak Shida...


Sangat dahsyat! Notification kat SB...bukan Salfiza Baek ye~ :p
Adoi...laju bebenor. Tak larat nak follow...
Tu noti dari Kak Shida jek memanjang sampai atas...sempat gak snap kejap. Haha~
Selamat berceloteh...




SEGMEN 1MALAYSA - SELAMAT TAHUN BARU CINA

Macam biasa, kalau ada header ni maksudnya ni segmen Enchek Ben~

Kenangan sepanjang bersahabat dengan rerakan bebilang kaum? Kenangan manis tu~~~

Dulu masa kat sekolah menengah (sekolah rendah, tak...sebab sekolah 1 kaum jek...faham-fahamlah ye), tu first time bercampur dan berjumpa dengan pelbagai kaum (di sekolah ye, di luar sekolah mestilah dah jumpa!). Masa form 1 duk depan kawan Cina...best sebab dapat belajar bahasa Mandarin. Terus faham sikit-sikit bahasa Mandarin. Diorang ni dah la sporting nak ajar kita, memang berjasa lah sebab sampai sekarang leh ingat cakap Mandarin sikit-sikit. Kalau Tahun Baru Cina, diorang pelawa kita datang rumah diorang. Masa kecik-kecik, saya, adik-adik dan sedara mara mesti nak gi raya rumah diorang. Sebab akan dapat ang pow! Lepas tu gi kutip biji saga tepi-tepi jalan. Entah, pakcik naga tu suka keluarkan biji saga yang merah, cumil-cumil tu~ Tak tau sebab pe. Kalau kamu-kamu tau, gitau la ye...Hehehe.

Selain kawan Cina, kawan ngan Iban gak, sebab saya kan duk Sarawak. Kawan Iban pun best, bahasa diorang pun saya faham. Cuma tak berapa pandai nak bahasakan balik. :D Dengan diorang ni saya lagi kamceng. Haha~ Bergosip pun ye~ Mak-mak kitorang pun kamceng gak. :p Ade gak kawan yang kaum Bidayuh ngan Kenyah. India kurang kat Sarawak ni...

Masuk form 4, makin bertambah-tambah kawan Cina sebab sekolah tu memang gitu~ (tak faham, takpe) kaum saya dalam kelas leh la dikira dengan jari tangan sahaja, tak sampai sepuluh pon. Maka, kami femes?? Tak lah~ Haha~ Kenal diorang ni 2 tahun je pun dah kamceng, suka anime sama-sama, siap satu kelas tu bertukar-tukar poster anime Saiyuki~ (ha, dari sinilah dapat email goku_saiyuki17 tu, bukan Goku Dragon Ball ye~)

Rindu lak ngan kawan-kawan zaman sekolah dulu. Rindu dengan Cyndra, Lydia, Juliana, Danny (yang pandai cakap Sarawak), Han Soon (skandal), Charles (skandal gak! haha~), Alice, Lei Sin, Jack Ming, Tiong, Nicholas, James (peminat~ :p), Niko, Ying Ying, Bing Bing, Jenny, Wun Min, bla, bla, bla... Banyak betul! Ha...lepas ni boleh tepek link ni kat group sekolah. Haha~ :D

Saya nak ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina ye kat kawan-kawan yang sambut tu~ terutama kat blogger Logorithm~ termasuk gak yang keturunan campur-campur macam Che Mat~ tak lupa gak geng Mafia Wars bro David~ Moga segalanya lebih baik untuk tahun ni dan akan datang~ ;)

Admin: Sepanjang nak CNY ni, jumpa banyak betul sakura di mana-mana~ suke-suke! :))





Blog Review: ! - A . Blog . To . Remember - !


Blog ini milik Mr. Swift. Nama sebenarnya telah dijumpai dalam entry terbarunya kat SINI. Haha~

Blog ni sangat menarik, pengisian dia best-best jugak. Sebelum ni nama blognya Epal Merah Percuma, dah bertukar jadi ! - A . Blog . To . Remember - !. Meroyan dia kat sini nak suh tukar nama blog kat bloglist tu. :p

Ops, terbersin... Alhamdulillah. Terkurang sihat lak hari ni. Sambung balik review. Kalau tengok, follower dah lebih 1000, tahniah ye Mr. Swift. Mana tak ramai, tengok la blognya, sangat kreatif dan memikat hati bila jeling-jeling dia punya bloglist. Ada senarai Pengomel Pilihan!, Teman Wanita!, Geng Mengendap!, Pondan dan Pengkid!, Wonderblogs!, dan Krew BPM 2011!. Sape yang bertuah akan terpilih sebagai Pengomel Pilihan!, rasanya Mr. Swift pilih randomly. Lebih kurang macam bloglist Dia Rajin Komen! :D kat blog saya yang hina dina ni. Huhuhu.

Ada label dan blog archive disediakan untuk kemudahan pengunjung kalau nak godek-godek lagi. Yang paling menarik membuatkan saya tertarik nak review sangat ni adalah satu kelainan yang Mr. Swift bawak. Try jenguk setiap entry dia, mesti ada komen pilihan dalam Most Favourite Comments. Lebih kurang macam ni lah...


Sekaligus dia memperkenalkan blogger-blogger lain melalui cara tu. Kreatif kan??? Bertambah-tambahlah orang nak komen~ Kalau nak tahu apa rahsia dia jadi hebat cenggini, try baca IDE Philosophy dia ni...

(1)Think big
(2) Be positive
(3)Follow your passion
(4) Learn something new every day
(5) Listen to your gut
(6) Be patient
(7) Put a great team behind you
(8) Put beauty in everything you do
(9) Learn to negotiate, because everything you want demands it
(10) Always go for the biggest win possible
(11) Ada lagi 10, takkan semua nak letak kat sini...? Baca sendiri kat sana~ :p

Ha..pe lagi, gi la jenguk blog Mr. Swift. Try buat dia meroyan ye~ :D




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.