BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, February 3, 2011

Blogger Chef Yang Terer Datang Jenguk! :D

Saya teruja? Memang! Sape tak teruja kalau blogger chef yang terer datang kumen sekaligus follow blog kita? Weehuu~~ (gaya Kak Yana) Sila jangan muntah wahai blogger chef! :D

Bukak blog ni tadi nak tengok kalau-kalau ada komen yang tak terbalas. Lepas tu terjeling la kotak follower tu. Hoho~ Tau apa yang saya nampak? Mesti dah tau kan~~~ Ni ha...


Terima kasih ye Che Mat yang terer memasak sebab sudi follow blog saya yang tak seberapa ni~ Huhuhu. Alkisahnya bermula dari segmen Pizza Telur Berkeju tu. Ada la dua orang peminat Che Mat ni datang komen dengan rasa tak puas hatinya, haha~ Sape lagi kalau bukan Master Faiz dengan Ir Nazirul Hazwan tu~


Saya pun gi post kat SB sebelum singgah kat dapur Che Mat gitau ada peminat dia serang saya. Wahaha~ Che Mat pun datang menjejak peminat yang mengamuk tu. :p Tup tup Che Mat membela saya pulak~ Kui kui kui. Tak percaya? Ni...baca ni...


Hahaha~ Terima kasih Che Mat~~~ Sangat gumbira ni~ Tak kenal Che Mat? Ala...blogger chef yang terer tu~ jiran Enchek Ben lagi~~~ ekeke~ Gi la dapur dia, mesti terliur aje~~~ Hehehe...

Admin: Cerita ini adalah kisah benar yang telah ditokok tambah! :D





Apa Itu Oregano?

Ada yang tanya saya kat segmen Pizza Telur Berkeju (banyakla ang punya segmen! :p), oregano tu ape? Meh sini nak cerita...

Gambar mestilah dicopet kat SINI

Oregano ni sejenis tumbuhan, banyak de kat Eropah dan kawasan Mediterranean. Kat Asia ni pun ada gak. Oregano digunakan dalam masakan terutama dalam masakan Itali dan Greek. Rasa dan aromanya lebih kuat bila guna Oregano yang dah kering. Serbuk oregano kering la maksudnya. Sangat best digandingkan dengan makanan yang pedas dan bawang putih. That's why oregano ni banyak orang guna untuk buat sos pizza dan spaghetti. Pasta? Sudah tentu! Saya selalu guna oregano dari Enchek McCormick. Yang macam ni...

Gambar ini pun dicopet!

Dari segi kesihatan? Hippocrates used oregano as an antiseptic as well as a cure for stomach and respiratory ailments. A Cretan oregano (O. dictamnus) is still used today in Greece as a palliative for sore throat. Cik Wiki kata~

Saya suka baunya... :))




Pizza Telur Berkeju


Hari tu lagi nak masukkan, tapi was-was sebab gambar tak clear. Guna handphone je masa tu, kamera compact habis bateri lak. Tapi, takpe lah. Masukkan je. Yang penting nak kongsi resepi tu sebab sedap sangat! :D

Ok...jom kita namakan makanan ni Pizza Telur Berkeju (buruknya nama! Ada cadangan lain? Hahaha~)

Bahan-bahan:
2 biji telur
1/2 biji buah tomato (dibuang biji dan dhiris kecik-kecik)
2 batang sosej (dihiris bulat-bulat)
sekeping cheese (KRAFT je saya guna) - hiris jugak
sedikit oregano
sedikit serbuk lada hitam

Cara nak buat:
Mula-mula pecahkan telur, ala macam biasa la... Kacau dalam mangkuk kecik tu dengan garpu ke sudu ke, tak kisah lah ye. Then, campurkan sosej yang dah dihiris tadi.

Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan telur bercampur sosej. Bagi separuh masak, taburkan hirisan tomato. Bagi masak sikit, balikkan ye~ Tunggulah dengan sabar...haha~ Api tu jangan besar sangat, kang hangus lak!

Kemudian, balikkan semula bila rasa da bercantum bahagian yang bertomato dan bersosej tu tadi. Taburkan kepingan cheese yang da dihiris tu jugak.

Lepas tu taburkan (taburkan ke?) serbuk lada hitam dan oregano secukup rasa...saya tak letak garam pun, sebab cheese dengan sosej da cukup masin.

Dah siap! Sedap~~~




CONTEST KAMI POSE COMEY

Klik gambar untuk korek rahsia macam mana nak menang!

Saya tak comel lah, sebab tu mula-mula saya tak nak join, Kak Shida oi~

Tapi demi Kak Shida yang comel, saya join lah jugak...

Macam biasalah kalau nak gemukkan...

Ha...comel tak ni? Siap gaduh lagi ni nak buat pose paling comel...
Sila jawab "Ye, comel, comel!" Haha~
Saya join sebab Kak Shida tag! Simple kan? :p

Saya pulak nak tag:







Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.