BLOG ENCIK SUAMI

Friday, February 4, 2011

Saya Nak Join, tapi...

Sungguh...

Saya dah tak larat...

Saya dah mamai...

Mata saya dah kabur...

Kepala saya dah berat...

Dah pening...

Doktor bagi ubat apa ni...

Saya nak join segmen Enchek Ben...

Tapi saya dah tak larat...

Selamat tinggal semua...

Doakan saya sembuh cepat...nak jejak balik...

Assalamualaikum...



Mesir Memanggil!


Dapat post dari sahabat di Mesir kat dalam salah satu group di Facebook. Saya tak kenal dia. Kamu semua pun tak kenal dia kan? Malah, ramai lagi yang kat Mesir tu kita tak kenal, kan?

Tapi...mereka semua saudara kita...saudara seagama kita. Apa salahnya kalau kita mendoakan mereka semua di sana. Doa daripada sahabat kepada sahabat tanpa pengetahuannya adalah lebih mustajab. Sama halnya macam Palestin yang diserang Israel. Teruskan mendoakan mereka~ Kita tidak mampu ke sana, tetapi tidak bermakna kita hanya perlu duduk menunggu di sini!

Moga Allah melindungi mereka, moga Mesir kembali aman, moga Palestin kembali bebas...

Ya Allah, Kau selamatkanlah umat Islam di seluruh dunia, dan berikanlah kemenangan kepada pejuang-pejuang agamaMu walau di mana jua mereka berada. Ameen...

"Nil ku sudah kering..." [Maria, Ayat-ayat Cinta.]



Sup Ayam Untuk Orang Demam (JE~!)

Disebabkan orang tu demam, maka tengahari tadi kita makan sup ayam je ye. Nak tau resepi jugak ke?

Okie, okie~


Bahan-bahan:

Ayam (gerenti la ayam, da nama sup ayam~ potong ikut suka ye~)
separuh lobak (pun potong ikut suka)
1 biji kentang (pun potong ikut suka)
3 biji cili padi (nak pedas lagi, tambah la lagi~)
2 biji bawang putih (dihiris)
2 biji bawang merah (dihiris)
2 cm halia (dihiris)
sedikit bunga cengkih
sedikit jintan manis
sedikit jintan putih
sedikit bunga lawang
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit perahan limau nipis

Cara-cara membuatnya:

Ni, mak saya ajar. Rebus ayam bersama kentang dan lobak. Bila da mendidih tu masukkan serbuk lada sulah dan garam.

Kat kuali lain, panaskan minyak, tumis rempah ratus (geng-geng cengkih la~). Lepas tu goreng bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Bagi sampai naik bau ye~

Kemudian, tutup api. Tuang ke dalam rebusan ayam tadi. Gaul, gaul, gaul~ Reneh sup selama beberapa minit, tambah garam kalau perlu ye~ Perahan limau tu jangan lupa pulak~

Ha...da siap untuk orang yang demam! Sembuh la cepat, sembuh la cepat~




Wahai Sang Samurai...

Hero: Byakuya

Wahai Sang Samurai,

Khidmatmu dibumi tercinta dipinta,
Melebihi apa yang dijangka,
benar kamu seorang pejuang,
namun lumpuhnya kamu tanpa bunga sakura,
Lihatlah Rasulmu yang Agung,
Hebatnya melebihi apa yang dijangka,
kerna setia Khadijah disisinya,
Tidak kira dalam suka ataupun duka...

Wahai Sang Samurai,

Tidak lengkap perjuangamu tanpa bunga sakura,
Sepertimana lemahnya kamu tanpa senjata,
Lemahnya Adam tanpa Hawa,
Sunyi hati ketiadaannya,
Dengan Kasih Allah maka Hawa dicipta,
Turunnya di dunia mereka dipisah,
Namun fitrah menyatukan mereka,
Dari situ perjuangan bermula....

Wahai Sang Samurai,

Sepimu menghilang mengundang tanda tanya,
Apakah kamu masih membuat persiapan diri?
Atau kamu melarikan diri?
Sekiranya benar kamu sudah bersedia,
Pulanglah wahai sang samurai,
Bunga Sakura menanti penuh setia,
Mana satukah Sang Samurai idaman mereka...

Wahai Sang Samurai,

Sudah tersedia bunga sakura yang indah-indah buatmu,
Setiap detik dan minit,
Menghalusi cantik dan wanginya,
Menghalusi akhlak dan peribadinya,
Menghalusi iman dan tarbiyyahnya,
Mempersiapkan diri untuk sang samurai idamannya...

Wahai sang Samurai,

Renungilah dirimu,
Persiapkanlah dirimu secepatnya,
Serahkan tawakkalmu padaNya,
Jangan kamu ragu-ragu akan janjiNya,
Miskin dan kayamu atas pengaturanNya,
Kamu adalah apa yang kamu sangka,
Maka yakinlah kepada Allah Yang Maha Esa,
Apa yang penting kamu teruskan usaha...
Andai kata kamu bersedia,
Jangan lengahkan hajatmu menyunting bunga sakura di taman...

Sangat menyentuh hati! Sangat mendalam maksudnya! Saya tertarik! Tambah-tambah lagi ada bunga sakura! Weehuu~~

Admin: Puisi dikutip di satu taman larangan yang terpaksa dirahsiakan.

Entry Sebelum Ini:
1. Sakura Dalam Taman Larangan
2. Samurai Setia vs Pemuda a.k.a Samurai Baru




Hidungku Tersumbat!

"Achuuummmmm!!!!" Dia terbersin lagi. Hidung rasa tersumbat.

"Tak makan ubat?" tanya sahabat yang datang. Dia geleng.

"Panadol jek..."

"Adoi...macam mana nak baik ni?" sahabat mula berleter dah...

***

"Esok nak gi klinik tak?" tanya cik housemate.

"Erm...tengoklah kalau pagi esok tak ok lagi..."

"Pagi-pagi, gerentilah tak ok!"

"Ntah, tu ubat ade tu...telan lah," cik housemate sorang lagi berleter.

"Tak, selsema dia ni kira teruk gak ni." Cik housemate yang mula-mula tadi cakap.

"Dah berapa kali masuk toilet dah ni...huhuhu."

***

Anda selsema? Kenapa boleh selsema? Sebab sekarang selalu banjir eh? Bukan, takde kaitan! Sebab hujan lerr...sejuk! Kalau selsema, apa cara terbaik untuk melegakannya? MauGemok.com pesan...

Rehat yang sempurna (tak rehat kalau duk ngadap laptop jek!)
Mengambil banyak air (lupa dah nak minum!)
Mengambil makanan yang berzat (makan SB je tiap hari...)
Pemberian paracetamol untuk melegakan demam dan membuat mereka selesa (err...tengahari tadi ade telan 2 bijik je)
Anti-biotik tidak diperlukan (kalau tekak ni sakit?)

Gambar ni dicopet! Serius! Cuba klik SINI

Ingat, sakit penghapus dosa~ Kalau makan ubat, jangan lupa baca selawat syifa' dan niatkan "sesungguhnya ubat yang kutelan ini tidak menyembuhkan aku, tetapi Engkaulah yang menyembuhkan aku Ya Allah..."~ :)

Oh...mari kita berehat! Sape nak ikut gi klinik esok? Jom!




‘Senang & Menang with Puteri Katek!!’

Takde sape tag, tapi saya nak masuk! Haha~ Katek tag benda lain, saya nak join benda lain! Boleh tak Katek? :p

Nak join contest Katek...


Saya nak kongsi resepi ni~~ Resepi Pizza Telur Berkeju~~ Baru je post tengahari tadi... Sila rujuk SINI ye Katek... Boleh kan macam ni? Hahaha~

Saya tau contest ni dari blog Katek la! Sebab tadi Katek tag satu contest tu, tapi saya nampak contest Katek ni dulu~ Lalala~

Simple jek contest dia, kenapa simple? Klik la gambar contest kat atas tu kalau nak tahu ye~

Saya tag...Norfa...sebab dia suka masak jugak! Teetttt! :p

Admin: Psst! Norfa da tukar tau! Tukar pe? Bukan jantina! Gi tengok blog dia kalau perasan! :D





Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.