BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, February 5, 2011

Kamu Memang Best!

Mereka sangat-sangat best! Kerana apa? Sebab mereka 'paksa' saya makan ubat! Hahaha~ Tengah asyik menyakat Norfa (psst! Norfa da berdotcom weh...:p), tiba-tiba doc Amalina datang menyerbu suruh makan ubat. Dush! Amek ang! Kan dah kena leter dengan doc cumil tu. :p


Okie~ Saya dah makan dah~ Jap lagi ngantuk la tu~ Terus tak larat nak menyakat blogger-blogger lain kat SB tu. Hoho~

Dahsyat betul SB ni...bukan saya sorang yang rasa, malah Ir Nazirul pon rasa apa yang saya rasa. Nak tau apa kitorang rasa? Ni, baca ni...

Haha~ Memang dahsyat penangan SB~ Sampai blog jadi sunyi sepi! :p Then, terkejut dengan kemunculan seorang Akikazu Imaizumi. Hoho~ Siapakah beliau? Jeng jeng jeng~ Mula-mula saspen jugak, sape lah yang nama susah nak eja ni~ Bukan Arnold Susah-nak-eja ok~ Dia pun join sekali suh makan ubat ngan Amalina. Terus add dia kat FB. Then, dia mesej...



Rupa-rupanya Udin a.k.a Budak Logam! Heheh~ Tak kenal? Gi la blog dia~ Budak Logam yang rajin blogwalking~ Hehehe...

Admin: Dah, dah...masa untuk tidur~




Saya Tak Reti Nak Tag Blogger

Hari tu kita dah belajar macam mana caranya nak buat autopublish@sticky post dan scroll box untuk widget. Ingat lagi? Kalau dah tak ingat atau tak tahu, takpe. Okie~

Hari ni nak ajar tag manusia bernama blogger ke dalam entri kamu-kamu semua. Sebab ada di kalangan blogger baru yang masih tak jumpa cara nak tag blogger ke dalam entri mereka.

First, macam biasa...buat new post ye~ Sekarang! Cepat! :p


Then, bila nak tag nama blogger tu, mula-mula kita highlight nama dia. Kat dalam gambar tu, nama blogger adalah Cik Puan Sunah kan? Highlightkan macam ni~


Lepas tu, klik option 'Link' kat menu atas tu~


Nanti kuar satu window yang mintak link...macam ni~ Letak link blogger Cik Puan Sunah tu...iaitu www.sunahsukasakura.com. Then, klik OK.


Nanti secara automatik nama Cik Puan Sunah akan dilinkkan macam kat bawah ni~


Kalau suka nak boldkan, klik option 'B' tu untuk boldkan. Bagi lagi nampak la kan link tu~ Then, publish! Dah siap~ Cuba lah, cuba lah~

Admin: Bagi gemuk gambar kalau tak nampak ye~ Kalau guna old editor pun lebih kurang macam ni lah~ ;)





Pergi...

Ia telah pergi...menjauh...

Aku sedar ia berlalu perlahan-lahan...
Namun siapalah aku untuk menahan...

Dulu...
Ruang ini menjadi tempat bicara bersama...
Mesra di sini dan di luar sana...
Kini segalanya hilang dari tabir mata...

Mereka tidak tahu...
Perkenalan ini lebih lama...
Kisah ini lebih berusia...
Di luar sana lebih banyak cerita...

Aku tidah tahu...
Adakah perginya ia kerana kesilapan lalu itu...

Ia tidak tahu...
Adakah kesilapan lalu itu sudah benar-benar dilupakan...

Kami sama-sama tidak tahu...
Apa yang akan terjadi di masa hadapan...

Kerana...Hanya DIA yang tahu...




Pening: Sakura Buka Baju!

Pening bertambah pening. Sedih tau Enchek Nuffnang! Tadi gi cek trafik kat rumah Enchek Nuffnang, terkejut tengok trafik semalam.


0???? Biar betul? Adoi...kenapa 0? Masa cek semalam ada jek. Huhuhu. Nape ni Enchek Nuffnang? Kesianlah kat saya yang tengah demam ni. Aiyooo...lagi pening bila cek keywords yang orang cari kat blog ni.


Sakura ade pakai baju ke? Itu sakura lain! Gi cari tempat lain~ Sini sakura takde pakai baju. Eh, sakura kat sini bunga, jadi memang takde baju. Pengkid pun takde. Tak dengar cakap ke? Enchek Nuffnang, dah cakap tak kat dia tu? Ish, potong gaji kang!~:D




Kamu Memang Caring~

Menggagahkan diri untuk menaip. Saya degil? Biarlah~!

Terima kasih kepada semua yang mendoakan agar saya cepat-cepat sembuh...mereka-mereka yang prihatin tinggalkan komen kat SINI...

Syafiq Ridhwan [terompah memang caring~]

Farasakura [kembar sakura]

Kak Deqdeq [komen akak paling best]

WaveX [kenapa ada 'hmmm...'?]

Amalina [geng 500 blog menang segmen~ :D]

Eika -[miracle]- [moga ada miracle untuk cepat sembuh~ hehe]

Zhafri [cepatlah balik U buat PSM]

Ir Naz [terima kasih kawan datang melawat]

Ieyba [kitak iboh demam juak deng]

Terima kasih...yang jadi silent reader tu pun, dan mendoakan kesembuhan saya senyap-senyap, terima kasih ye...moga Allah merahmati kamu semua...ameen...

Bestnye ada kawan-kawan blogger yang prihatin macam kamu semua. Terharu...huhuhu. Terima kasih!

Tekak masih rasa loya...kepala masih rasa berat...adoi...taknak makan ubat boleh? :D




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.