BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, February 10, 2011

Blog TAK LAKU?

Blog tak laku la...takpe lah, bagi orang lain je yang mencapub kat situ! Takde orang nak datang blog i ni, jadi buat apa i nak sibuk-sibuk buat segmen, contest, kempen, giveaway dan sebagainya lah~ Bagi yang dah otai je la buat semua tu~ I nak diam-diam jek kat sini...~

Ha...kita tak nak dengar yang macam ni tau! Saya bukanlah blogger otai untuk berkata-kata itu dan ini dalam dunia blog, tapi saya suka nak berkongsi dengan blogger-blogger baru. Walaupun blog kita masih kurang follower dan readers, jangan sesekali berputus asa untuk menyampaikan sesuatu.

Macam yang selalu blogger-blogger hebat berkata, readers yang ciput tu la pendokong kita~ Readers kita mungkin sikit, tapi readers kepada readers kita yang ada blog? Kalau kita ada 5 jek readers, then sorang readers kita tu ada 10 readers, tak termasuk yang ada beribu-ribu readers, darab 5 dah jadi lebih banyak..kat situlah fungsinya~ Readers kita yang akan memperkenalkan blog kita kepada yang lain...

Jadi, lepas ni blogger-blogger baru jangan segan-segan tau! Banyakkan membaca, memerhati dan belajar...lepas tu apply, ok? ;) Saya pun newbie gak~ huhuhu~

Nak update lagi...mereka pun dah join KEMPEN: Kami TAK Sambut Hari Valentine~...siapa? Waeda, Kiera'sakura, dan Naim...jom terjah~




Mereka Sudah, Anda Bila Lagi?


Kerja-kerja blogwalking berjalan seperti biasa hari ini...demi menyebarkan kempen yang baru dilancarkan semalam. Bak kat Enchek Ben, kalau kita buat entry tapi tak promosi entry tu baik-baik, tak ramai yang akan tau...jadi, saya tengah apply la ni 'pakcik' (dapat title pakcik dari status Norfa kat FB! :D)... Hehehe~

Alhamdulillah, ada beberapa blogger telah menyahut seruan untuk berkempen... Boleh jenguk entry mereka... Abdul, Azlin, Zhafri, Junko, Atikah, dan lain-lain yang akan cuba saya kesan sedikit masa lagi (ayat macam CSI jek~).

Mula-mula saya target kempen ni kat blog je, kat facebook, Cik Jun pun tukar profile pic dia kepada banner kempen. Tak terfikir lak saya, then saya pun tukar profile pic ke banner kempen! Terima kasih untuk idea tu! :)

Moga ada manfaatnya, dan moga lebih ramai yang akan sedar...insya'Allah.

Mereka sudah, anda bila lagi? ;)




BLOGLIST FAIZAL FREDLEY DOT COM


SAYA NAK JOIN BLOGLIST NI..

Boleh kan, boleh kan? Hehe~

p/s: mahsyuknye lagu kat blog kamu ye FF~





Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.