BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, February 13, 2011

Tak Boleh Sayang Hari-hari!

Okie~ beberapa hari ni sibuk cakap pasal Valentine je. Sebab apa? Sebab kempen tu. Macam-macam yang kita baca kat dunia maya kan? Kat blog-blog...macam-macam ada, komen-komen pun banyak. Yang setuju? Banyak...yang tak setuju? Tak pasti pulak.. yang senyap-senyap sambut? Mungkin ada...

Dan yang salah faham? Ramai jugak...salah faham yang macam mana? Jom tengok balik banner kempen...


Kita tak sambut Valentine sebab hari-hari bagi kita adalah hari untuk berkasih-sayang (selain daripada Islam memang mengharamkannya). Tapi, kena sedar... Term berkasih-sayang kat sini untuk siapa? Untuk aweks dan balaks ke? No no no...kapel pun, sebenarnya tak boleh tau~ Haram...sebab ape? Sebab Allah haramkan zina...eh, kapel tu zina ke? Memang tak, tapi kapel tu mendekati zina. Nak berkasih-sayang? Dengan mak ayah, adik-beradik, saudara mara, kawan-kawan...suami isteri... Ya, suami isteri...:) Baru boleh berkasih sayang... Taknak lah cakap banyak...gi jenguk blog Jejaka Terhangat pasal ni. ;)

Mereka juga sudah join sebarkan kempen...

MO
Aima in Luv

Ada lagi?




Derhaka Kepada Mat Gebu!

Saya derhaka! Maaf Che Mat! Saya terpaksa!

Bukan saya sengaja...

Tidak terniat di hati saya untuk melukai Che Mat!

Sungguh!

Err... Err... Sebab....

Sebab...

Sebab...susu pekat manis kat rumah saya tinggal sikit jek~~ Hahaha! Okie~ pagi tadi borak-borak ngan Che Mat kat SB pasal bingka labunye. Tiba-tiba cakap kat Che Mat nak wat Kek Batik. Che Mat pon bagilah link resepi yang dia derhakakan kat SINI. Maka, saya pon apa lagi...gi la try kan~ alang-alang memang dah beli bahan-bahannya. Kebetolan lak, biskut sama brand ngan yang Che Mat guna. :D

Cuma...saya derhakakan sikit...meh tengok ni...

Tiru kabus-kabus macam Che Mat! Hahaha~


*IKLAN*
Mereka juga join kempen~ 
Ammar Yasir & ♥ LT Gadis Senjakala ♥
Ade lagi...yang nak autopublish tengah-tengah malam ni gak...
Sama-sama kita tunggu diorang..

Bahan-bahan:

300 gram biskut marie, dipatah 4
125 gram mentega
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan VICO
1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
1/3 cawan susu HL (saya tukar air dan vanilla ye Che Mat~~)

Cara Menderhaka: Hahaha~ :D

Satukan semua bahan2 diatas kecuali biskut marie dan mentega, dalam kuali, kacau dengan garpu hingga semua sebati.
Kemudian, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata-rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
Tuang dalam loyang bulat yang telah dialas dengan plastik (ni jek yang ada...takde plastik cling tu Che Mat~ Huhu~), tekan adunan tadi padat2 dan biar hingga hilang wap panas. Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Hidangkan.

Hurm...menjadi jugak, alhamdulillah...mood awal-awal entry tadi gembira...sekarang tak bape nak gembira...sebab lalat la...hurm..sabar je la...lepas ni mungkin entry macam takde mood je...





Saya Tak Reti Nak Join SB

Ada beberapa readers yang tanya-tanya lepas beberapa kali diorang masuk baca entry-entry kat sini tentang SB. Macam mana nak join? Nampaknya, mereka tertarik untuk join SB jugak. Ada beberapa blogger yang saya kenal rapat macam Cik Puan Nabila, Sara, dan Abdul Azim pun dah join SB ni sekali. Terkejut gak! Haha~ Cik Puan Nabila pun ngek sekali pada malam itu! :D

Kerana mereka rasakan SB ni menceriakan hidup? Jangan...kang tak pasal-pasal ada gak yang kena sakat! Macam kisah semalam...:p Saya tak bersalah, ok? :D Ok ke nak join SB? Ade gak yang tertanya-tanya dan dalam dilema...mungkin takut tak dapat nak bahagikan masa sebaiknya. Itu bergantung pada individu, saya pun sedang menyesuaikan masa...huhu. Kalau nak lagi ok, jadikan SB sebagai tempat promote entry-entry baru...selain berkenal-kenalan dengan blogger seMalaysia...:)

Okie...cane nak join sebenarnya? Sebelum tu...meh nak update kempen. Mereka yang prihatin...

Fadwa
Rubie Zainuddin
λ””μ•Όλ‚˜ (cane nak sebut ni? :D)
Cahaya Mata

Sape lagi tak join? Sila-sila ke blog diorang tu kalau nak tahu cane cara nak join ye? Sebab sini nak cerita cane nak join SB jek...:D

Untuk join SB...Klik gambor kat bawah ni...


Make flash banner


Kamu-kamu akan dibawa terbang ke SB~~~ Hikhik! Lepas tu ask to join ok??? Kalau tak tahu cane nak komen dalam group tu, siap la! :p

Saya salute lah kat sorang blogger ni! Dia pon pesan kat kita yang Muslim ni, supaya jangan sambut Valentine! Ha...kamu-kamu yang muslim tu, nak terkedu lagi?





Cane Nak Tambah Entry Sebulan?

Ade sorang blogger ni, dia kata sejak 2, 3 menjak ni saya semakin kerap buat tutorial untuk membantu rakan-rakan blogger. Dia post kat SB, dia like. Saya pun like gak! :D

Ye la...bila benda tu terlintas kat fikiran ni, dan saya tahu apa yang rakan-rakan blogger perlukan, maka saya rasa kat situ saya perlu tolong dengan membuat entry bagi diorang tahu. Mana-mana yang terlintas lah~ Ok gak, boleh bagi idea untuk entry baru, kan? :) Kalau tajuk entry saya start dengan "Saya Tak Reti Nak Wat...", ha..tu entry tutorial lah tu. Hehehe...

Tapi...ade gak yang kurang bernasib baik, kene sakat dulu baru dapat tutorial nya...jenuh kene sakat sampai nak keluar group...ahaha~ last-last, sape kene sakat ke, sapa menyakat ke, tak kira...be friends gak~ :) Macam mamat ni...


Nasri Zakwan. Jenguk blog dia tadi...start tahun 2006 tu! Lagi tua dari blog saya! Cuma mungkin dia juga macam saya, baru sekarang nak aktif semula berblog~ Kalau dulu-dulu, entry keluar sehari sekali, paling koman pun seminggu sekali, lepas tu menyepi beberapa bulan...then baru muncul balik..sikit-sikit. Sampai la sekarang ni, saya pun tak pasti sebulan berapa entry saya publish. Arkib blog pun lama tak tengok, tengok jumlah post jek...tak banyak...mungkin jumlah post blog saya lebih kurang macam jumlah entry bulan januari blogger kat bawah ni...


Ha.. Kamu-kamu tengok lah! Mula-mula sekali Januari 2009 tu...sampai yang terkini Februari 2011. Baru setahun lebih! Salutelah blogger ni! Mula-mula dia macam saya dan Nasri gak, mungkin macam kamu-kamu semua gak...tapi, tengok tu~~~ start dari bulan September 2009 entry dia makin banyak dalam sebulan~ malah mencecah 3 angka sebulan bermula Mac 2010! Dan semakin bertambah bilangannya sampai sekarang~ Ouh...mampukah saya menjadi seperti dia~~~ huhuhu... Dia kata, semua orang mampu! Bergantung pada nak atau tak nak je~ Jadi? Kamu-kamu semua, nak jadi macam dia jugak? Dia ada banyak tips yang boleh diguna pakai...siapa dia? Meh terjah SINI.

Update kempen? Esok eh...Nak tido dulu...

Admin: Tiba-tiba dapat idea lagi dengan menambah bloglist baru kat sidebar tu~ Haha! Sasaran seterusnya?





Saya Tak Reti Nak Wat New Line Kat Komen SB

Kejam ke? Kejam ke? Adoi...nasib bek tak gelak guling-guling lagi ni! Haha~ :D

Ade la sorang mamat ni, dia baru join SB jap tadi...first, dia tak dapat nak komen katanya...saya ingatkan dia kena block! Kesian pun ada time tu...adohhhh...then, rupenye dia tak tahu cara nak komen! Takpe, tu boleh dimaafkan...sebab ramai gak yang tak tahu cane nak komen masa mula-mula dulu... :)

Tapi...lepas tu, dia nak lebih-lebih lagi weh~ memang bagus mamat ni! Suka belajar benda baru! Sepanjang saya  komen-komen cenggitu dalam SB, takde pon yang bertanya...dia orang first tanya! :D Syabas! Dan kawan dia Jae Suk (uit, Ismail! awat tukar nama ni??? ang rupanya!), tanpa bertanya da pandai komen cenggitu gak~ Syabas sekali lagi! Hahaha~


Mamat bernama Nasri ni nak belajar, cane nak wat new line...ekeke~ actually Nasri, saya dulu pon TERdapat tahu sebab TERtekan SHIFT+ENTER masa nak taip...ha, jadik la new line! Cuba test sekarang~ hahaha! :D Kamu-kamu yang lain, leh guna gak..bagi mengelakkan digelar spam oleh FB gak ni~ ;)

Kesian Nasri...kena buli ngan si kejam tuh. Ish ish ish...nasib baik KAK Yaya takde weh...:p Atikah Shaari,  Madie Dieha, Ana D'Skodeng...diam-diam tau! Hahaha...yang bestnye, Shahazrin pun join sekalik! :D Ijam hanya mampu berhuhuhu jek...huhu~

Admin: Sape ntah kejam sangat tuh! Semalam Ir yang kena buli sampai nak benti berblog! :p





Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.